bosan melihat situasi politik akhir zaman di negara nih,
semua berlumba untuk jadi pemimpin,
sanggup amalkan rasuah,
terang-terangan lagi,
sanggup menghalalkan apa jua cara untuk mencapai matlamat,
sebab apa jadi macam tu,
sebab utama,
KUASA dan MASYUK..................
mulut dan ceramah berkempen berkobar nak bela bangsa dan rakyat,
turun ke akar umbi dan dengar kata perwakilan,
nak dekati semua lapisan masyarakat,
hakikat sebenar ada 'hidden agenda',
akhirnya menyusahkan rakyat yang memilihnya,
menekan rakyat dari segi ekonomi dan psikologi,
glc tiap-tiap tahun untung tapi kenaikan dari sudut bayaran utiliti dan service tetap tiap tahun,
itu belum lagi kata perpecahan dan perselisihan kaum,
isu pembelajaran matematik dan sains dalam bahasa inggeris yang juga dipolitik,
yang ku rasa elokla diajar dalam bahasa inggeris,
dalam masa yang sama bahasa melayu dikekalkan dan dimartabatkan,
padahal takde pape pun,
provokasi semata untuk dapatkan simpati dan undi,
huh..................
sebenarnya, tak semua yang macam tu,
ada ramai jugak yang ikhlas untuk memimpin dan mahukan pembaharuan,
cumanya itu mungkin pada peringkat awalnya,
tapi bila tertipu dengan kuasa dan wang,
hanya sedikit dikalangan mereka yang gagah dan berani saja,
mampu melawan dugaan itu.
ps: entry ini tidak dituju dengan mana-mana pertubuhan politik di Malaysia. Ini adalah secara umum pendapat peribadi aku.
pss: takut:
1. takut juga sekiranya aku diuji sebegitu, dimanakah aku ketika itu....
2. manalah tau kut2 kena tangkap dan didakwa dalam mahkamah semata pendapatku ini,
huhuhu............
No comments:
Post a Comment