Azam tahun 2008 aritu aku nak:
1.Lebih pentingkan perasaan aku daripada nak jaga perasaan org sekeliling. bukan ape, aku dah penat nak jaga hati org. org bukannye reti nak appreciate aku!
2.Aku nak jadi lebih baik dari semalam....
3.Aku nak pindah dari rumah yg aku duduk sekarang. nak ubah angin.... maklumlah,berhijrah tu kan bagus.
4.Nak jadi seorang yg berdikari, tidak mengharap org lain.
5.Kurangkan hutang.adakan simpanan.
6.tidak akan terlibat dan melabur dalam skim internet atau skim2 cpt kaya. (No shortcut to be wealthy rupenye).
7.Jadi seorg yg tidak berperasaan.....
8.Menjadi seorang yg berkira dan kedekut.
Tetapi hakikatnya yang terjadi kepada aku sepanjang 2008 adalah:
1.50% berjaya dalam mementingkan perasaan aku daripada orang laen.
2.kadang-kadang jer aku jadi lebih baik dari semalam. selalunya aku jadi teruk dari semalam. huhuhu
3.Aku dah pindah dari umah sewa bujang reramai duduk dalam 6-7 orang kepada umah sewa bujang yang tinggal berdua (duk dengan apai) dan kemudian pada bulan november menjadi umah sewa kelamin. hehehe
4.Tidaklah juga menjadi berdikari. hidup di dunia ni susah sekiranya tidak bergantung pada orang laen. kang susah nak buat kerja dan berfungsi di bumi ini.
5.Hutang aku lagi banyak dari tahun 2007. huhu
6.Hampir juga terjebak dengan satu skim pelaburan. tapi berjaya mendengar nasihat dari bapak aku supaya tak join itu pelaburan.
7.kadang2 jer aku jadi seorang yang tidak berperasaan....
8.susah rupanya nak jadi seorang yang kedekut dan berkira, tambahan selepas berkahwin...
Azam tahun 2009 pula:
1.Menjadi suami yang baek dan papa (insyallah kalo ada rezeki dapat anak) yang penyayang.
2.Pekerja yang tip top dan tidak menangguhkan kerja.
3.Tidak gila gadget lagi. Pakai je la apa yang ada sampai rosak. Ini disebabkan aku dah banyak spend on gadget (handphone, kamera, laptop, console game+game) sepanjang 2008.
4.Menabung dalam asb sebab asb adalah simpanan yang paling stabil.
5.Memperbaiki dan memperbanyakkan ibadah.
6.Kurangkan merokok... (sebenanya sambil taip entry ni dah 3 batang rokok aku isap dalam masa 30 minit, huhuhu)
itu jela buat masa ni, kang banyak2 kang jadi macam tahun2 lepas. bukannya tercapai semuanya pun...
so, korang sila doakan daku dalam doamu supaya impian 2009 tercapai hendaknya sebelum 2010. amin.................
selamat menyambut tahun baru islam dan juga tahun 2009. semoga 2009 lebih baik dari 2008 walaupun 2009 dijangka ekonomi dunia lebih teruk daripada 1997 dan tahun kemelesetan ekonomi dunia 1940an dulu.
No comments:
Post a Comment