Wednesday, August 5, 2009

Ngarutan 05 Ogos 2009

1. Caj tambahan RM12 pakej sukan Astro

Tetiba bulan nih, dapat notis pakej RM 59.90 sekarang menjadi RM 72. alasan sebab kos penyiaran berita sukan meningkat. jadi terpaksa pengguna tanggung. ke sebab baru ni satelit dilancar dan untuk cover balik itu kos? inilah berlaku bila hanya ada satu syarikat sahaja yang menawarkan produk. syarikat ini boleh kontrol harga sesedap rasa. sama macam utilities provider la kesnya. harapnya, lepas ni adala 2-3 company yang sediakan cable tv, dapatlah pengguna harga perkhidmatan yang lebih kompetetif. kan? kan?

Ini yang rasa cam nak terminate astro plak. tapi aku cuma rasa macam nak terminate je sebab nanti macamane wife aku nak tengok jangan lupakan lirik itu, akademi ntah ape2, sehati berdangdut?

2. Iphone 3gs sudah dijual dipasaran hujung bulan julai 2009

Entah kenapa, tetiba aku rajin surf net plak nak explore dan cari info ini phone. hajat di hati memang nak pakai tapi apakan daya.......

3. H1N1

harini dah masuk 12 orang meninggal sebab kes ni. kes jangkitan pun makin bertambah. susah rupanya nak buat kawalan eh atau kawalan kita longgar?

4. Kuih raya

masuk ni tahun ke 2 aku cuba jual kuih raya kat opis dan kawasan sekitar aku dan sewaktu dengannya. harapnya rezeki murah tahun nih.

5. Tukar angin

ada ura-ura aku kene tukar bahagian. ada kelebihan dan kekurangan tukar bahagian nih, nak komen lebih2 pun aku cuma makan gaji. bukan paymaster. yang penting aku hanyalah 'saya yang menurut perintah'. dan bertindak mengikut arahan.

6. Orang baru

excited giler nak menyambut orang baru dalam hidup kami. tinggal 20 hari lagi.

2 comments:

en mizi said...

itulah dia, risau juga dengan H1N1 ni. dahla vaksin takde lagi.
Dengar khabar kat blok B tu dah ada dekat 8 orang suspek H1N1. even kawan seopis kita en. zahar masuk spital. tak taula suspek ke atau sakit lain.
H1N1 ni lagi bahaya penyakit ni daripada B1N1.
hahahaha

Jerebu tu satu hal lagi. ini disebabkan la nina dan pembakaran hutan di negara jiran. dan kitalah mangsa itu.

Aku pengail...
bumi ni dah tua dah....
tunggu masa jer...

SM Shahrom said...

wah dah ade blog ke rupenyer..ko kenal aku tak?