Musim mengawan = musim walimatulurus
daripada hujung bulan Oktober (yakni lepas raya aidulfitri) sampailah hujung tahun ni,
hampir tiap2 minggu aku dapat jemputan makan kenduri kawin,
ramai benar yang mengambil kesempatan sempena hujung tahun dan cuti sekolah,
kat opis aku jer adalah lebih kurang 4-5 orang staf yang kawin dalam musim waktu ni,
makanya, bulan julai hingga september 2009 akan bertambah bilangan penduduk malaysia,
itu nurse ngn bidan punya statement tau,
bukan statement aku,
hehehehe
dengan ini aku istiharkan (sukahati aku jer, hehehe)mulai bulan ini dan bulan depan adalah musim mengawan selain daripada musim jualan murah krismas. terima kasih
berikut adalah gamba2 walimatulurus yg telah aku dan 'dear' hadirkan diri ....
nazreen dan linda (19.10.2008) (taken using N95 8GB)
rizuan dan pasangan (27.10.2008) (taken using Samsung Omnia)
erin dan suhairi (15.11.2008) (taken using Nikon D40 with flashlight)
Fendi dan pasangan (21.11.2008) (taken using Nikon D40)
aku berdoa semoga rumahtangga korang kekal dan aman bahagia sampai ke akhir hayat.
esok dan minggu depan ada lagi kenduri kawin,
orang dah jemput,
wajib kene pegi,
melainkan mmg tak dapat hadir sebab hal2 yang tak dapat dielakkan....
No comments:
Post a Comment