Friday, December 5, 2008

Hari Raya Korban

Isnin depan Hari Raya Qurban aka Aidiladha,
So, semalam pegi majlis penyerahan lembu korban oleh majikan tempat aku kepada MB Selangor,
tujuannya adalah untuk diserahkan kepada masjid2,
seluruh negeri selangor,
tak banyak, cuma 370 ekor jer,
sihat2 dan besar2 lembu tu,
bermakna agak2nya ada 370 ekor masjid kut seluruh negeri selangor,
dan aku menjadi pengembala lembu bagi kawasan hulu selangor untuk petang itu,
kemudian aku diberi upah makan, kenyang woooo..........
tak caya tengok gamba kat bawah ni,
gamba yang aku amik sebelum makan,


Makanya, isnin ni kenela pegi surau,
di tanjung karang,
untuk solat sunat aidiladha,
setahun sekali je beb,
tu yang kene pegi tu,
bertakbir dan tgk binatang korban disembelih,
dan 'member' aku iaitu en. member bagitau aku,
dia ada dengar kuliah agama lepas subuh,
ustaz tu citer,
zaman nabi Adam A.S. dulu kalo buat korban,
korban yang dibuat itu disambar petir,
zaman nabi Musa A.S. pulak kalo buat korban,
binatang korban tidak boleh dimakan,
dagingnya akan dibakar,
tapi istimewanya zaman nabi Muhammad S.A.W. plak,
hasil korban dimakan sedikit oleh peng'orban' dan selebihnya disedekah kepada orang lain,
yang ALLAH S.W.T. terima adalah niat dan amalan ikhlas umatnya yang membuat ibadah korban dan bukannya binatang korban itu,
owh, cenggitu rupanya....

tapi aku kene ingat,
jangan makan di pagi raya,
kerana adalah sunat menjamah makanan,
selepas solat sunat,
dan sekarang musim budak2 ber'sunat' aka berkhatan,
maklumlah cuti sekolah,
tetiba teringat kembali kenangan ber'sunat',
boleh tahan sunat punya 'collect',
dapat aku beli kete kontrol hasil 'collect',
tetapi tidaklah kiranya aku mahu bersunat lagi untuk 'collect' jika diberi peluang lagi, okey?
aku rasa korang semua pun bersependapat ngn aku, tak gitu? hehehehe

Disini aku ingin ucapkan selamat hari raya aidiladha kepada semua umat islam,
Hati2 semasa memandu semasa pulang bercuti....

No comments: