alkisah,
satu petang ari isnin lepas dalam perjalanan pulang ke rumah menaiki kereta dari pejabat maka terdapat la perbualan di antara sang suami dan sang isteri,
" darling, abg ingat abg dah nak start main tenis. abg nak beli reket. bley?"
"beli la bang. tapi abg nak main kat mana. bile masa plak abg nak main?""ler. mana lagi. kat padang la. balik keje terus singgah padang. pukul 7 kite balik ar. darling g ar main batu seremban ke, lompat si katak lompat ke, main galah panjang ngn kak eles ke sementara abg main tenis."
"ok gak tu. nanti dah penat sampai umah lewat tak yah ar darling masakkan.......""wooooo...... alasan baekkkkkkkk arr..... darling bukan tak tau abg tak leh kalo tak kene air tangan darling. lagipun abg dah naek jelak makan ajinomoto bebanyak kat kedai tu. abis tu macamane abg nak bersukan neh? dahla dah agak debab. huhuhu "
"alah. abg beli ar game yang boleh gerak2 macam bersukan tu."kaccciingggg.................................. dalam kepala hotak aku dah nampak nintendo wii.
so semalam, selepas sultan selangor memperkenankan cuti umum bagi warga selangor kerana menyambut hari keputeraannya, aku ngn wifey gi beli nintendo wii kat plaza masalam tempat yang selalu aku beli ps3 games, ps3 aku pun aku beli ngn jason, harga dia agak berpatutan dan aku rasa aku lebih selesa beli ngn dia sebab kalo ada troubleshoot dekat sikit nak antar repair.terharu dengan darling, sanggup tunggu berejam kat kedai game masa duk testing wii ngn pilih game.
sampai jer umah, duk godek2 pasang apa yang patut,
dari jam 8 malam aku start main ngn darling sampai pukul 12 malam, kitorang layan
a. wii sport
b. ultimate band wii
c. wii fit
hasilnya,1. duk ketawa macam orang gila tengok gelagat masing2 main. kelakar siut.....
2. aku lawan ngn darling game bowling, tenis, baseball, golf dan boxing. believe it or not, aku cuma menang game boxing jer, lain semua darling aku TAPAU aku. huh!3. wife aku gelakkan aku macamkan hapa tengok aku main hola hoop. gelakkan aku terguling guling sampai jatoh dari sofa. boleh??? (aku lah makhluk tuhan, yang buat pose seksi. woha!)
4. aku lenguh tangan kanan dan darling lenguh tangan kiri. (sebab wifey aku kidal)
5. tengah malam kene mandi sebab badan berpeluh. penat siut main.
cuma pendapat ikhlas aku pasal wii:1. gamba memang kalo nak dibandingkan dengan ps3 macam langit dgn bumi. wii tak bape nak cantik.
2. tapi gameplay dia sangat unik berbanding ps3. lebih menyeronokkan dan perlukan pergerakan yang banyak.3. sesuai untuk mainan sekeluarga dikala ujung minggu. dan game dia simple dan tak berapa nak serius macam ps3.
4. kalo nak kelainan silalah main wii.
5. murah sikit berbanding xbox 360 dan ps3.
6. boleh main games yang dikeluarkan oleh 'uncle jack'. hargapun dalam rm 8 sekeping.
7. sedikit mengenai ps3, ianya memang patut tak boleh dipiratekan kerana ianya amat best kalo dimain secara online. xbox live yang tak bestnya sebab kena bayar kalo nak main online. psn online free. cumenya original game sangat mahal.
so, zakhiri. buat masa sekarang saya tidak berminat untuk menjual ps3 saya kepada sesiapa kerana saya masih menunggu:
1. rock band 2 (buat masa ni susah nak dapat game ni sebab baru jer keluar dipasaran)2. grand turismo 5sekian, kalo rajin entry ni akan disambung.
No comments:
Post a Comment