Aku adalah pengguna setia Lebuhraya Persekutuan a.k.a. federal highway setiap pagi di kala minggu bekerja,
Yelah, perjalanan dari Shah Alam ke Petaling Jaya nak ikut mana plak kan kalo bukan ikut jalan tu,
Oh ye, aku guna jalan kereta sebab aku memandu kereta,
Hajat dihati memang nak beli motor dan buat pegi kerja,
Jimat banyak kalo naik motor tu,
tapi disebabkan kekangan kerja yang kadangkala memerlukan aku pergi ke tapak,
juga aku juga takmo 'cendawan kememe' aku punya make up cair dan tudong dia keromot kalo naik motor,
baik aku bawak kereta,
tambahan pula hujan yang kerap turun tak kira musim skang ni,
Tapi itu bukanlah isunya disini,
isunya adalah,
kebelakangan ni sejak 2-3 minggu lepas aku ada berselisih 2-3 kemalangan di atas federal highway yang melibatkan motorsikal,
kalo kemalangan tu atas laluan motorsikal takpela jugak,
ini kat atas laluan kenderaan utama (yang dikhaskan selain daripada motosikal),
waktu kejadian berlaku masa pergi keje ada, masa balik keje pun ada,
maknanya ianya berlaku diwaktu puncak,
ada kemalangan tu sebab bergesel motor dengan motor,
ada kemalangan tu langgar buntut kete,
ada kemalangan tu kene gilis bas,
ada kemalangan tu kene gilis lori pun ada,
memanglah kemalangan tak berbau dan kita tak mintak pun terlibat dengan kemalangankan?
tapi kita mampu mengelakkannya kan?
macam kes kemalangan motorsikal di atas laluan kenderaan kete,
dah sah2 kalo masuk mahkamah ke, kes polis ke,
memang sah2 salah penunggang motorsikal sebab tak ikut laluan sepatutnya,
rasa cam konfom2 tak boleh claim insurans kut,
macam aku sendiri,
kalo memandu atas federal highway,
dah automatic kat mindset,
memang sepatutnya takde motor,
dan kalo nak tukar lane,
tengok cermin pandang belakang dan side mirror,
nampak macam lebih kurang takde kete dan line clear,
terus tukar lane,
tapi sekarang ni,
kene selalu2 tengok side mirror,
dan kene perati betul2,
kene tengok ada tak motor kat belakang atau kat tepi,
kang tak terpasal terlanggar motor,
sebab member aku pernah terkena,
tak perasan ada motor kat sebelah kete dia,
nasib bergesel sikit dan mamat tu dapat kontrol motor dia dari jatuh,
dan kadang2 yang aku sikit tak puas ati tu,
ada motor yang perasan dia laju tu duk bawak kat lane tengah atau lane paling kanan sekali yakni lane untuk memotong,
kalo awak tu bawak superbike tu oklah jugakkan sebab dah tentu ko lebih laju dari aku,
ini selalunya kene lepaskan motor dulu,
atau aku selalunya akan follow belakang motor,
sebab aku risaukan keselamatan motor tu,
tapi aku juga sebelum mampu pakai kete,
pernah pakai motor jugak,
skuter vs 125 gitew,
juga pengguna laluan federal highway jugak,
pengalaman aku selama bawak motor kat laluan ni dulu masa tahun 2006 dulu,
masa tu cakap hang,
jalan macam haram,
lubang banyak,
laluan sempit,
masuk terowong gelap sebab takde lampu,
dahla terowong gelap tambah lagi berlubang pulak tu,
tak payah setahun, sebulan je dah macam2 bunyi kat motor aku,
abis nak tertanggal coverset skuter aku dan ada yang patah pun,
cover bateri pun sedar2 dah takde,
agaknya terjatuh ar tu masa langgar lubang,
lampu belakang motor aku pun siap patah lagi kaki dia,
terpaksa amik lampu yang bulat tu ganti lampu belakang ori,
ni gara2 jalan berlubang ar nih,
kalo kat batu 3 dengan jalan 222 kat pj tu hujan lebat sikit jer,
dah sah2 kene masuk laluan kenderaan sebab terowong banjir,
pastu yang hampeh tu,
adala kutu2 tabur paku-pakis kat atas jalan tu,
nasib tak baik,
tayar kene paku terpaksa la telefon nombor2 yang banyak ada tulis kat pokok2 sepanjang federal highway tu individu yang boleh tolong tukarkan taya,
kene charge kow kow pulak tu,
silap2 bley kene antara rm 15 hingga rm 30 satu tiub,
tapi kalo dah terpaksa tu bayar je la kan,
pastu waktu pagi antara pukul 7-8 dan petang 5-6 antara waktu puncak laluan motor,
yelah orang pegi keje dan balik keje kan.......
memangla jalan motor tu agak sesak dan kene lebih berhati-hati,
pastu plak selalu ada road block,
dan tebiat aku plak ada road block selalu menggelabah puyuh,
padahal semua ok, lesen ada, road tax bayar, motor tip top condition,
tapi memangla aku tak suka road block,
kalo malam pun bahaya juga,
kalo atas pukul 1o malam,
ati2 ar bawak motor atas laluan motor tu,
dulu dengar kerap juga samun bersenjata,
ramai juga yang kena,
tu yang ada member aku asal malam je dia tak pedulik
dia akan guna laluan kenderaan,
sebab dia rasa lebih selesa dan selamat,
so, dapat aku buat kesimpulan disini:
1. sila ikut peraturan. ikut kiri jika tidak memotong.
2. hati2 ketika memandu.
3. kita tak minta terlibat dengan kemalangan, tapi kita mampu mengelak.
4. penunggang moto pun ada perasaan, sila timbang rasa.
5. harga minyak dah turun, apasal tarif lektrik tak turun? duk umah flat pun kene sampai rm100++ ape cerita?
6. nasib baik ijn tak jadik privatise, kalo tak aku kene spend lebih banyak lagi belanja bulanan nak beli health insurance.
7. nak buat airport lagi? kat negeri sembilan? gila jauh..... bukanke airport yang sediada ni penggunaan masih belum maksimum, airport yang sediada di upgrade udahla. buat resurface jalan motor, besarkan dan tambah baik lagi bagus.
8. kalo ada berlaku kemalangan di lebuhraya, tolong perlahankan kenderaan anda, tapi tolong jangan berenti 3 saat, tengok itu eksiden, pastu sebut "kesiannya, teruk tu" atau "sapa langgar sapa". kalo nak berenti, sila parking leklok, berenti betul2 dan terus bagi pertolongan ok? kalo tidak anda penyebab kesesakan yang tidak sepatutnya.
9. nak lagi ok dan jimat tanpa perlu pikir untuk memandu adalah dengan cara naik pengangkutan awam dan mengamalkan 'car pool'.
(ps: apasal tang kesimpulan tu aku dah citer bab laen neh? dah ngantuk sangat ar neh, huaarrrrggghhhh!!!!)
No comments:
Post a Comment