Sunday, February 15, 2009

Dilanda Sakit

Ari ahad harini antara hari yang tak bape best. Sebab aku dilanda sakit.

1. Selsema dan demam yang kejap baik dan kejap x ok.
2. Pening kepala yang hanya melanda apabila masuk dalam kete untuk
memandu pulang kerumah lepas office hour sepanjang minggu lepas.
3. Hari ni paling terbaik. Sakit gusi sepanjang hari. Rasa macam tak
kelakar je lawak jozan walaupun bini aku duk tergelak tengok rancangan
diorang.

Lantas aku ke farmasi petang tadi untuk beli ubat. Setelah mendapat
nasihat dari kiri akhirnya aku beli je la painkiller.
Kononnya nak kurangkan sakit berdenyut pada gusi aku. Tapi hakilatnya
sampai entry ni ditulis aku tak makan2 painkiller.

Yang pastinya sakit gusiku ini buat aku takde mood nak buat kerja
opisku diumah. Kalo sakit jugak esok kat opis aku nekad amik e.l.
Takmo ar keje dlm keadaan sakit. Kang tak pasal staff atau kengkawan
aku jadi mangsa lepas sakit aku.

Owh,lupa. Sakitkan penghapus dosa-dosa kecil? Ya ALLAH. Ampunkan dosa
ku. Amin

Penutup entry, ada satu soalan. Kebetulan aku tertonton drama kat
astro pasal seorang isteri yang tahu dia akan mati jika dia lahirkan
anak. Doktor syor supaya dia tidak mengandung tapi dia tetap nak
lahirkan zuriat utk suaminya. Apakah hukumnya dalam sudut agama?

Sapa tau sila jawab. Tq


Sent from my iPhone

1 comment:

Zakhiri said...

jawapan kepada penutup entry: aku pernah dengar seorang ustaz kata perempuan yang meninggal akibat melahirkan bayi dikira mati syahid..tapi jika perempuan tu dah tahu dia akan mati jika melahirkan anak tu aku xtahu hukum apa..kalo fikir dengan akal logik, baik gugurkan sebab perbuatan melahirkan itu mengundang mudharat kepada diri sendiri..tapi ada satu persoalan lain, sejauh mana doktor yang mengesahkan perkara tersebut betul-betul dan benar-benar pasti seyakin-yakin nya yang perempuan itu akan meninggal jika melahirkan anak itu? kan ajal dan maut ditangan Allah?

pain killer yg aku selalu makan adalah spt berikut:
1) votaren 50mg
2) arcoxia 25mg
3) cerebrex 50mg..

dalam ketiga-tiga tu ubat no 2 paling mahal..RM 1.20 sebijik..huu