Thursday, September 4, 2008

lawak tapi logik

semlm masa otw balik keje, meredah jam yg aku rasa luar biasa dari hari2 biasa. maybe orang berpusu pusu nak balik umah berbuka bersama family, lalu aku melayan radio ERA
slot yg aku layan tu slot lawak din beramboi ngn nabil.
"ni ada satu soalan dari pendengar nak mintak pendapat"
"apa masalahnye"
"macam ni, sy ada gf, tp gf sy ni terlalu cemburu. habih dia soal selidik sy mcm polis. handphone sy digeladahnye. semua bende sy kene report kat dia. erti kata lain dia tak percayalah kat saya. dah mcm2 nasihat sy bagi kat dia tp dia tak amik pot. yg best tu kalo sy tanya dia plak dia kata sy cemburu, poning ar pakcik, mintak tolong macamane nak selesaikan masalah sy...."
"mcmane bang nak settlekan masalah dia"
"senang jer, tinggalkan dia"
"tinggalkan dia?"
"tinggalkan ar, bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor. yang ko nak poning2 watpo?"

- aku gelak terbahak2 dgr solution dia. senang betul. tapi aku rasa masuk akal jugak. buat apa ko nak semak kepala melayan gf mcm tu. buat bebankan diri je. gf lain banyak lagi kat luar sana tunggu ko ngorat diorg.
- tapi solution ni hanya utk gf bf jer yer. kalo dah bertunang dan berkahwin, itu cerita lain......

No comments: