Malam ni tak bley tido lagi...
Apsal ntah,
Mata ini tidak mahu lelap,
Esok nak mula keje ni dan yang pastinya keje yang menunggu sangatlah byk.....
Beranak?
Macamane nak beranak?
Bukanla nak beranakkan anak orang maksudku ini tapi mari beranakkan duit,
Macam2 cara orang beranakkan duit,
Bisnes, saving, mlm, asb, pyramid, direct selling, bela lintah, sewa kete dan macam2 lagila....
AKu?
Jual kuih raya, tak bape nak laris tahun ni (kesan kenaikan harga minyak barangkali) dan untungnya aku dapat ku beli kuih raya tanpa kuar duit poket sendiri,
Tapikan aku terjumpa ini cara yang bagi aku agak play safe dan aku masih dalam kajian lagi. Berminat nak buat tapi caranye tu kene wat research lagi, konsep agak mudah gak ni.
Sape2 yang paham tolong citer kat aku yer? Aku baca tapi aku tak paham. Benak betul pemikiran budak teknikal ni pasal kewangan. huhuhuhu
(ku copy paste ihsan dari www.radsensei.com)
Saving ASB guna Over Draft
penggunaan Over Draft bersandarkan sijil ASB (OD ASB) nie.. mari kita share pengiraan-pengiraan dan fungsi-fungsi OD ASB..
salah satu tujuan utama OD ASB nie supaya kita boleh maksimumkan saving kita…. sebagai contoh, kata lah sebelum nie kita cuma saving ke dalam ASB RM300 sebulan tapi kalau guna kaedah OD ASB kita boleh gandakan saving sampai RM600.. tapi sebelum tue masing-masing kenalah tahu masing-masing punya tahap kewangan dan juga cashflow sebab setiap orang mempunyai cara perbelanjaan yang berbeza..
sebagai permulaan katakan kita ada duit simpanan
ASB = RM11000 (jumlah minimum nak memohon OD ASB)
Bank akan bagi 95% dari jumlah ASB
95% x RM11000 = RM10450
sebelum nie katakanlah kita saving RM100 tiap-tiap bulan ke dalam ASB..
dari kaedah OD ASB nie kita cuba simpan dalam ASB kita RM200 tiap-tiap bulan..
jadi dalam 1 tahun kita akan simpan/guna RM2400
dividen ASB 8.5%
jadi pada tahun ke-2..
kita dapat dividen pada jumlah simpanan yang memang ada RM11000 + dividen daripada yang kita simpan tiap-tiap bulan dari akaun OD ke dalam ASB RM2400
jadi jumlah dividen yang diperolehi adalah RM1139..
dividen yang kita dapat nie kita masukkan semula ke dalam akaun OD..
ulang langkah2 tersebut setiap tahun dan kita akan lihat pada permulaannya baki akaun OD kita akan berkurang tapi lama-kelamaan baki tersebut akan bertambah semula sebab semakin banyak dividen yang kita dapat kerana simpanan kita semakin bertambah..
sebagai ringkasan untuk pengiraan tersebut:
ASB = RM11000
OD = 95% x RM11000 = RM10450
dividen 8.5%
tahun pertama
jumlah OD yang digunakan = RM2400
baki OD = RM10450 - RM2400 = RM8050
tahun ke-2
jumlah simpanan ASB = RM11000 + 2400 = RM13400
awal tahun ke-2 kita akan memperolehi dividen ASB
dividen ASB = 8.5% x (RM11000 + RM2400) = RM1139
keluarkan dividen tadi dan masukkan semula ke dalam akaun OD
baki akaun OD = RM8050 + RM1139 = RM9189
seterusnya kita tambahkan lagi saving ASB untuk tahun ke-2 = RM2400 setahun
baki OD sekarang = RM9189 - RM2400 = RM6789
tahun ke-3
jumlah simpanan ASB = RM11000 + 2400 + 2400 = RM15800
dividen ASB = 8.5% x 15800 = RM1343
baki akaun OD = RM6789 + RM1343 = RM8132
seterusnya kita tambahkan lagi saving ASB untuk tahun ke-3 = RM2400 setahun
baki OD = RM8132 – RM2400 = RM5732
tahun ke-4
jumlah simpanan ASB = RM11000 + 2400 + 2400 + 2400 = RM18200
dividen ASB = 8.5% x 18200 = RM1547
baki akaun OD = RM5732 + RM1587 = RM7279
seterusnya kita tambahkan lagi saving ASB untuk tahun ke-4 = RM2400 setahun
baki OD = RM7279 – RM2400 = RM4879
tahun ke-5
jumlah simpanan ASB = RM11000 + 2400 + 2400 + 2400 + 2400 = RM20600
dividen ASB = 8.5% x RM20600 = RM1751
baki akaun OD = RM4879 + RM1751 = RM6630
seterusnya kita tambahkan lagi saving ASB untuk tahun ke-5 = RM2400 setahun
baki OD = RM6630 – RM2400 = RM4230
tahun ke-6
jumlah simpanan ASB = RM11000 + 2400 + 2400 + 2400 + 2400 + 2400 = RM23000
dividen ASB = 8.5% x RM23000 = RM1955
baki akaun OD = RM4230 + RM1955 = RM6185
seterusnya kita tambahkan lagi saving ASB untuk tahun ke-6 = RM2400 setahun
baki OD = RM6185 – RM2400 = RM3785
tahun ke-7
jumlah simpanan ASB = RM11000 + 2400 + 2400 + 2400 + 2400 + 2400 + 2400 = RM25400
dividen ASB = 8.5% x RM25400 = RM2159
baki akaun OD = RM3785 + RM2159 = RM5944
seterusnya kita tambahkan lagi saving ASB untuk tahun ke-7 = RM2400 setahun
baki OD = RM5944 – RM2400 = RM3544
so kat sini kita dah boleh nampak baki ASB kita pada tahun ke-7 dah ada RM25400.. bermakna kita dah pun berjaya menggandakan simpanan kita dalam masa 7 tahun tanpa usik perbelanjaan harian kita sebab duit yang digunakan adalah duit daripada akaun OD kita..
setiap tahun ulang balik kaedah yang sama..
tahun ke-8
jumlah simpanan ASB = RM11000 + 2400 + 2400 + 2400 + 2400 + 2400 + 2400 + 2400 = RM27800
dividen ASB = 8.5% x RM27800 = RM2363
baki akaun OD = RM3544 + RM2363 = RM5907
seterusnya kita tambahkan lagi saving ASB untuk tahun ke-8 = RM2400 setahun
baki OD = RM5907 – RM2400 = RM3507
tahun ke-9
jumlah simpanan ASB = RM11000 + 2400 + 2400 + 2400 + 2400 + 2400 + 2400 + 2400 + 2400 = RM30200
dividen ASB = 8.5% x RM30200 = RM2567
baki akaun OD = RM3507 + RM2567 = RM6074
seterusnya kita tambahkan lagi saving ASB untuk tahun ke-9 = RM2400 setahun
baki OD = RM6074 – RM2400 = RM3674
tahun ke-10
jumlah simpanan ASB = RM11000 + 2400 + 2400 + 2400 + 2400 + 2400 + 2400 + 2400 + 2400 + 2400 = RM32600
dividen ASB = 8.5% x RM32600 = RM2771
baki akaun OD = RM3674 + RM2771 = RM6445
seterusnya kita tambahkan lagi saving ASB untuk tahun ke-10 = RM2400 setahun
baki OD = RM6445 – RM2400 = RM4045
so kat sini kita nampak baki akaun OD dah mula menunjukkan pertambahan semula pada tahun ke-9, 10 dan seterusnya akan semakin bertambah..
untuk tahun-tahun seterusnya bolehlah cuba kira sendiri..
pada masa yang sama disebabkan kita guna OD ASB nie berdasarkan interest 6.75%, maka interest akan dikenakan sebanyak
RM2400 x 6.75% = RM162 setahun
RM2400 x 6.75% / 365 = RM0.44 sehari,
bermakna untuk sebulan kita akan kena interest sebanyak
RM0.44 x 30 hari = +-RM13.20 sebulan
ada cara yang boleh digunakan untuk kita kurangkan interest charge yang dikenakan tiap-tiap bulan tersebut.. kita bincangkan untuk next topik pulak nanti..
harap-harap semua boleh paham apa yang aku cuba sampaikan nie.. yang penting cara kita manage duit kita tue nanti.. maklumlah nampak depan mata RM11000.. confirm kelabu mata punya.. so gunakanlah dengan cara yang berhemah..
2 comments:
serius xpaham...kena jumpa nih untuk dengar penjelasan lanjut en mizi
huhuuh...mcm2 hal la ko ni..
ko nk beranakkan duit ek?
meh aku tolong...
Post a Comment