Sunday, January 4, 2009

Histeria


Sabtu semalam aku ngn isteri nontoni filem histeria kat jaya jusco bukit raja yang tak sampai 5 minit dari umah aku, disebabkan agak lama jugak tak tengok wayang dan juga disebabkan isteriku yang merengek nak tengok citer tu.....

jenuh juga menolak ajakan isteriku tapi tak sampai ati plak mengenangkan cintaku yang mendalam padanya, jadi aku pun turutkan je la. (cewah.......) tapi tidaklah bermakna aku ni pak turut.

aku bukan apa,
memang tak gemor nengok citer suspense2 ni,
aku imaginasi tinggi dan ditambah pula aku ni penakut,
makanya memang sangat tak suka ar tengok citer2 thriller dan tahyul mahyul seram nih,
kang kalo aku selalu berimiginasi dan rasa takut camne?

so citer histeria camni.....
7 budak pompuan poyo happening, takde keje lepas exam, gi busut, si jasmay tu baca mentera panggil hantu raya,
dan dan tetiba salah sorang kene histeria,
panggilah si tok bomoh suh ubatkan,
beria tok bomoh ubatkan tapi rupanya yang kene histeria tu berlakon jer,
dan disebabkan buat lawak sengal tu makanya budak2 ni kene hukum ngn guru besar,
kene stay kat blok lama hostel masa cuti semester selama 3 hari sambil membersihkan kawasan sekolah......

so, dipendekkan citer, masa kene grounded tu,
salah sorang bebudak tu g follow tukang kebun tanam barang,
dan disebabkan bangang si budak tu amik barang yang tukang kebun tu tanam,
pastu bagi kat si jasmay tu bukak,
rupanya itu barang adalah hantu raya yang mahu dibuang oleh tukang kebun itu,

maka berlakulah episod ngeri dimana si budak jasmay tu kene histeria,
sampailah habis citer duk kene2 histeria,
menjerit2 melolong-lolong,
pastu abis kawan2 dia termasuk tukang kebun ngn boyfriend2 kawan dia sorang sorang mati,
semua tak bleh nak lari,
sebab antu raya sudah mengganas,
tak dapat telur ayam yang dijanjikan,
maka diganti ngan badan orang,
pastu semua mati ala2 sadis dan ngeri,
tapi si jasmay sorang je yang tak mati,
agaknya hantu tu tak makan dia sebab dia duk memanjang jerit macam orang hilang akal je dalam citer ni,

so esok paginya polis dapat tau kes ni,
terus bawak si jasmay pegi ospital,
polis amik keterangan dan nak cas si jasmay sebagai pembunuh,
tapi tak boleh nak sabitkan sebab doktor sahkan dia gila,
lepas tu ending citer ni barula ku tahu si jasmay tu tak dibunuh,
sebab dia lah pemilik baru hantu raya itu,
takkanla nak bunuh tuan plak kang,
langsung hantu tu takde tuan,
susah........

maka, citer arahan james lee ni seram dan agak suspen,
kira boleh tahan jugakla...
aku bagi 3 bintang dari 5 bintang utk filem ni....

(ps: meh kita support filem tempatan reramai, kalo tak support siapa lagi nak support, kan?)

2 comments:

r33n adnan said...

ei, jasmay tu bapak si liyana tu ler..

Adie Waridi said...

hwa...histeria