Perak beli Perdana ganti Camry
22/04/2009 6:09pm
IPOH 22 April — Kerajaan negeri Perak akan membeli kereta Proton Perdana Eksekutif untuk digunakan sebagai kenderaan rasmi anggota exco kerajaan negeri dan pegawai kanan kerajaan bagi menggantikan 16 buah kereta rasmi jenis Toyota Camry yang akan dilelong pada 4 hingga 18 Mei ini, kata Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir.
“Kita telahpun membuat keputusan bahawa kita akan kembali semula kepada Proton kerana itu adalah kereta yang menjadi lambang kebanggaan negara dan sewajarnya kita kembali semula menggunakan kereta ini sebagai kereta rasmi,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di sini hari ini. - Bernama
- petikan dari utusan online
seperti biasa aku cuma ingin bertanya kepada diriku sendiri, yakni dari pandangan insan marhaen ini.
perlu ke jual camry tu dan beli perdana eksekutif pulak?
kete-kete tu bukan baru lagi tak sampai setahun ke?
pakai jerla daripada nak dilelong dan beli kete2 baru pulak,
kalo aku la kan,
apalah salahnya pakai camry tu,
benda dah ada,
tak payah nak pikir pakai jer terus,
dah betul cukup masa barulah lupus ke apa ke,
dan kalau betul maintenance lagi jimat dari perdana,
bukankah dah menjimatkan duit kerajaan negeri,
ke dah taknak pakai 'bekas' orang,
nak merasa benda baru?
itu nasib camry jadi proton perdana,
cuba aci asalnya pakai proton perdana,
silap2 dah angkat E-cLass mercedes benz,
pastu yang sedih tu,
isu ni yang jadi bahan penting cover berita,
mana citer-citer lain pasal hasil perbincangan mesyuarat untuk kepentingan rakyat perak,
kenapa utusan taknak cover benda2 macam ni?
benda-benda macam ni yang mentarbiah aku dan kekadang aku rasa macam nak masuk arena politik plak,
bila aku dilantik menjadi pemimpin,
bolehlah aku pakai keta baru yang besar,
rumah yang besar,
mempunyai wang yang banyak,
adapun, aku dahagakan berita-berita yang menceritakan kebaikan keputusan dan tindakan pemimpin buat demi kepentingan rakyat,
bukan bab-bab apa yang rakyat bagi pada kerajaan misalnya kenaikan kadar tol, kenaikan tarif elektrik dan sewaktu dengannya,
tapi aku tau,
susah jadi pemimpin,
susah nak puashatikan,
semua kehendak rakyat jelata,
tambahan dikala akhir zaman nih.
ps: bila la nak ganti myvi bmw aku tu jadi kete laen? makan tahun la nampaknya....
pss: untuk next election nih, aku akan bagi undi aku pada orang yang buat kerja untuk kepentingan rakyat, bukan buat kerja dan bagi kerja untuk diri dan kroni dia. confirm!
psss: Info. aku salah seorang pengundi di Perak.
1 comment:
Salam
Post a Comment