Sunday, November 16, 2008

Peanuts coconut cream flavour

(tajuk entry sebenanye tiada kene mengena dengan entry ini, heh)

isteri dan Aku baru balik langkawi minggu lepas. kitorang pegi empat hari jer. dari ari selasa sampe ari jemaat. cubaan melarikan diri dari hiruk pikuk ibu kota dan merehatkan diri setelah penat mengosok kuali dan periuk selepas majlis kawin kami tamat. dua2 belah plak tu aku kene. kononnya tradisi katenye. tapikan serius penat dan sakit pinggang dibuatnye menyental kuali yang konfom2 itam. huh....

Memula sampai langkawi aku ngn wife 'jam'. apa nak buat nih? gile lama aku rasa sampe 4 hari. org selalu cakap pusing pulau jer makan 2 hari dah abis ronda dah. takpe ar. ku redahkan jer.

lepas check in hotel (kitorang duk kat porto malai, igtkan ada pantai tepi hotel rupanya ada deck utk yacht ngn kapal persendirian jer, aku plak tak bawak kapal aku sebab takut berlanggar ngn bot2 kecil sebab lautkan bila malam gelap dan org rumah aku takde lesen bawak kapal, hehehehe)

Penyudahnye..... selama 4 hari kitorang pegi tempat2 standard yang ada dalam buku teks sejarah tingkatan dua iaitu:



1. underwater world


2. beras terbakar panggil bomba


3. makam mahsuri


4. galeri perdana (tempat simpan barang2 pemberian dan koleksi Tun Mahadir, nak amik gambar dalam ni kene cas rm2 satu kamera tau. yang aku kagum, kete f1 sauber pun TM simpan buat koleksi dia......)


5. pulau dayang bunting, pulau bagi helang makan (aku sebenanye tak igt nama pulau ni) dan pulau beras basah.


6. Kilim (tempat tugu helang)

7. Kete kabel langkawi (serius tinggi siut, gayat aku dibuatnye.....)

8. Pekan kuah (ala-ala tempat membeli dan belah bagi mereka yang membawa duit yang banyak)

banyak perkara yang manis dan lawak yang berlaku masa trip honeymoon kitorang, antaranya:

1. punyela sengal, aku ngn wife masing2 tak bawak kamera. konon2 bergantung harap ngn handphone masing2. memula masa gi underwaterworld hamik gamba pakai hp jer tapi bile hamik gamba pakai hp rupanya tak best gamba yang dia produce. langsung aku cari camera sebijik. maklumlah kenangan beb. nak tgk bila dah tua2 nanti. aku igtkan kamera kat sini murah sebab pulau bebas cukai tapi rupanya lebih mahal dari tanah besar. tapi sebab dah terdesak ku sebat je la.....

2. igtkan tempat beras terbakar tu apa dia tapi rupanya tempat cuma tunjuk bekas beras terbakar dan diletak kat atas pinggan. huh!

3. masa naik kete cable aku rasa nak pitam sebab terlampau gayat.

4. aku ngn wife jenuh pikir adake orang nak tolong amik gamba kami berdua masa berjalan2, tapi nak dijadikan citer kitorang ada tukang tolong hamik gamba iaitu en. wan dan pn.mek (diorang ni kawan wife aku) yang kebetulan bercuti sama ngn kitorang.

5. aku tak g mandi laut langsung dengan alasan takmo itamkan diri ini yang sememangnya itam semulajadi.

6. dapat drive kete yang aku suka.

7. asyik lepak kedai makan sebelah maybank, layan nasik lemak ikan bilis. sambal sangat syiok dan harga agak reasonable.

8. aku tak puashati, dahla masuk tempat2 yang kitorang lawat tu kebanyakannya kene bayar, tapi dalam tempat yang dah berbayar tu pun toilet tetap kene bayar jugak. hampeh....

9. hp aku (aplikasi gps) sangat berguna bagi mengelakkan kesesatan di dalam pulau.

10. jumpa cikgu aku yang dah 10 tahun tak jumpa.

11. dapat hobi baru, gila amik gambar (sila rujuk gambar dibawah)


12. banyak pemandangan indah yang terdapat kat sini. terasa takmo tinggalkan tempat ni dan balik shah alam.

kesimpulannya:
apapun trip ni memang enjoy dan bermakna utk kami berdua. nampaknya aku kene kumpul duit. nak gi melancong tempat laen lak lepas ni.

2 comments:

Anonymous said...

wahhh....best betol...
mr. Her kata Langkawi Syiok...
Hurmm...
anyway KeEp iT Up guys..

en mizi said...

mmg best pun. nanti kalo ada rezeki ingat nak pegi lagi.... syiok wooo