Thursday, January 29, 2009

topik sarapan pagi ini

aku gi makan bekpes dengan kengkawan opis pagi ni,

tetiba fuad bukak citer pasal wife dia yang mengajar kat sekolah rendah jenis kebangsaan cina,
adala satu hari tu,
ibu bapa dikehendaki isi borang,
so bila semua borang dikumpul,
salah satu borang ditulis begini,

nama penjaga 1: yap ah loy (contoh)
nama penjaga 2 : mey chow sin (contoh)
hubungan penjaga (suami/isteri) : seminggu 3 kali

wakakakakaka.... sungguh jujur bapa budak nih........ pecah perut aku gelak....

pastu si zahid pulak citer,
dia pernah interview orang untuk kerja sebagai supervisor,
dia mintak itu orang isi borang,
dalam bahasa inggeris,
sebab nak tau penguasaan pemohon dalam bahasa inggeris
sebab dalam sektor pekerjaan bahasa inggeris adalah penting kerana ia adalah bahasa rasmi waima kerja kerajaan sekalipun kebanyakan sudah menggunakan bahasa inggeris dalam perbualan,

name : salihin bin marzuki
age : 29
sex : kadang-kadang

wakakakaka... lagi pecah perut aku tergelak dengar citer fuad dan zahid ni.....

kesimpulan, adalah disini contoh ringkas dimana penguasaan bahasa tidak kira bahasa melayu dan english adalah penting untuk mengelak berlakunya kesilapan dan lawak yang tidak sepatutnya berlaku.

No comments: