Thursday, October 23, 2008

Perfume

Aku ni penggemar perfume... mungkin ini disebabkan tahap kemalasan aku ingin mandi diwaktu malam, so wangian digunakan sebagai alat bantu tambah nilai bagi mengaburi mata pihak lawan sekiranya aku tak mandi (hahahaha, cuma ini adalah habit aku, skang ni kena berubah sebab nanti kalo aku tak mandi kang aku kena sound, bebel, huhuhuhuhu). Lagipun aku lebih rela didalam situasi dimana biar nampak selekeh tapi wangi daripada nampak kacak tapi bau 'baeng' tak ingat........

aku kalo gi shopping kompleks tak boleh terserempakla ngan kaunter minyak wangi. kang adala yang aku nak singgah pastu nak try latest perfume, kenelak promoter itu sangat cantik atau ala-ala baek mengayat dan langsung 'ter'beli ('ter' digunakan untuk keadaan dimana aku tidak sengaja melakukannya dan tidak berniat untuk melakukan itu). huhuhuhu, unexpected expenses ler jawabnya.

teringat zaman-zaman sekolah dulu pakai perfume dashing. hehehehe
pastu naik masa blajar degree duk beli perfume miniture yang 15ml harga dalam rm30-rm45 ikut jenis botol dan jenis perfume. tapi pakai miniture ni pun jimat gak sebab rasanya yang dalam miniture tu perfume punya 'pati'. tu yang calit sikit tu tahan 5-6jam juga. pastu beli yang jenis sample 3 dalam rm15-rm20. benda-benda tu aku beli kat car boot sale di stadium shah alam.yang replika (pirate) punye perfume pun ada gak. botol sejibik macam yang ori. cuma bau dalam botol tu jer cam hape ntah. tapi masa tu aku lebih suka kumpul botol. gerai yang famous kat shah alam masa tu minyak wangi 'ais'. yang semua botol tu dia letak dalam satu bekas pastu dia bubuh 'ais'. aku pun tak tau kenapala sipenjual tu buat sebegitu rupa. ntah meniaga lagi ke ntah kat situ aku pun tak tau sebab dah jarang benar turun pasar ahad stadium shah alam tu.

buat masa sekarang ini sahaja yang aku sedang pakai dan masih ada (bermakna belum habisla). dan aku akan pakai ikut mood dan mengikut suasana yang aku rasa sesuai gitu.

dari kiri belakang : polo RL double black, RL Romance, CK,
dari kiri depan : Bvlgari Extreme, Polo Double black, Armani Code


cuma yang aku pasti aku sangat suka pakai Bvlgari Extreme diwaktu kerja sebab aku rasa dia tahan lama dan bau dia makin sedap kalo badan berpeluh. aku kan keje kat site so memangla selalu berpeluh.

yang lain tu... aku gemar pakai jenama RL sebab bau kayu kayan dan 'spice' dia.
yang CK tu aci beli jer sebab bottle dia cantik pada pandangan mata aku.
yang armani code tu aku amik pasal member aku tolak memurah.

tapi bagi aku perfume nombor satu tetaplah 'aqua di gio'. tetap evergreen. first perfume yang aku beli dalam hidupku. itupun sebab idola perfume aku, en. zakhiri musa ada memakainya sewaktu kami sama-sama duduk menyewa diseksyen 9, shah alam. teruja dengan harumannya tatkala dia menyembur ke badannya semasa mahu keluar berdating atau pun keluar makan diwaktu malam bersama ex5 BGMnya yang pernah hilang hampir dua bulan hanya sebulan sahaja baru dibelinya. agaknya pasal aku rasa dia dapat awek setelah memakai minyak wangi tu la yang aku bertekad menyimpan wang sakuku semata mahu membeli perfume, hoh. tapi aku tak akan beli perfume ni sebab 'my dear' tak berapa nak gemar, rasanya ada sejarah ler tuh. dan aku menghormati kehendak dia.

lelain yang penah aku pakai dunhill apentah, tak ingat jenis hape tapi ada satu tu aku kasik bapak aku as birthday gift. pastu ada satu perfume police, pun sebab bapak aku polis aku hadiahkan kat dia. mak aku, aku kasik yang bodyshop punya tapi tak ingat apa ke benda namanya.

dan akhir sekali, bulan depan aku dapat minyak wangi baru. 'unforgiveable' dari Sean P.Diddy. tapi perfume P. Diddy yang terbaru lagila sedap baunya. cumanya harga tu kurang sedap sikitla. dalam rm260-280. aku pun tak pasti.

(ps: disebabkan penurunan harga minyak dipasaran, agak2 harga minyak wangi turunke? ada kaitan ke? huhuhu)

1 comment:

Anonymous said...

aku ada jumpa satu booth yang dia bukak dalam lobi hotel Quality depan bangunan mara jalan raja laut kL..akak tu (nama kak nora) jual perfume dengan haraga murah..kata nya ori cuma reject sbb botol rosak masa perfume mula2 sampai di kastam...sekarang ni pakai perfume yang aku beli kat kak nora tu..latest aku pakai dunhill fresh 100ml..aku beli dengan harga RM 150 jer...aku percaya ianya ori sbb bila pakai tahan lama sangat..aqua di gio dia jual kat aku RM 140 jer..cuma bila beli, kitak xdak la..