Thursday, July 9, 2009

09 Julai 2009 Snippet

1. Perasaan bercampur sedih dan gembira mengenai pemansuhan PPMSI pada 2012


sedih
sebenarnya pada aku mungkin first batch atau 2nd batch yang belajar guna format PPMSI akan terkantoi dan sedikit ketinggalan sebab tak faham belajar matematik dan sains dalam bahasa inggeris terutamanya budak2 di kawasan kampung atau pendalaman. tapinya insyaallah dalam masa panjang budak2 ni akan faham semulajadi sebab mereka akan terbiasa dalam situasi macam tu. ambil contoh aku masa masuk itm dulu agak terkejut beruk sebab kecuali tamadun islam yang lain semua matapelajaran diajar dalam bahasa inggeris tapi lama2 terbiasa dalam keadaan itu dan takde masalah pun?
ini kita citer pasal budak darjah 1-6, lagilah diorang ni mmg senang pick up. cumanya cikgu2 sekarang kena kreatif lebih untuk tarik minat2 budak2 ni belajar, itu jer.....
pastu kalo dilihat perkembangan pendidikan di negara china,
diorang pun dah gunapakai bahasa inggeris dalam sistem pembelajaran mereka padahal kalau diikut negara mereka tidak bergantung dengan negara lain, cuba pikir secara rasional kenapa?

gembira
ada kewajarannya juga belajar matematik dan sains dalam bahasa ibunda, senang paham.

apa pun, sebab ini adalah yang diputuskan oleh kerajaan, saya selaku pekerja awam akur dan patuh pada keputusan kerajaan......

2. yang kita boleh buat dengan handphone dalam kehidupan harian



3. Isu amah indonesia

selama ni kita digembar gemburkan dengan betapa rakyat kita terlalu kejam dengan amah indonesia sehingga sanggup mendera mereka hingga mereka memutuskan untuk tidak menghantar rakyat mereka menjadi amah lagi, tapi semalam berita radio kata mereka sanggup bekerja menjadi amah sekiranya dibayar gaji rm700 dan diberi cuti seminggu sekali. ewah, demand plak.....

kalo sapa tengok 360 malam tadi di tv3 mesti ada sikit fobia nak amik amah sebab tak sangka ada amah yang sanggup pijak budak umur 2 tahun pastu siap flying kick budak tu, ada yang campak anak yang dijaga atas kerusi siap bagi pelempang, ada yang bukannya bagi makan budak tu tapi dia yang makan makanan budak tu, bawak balik laki siap main kat rumah majikan pun ada, yang merembat barang tuan rumah pastu lari pun ada, yang dah bertukar dekat 10 kali amah pun ada sebab macam2 hal, yang pakat dengan kawan dia pastu rompak majikan dia pun ada itu korang ada amik tau? benda2 ni bukannya perkara baru cuma tak dihebahkan sangat jer.

cuma apa yang aku dapat simpulkan, tak semestinya semua majikan adalah baik dan tak semestinya semua amah adalah baik kan? pokoknya kita saling bergantung satu sama lain dan kita boleh buat pilihan kita. banyak lagi pilihan lain disana kan? amah indon taknak keje dengan kita? amah nepal, filifina, amah tempatan ada, argghhhh.... pilihlah sendiri.

4. 2 minggu selepas memakai P1 Wimax

minggu pertama jer laju, minggu kedua dah start slow dan tak stable. tak tau pasal apa....
ni yang rasa ada sikit sesal bila dah terminate streamyx nih,
walaupun streamyx memang menjanjikan lembap dan slow tapi connection agak stabil,
P1 wimax ni ikut mood dia,
macam sekarang ni agak laju la,
semalam, dua malam lepas macam aku nak campak kat dinding jer modem dia,
huh!
ni yang aku rasa macam company kat malaysia nih,
mentang2la kita pengguna takde opsyen,
diorang charge kita mahal tapi servis tahap lousy,
company2 nih juga mengharapkan,
rakyat bersyukur dengan apa yang ada,
dan kita takde pilihan terpaksa juga pakai tahap yang kita mampu,
hampeh,
mana tak orang kaya makin kaya dan orang miskin makin miskin macam nih?

5. sebulan selepas pakai nokia n97

oklah,
walaupun syiok lagi pakai iphone 3g,
tapi skang nih aku duk gila facebook ngan ym,
ikut hp je,
kekadang time-time bosan,
surf intenet berita terkini,
nanti ada masa aku detailkan citer n97 nih.

ps: mc arini, sakit perut. huhuhu

2 comments:

lansekin said...

No coment....... loloq..

en mizi said...

entahla en. mem,
takdela plak dgr citer,
yang terbaca headline harini,
ibu tunggal dera amah pakai rotan ada la,
tapi kalo en. mem tengok 360 baru ni,
memangla tetibe rasa semacam je,
pasal isu ni