Monday, August 17, 2009

snippet 17 Ogos 2009

1. H1N1
- setakat ni dah meragut nyawa 64 orang. H1N1 ni tak pilih bulu. dari kanak-kanak, orang muda, orang tua malah golongan bangsawan pun dia belasah. dah nampak di sekitar dan dimana2 ramai orang pakai mask. aku pun baru beli mask harga rm1 kat restoran fc kompleks pkns petang tadi. aku pun igt macam nak pakai mask tapi tak selesa dan seswai utk perokok tegar macam aku. juga dinasihatkan supaya kerap membasuh tangan dengan bersih kerana mengikut doktor virus ini boleh dijangkiti dengan mudah dengan hanya memegang tombol pintu yang pernah dipegang oleh pesakit H1N1. ish, lagi bahaya dari HIV camni.
owh yer, pencuci tangan tu pun aku beli juga di farmasi. pencuci tangan tanpa bilasan air. bagus dan sesuai dibawa ke mana mana. tapi yang hampehnya aku suka sangat tertinggal benda ni kat umah. sekarangkan musim sakit. huhuhu.....

2. musim sakit
-mungkin disebabkan perubahan cuaca, didapati ramai sungguh orang sakit sejak akhir akhir ini. diberitakan member satu kelas dengan aku masa tingkatan 1 - 3 dah duk kat icu selama seminggu akibat jangkitan kuman pada paru-paru. pagi tadi di opis juga dikhabarkan seorang staff paralyse separuh badan akibat kerosakan pada saraf berpunca daripada demam. hingga doktor terpaksa menggunakan ubat harga rm20k untuk suntik pada saraf dia. nasib baik company aku support. bagus jugak company aku nih bab2 penjagaan sosial pada staffnya.
lagi, ada seorang staff baru mula kerja harini sebab 2 minggu lepas terpaksa dimasukkan ke dalam wad akibat sukar bernafas. tapi aku rasa patut2 dia takyah datang kerja harini sebab masa duk bersembang dengan aku pun termengah-mengah, belum full recover lagi la tu. pastu seorg staff aku EL plak harini sebab isteri sakit teruk. aku kalo bab bab nak bercuti sebab ahli keluarga sakit aku takdehala. family first.

3. Family first
- bile citer pasal family first nih, prinsip aku mudah dan harapnya korang setujulah dengan pernyataan aku. sila pentingkan keluarga daripada kerja. kerja dan jawatan anda tu, esok anda mati, minggu depan seguni orang hantar application untuk isi post anda. kawan-kawan kat tempat opis pun mungkin akan rasa kehilangan anda seminggu dua pastu dah tak ingat anda dah. yang ingat anda pun family andalah yang duk doa tatkala lepas solat untuk kesejahteraan anda. dan ingatlah sabda nabi , bekerjalah kamu seperti kamu akan hidup seribu tahun dan beribadatlah kamu seperti kamu mati esok hari. maksudnya, pandai2lah kita imbangkan antara dunia dan akhirat. tapi sejak akhir-akhir ni aku macam terlampau ikutkan nafsu aku yang duk gilakan benda terbaru iaitu iphone 3gs.

4. iphone 3gs
-aku dah usha kat maxis. aku berminat nak amik tanpa contract dengan maxis since aku adalah pelanggan celcom untuk panggilan dan unlimited data. lagipun nombor yang aku pakai dah dekat 5 tahun beb. takkan la nak tukar kan? susah plak nanti untuk urusan rasmi.
erm, berbalik pada iphone 3gs ni aku tanya maxis. dia skang tutup untuk sebarang booking bagi pembelian melalui pakej hotlink dan juga masa menunggu adalah selama 3 bulan. gila lama ah nak tunggu..... baik aku pakai iphone 3g aku skang nih daripada nak menunggu. korang bukan tak tau perangai aku yang kurang sabar nih.

5. sabar
- sabar adalah separuh daripada iman. tapi kesabaran aku ada batasnya sementelah aku ini manusia biasa yang tidak lari daripada noda dan dosa serta kelemahan yang ketara. akibat daripada p1 wimax yang macam syial dan celaka itu membuatkan aku terpanggil untuk menghantar email ini kepada p1 melalui email berbunyi begini:

"its been a month and half using 1.2mbps package.for the 1st month everything went smooth surfing using p1. i really love p1.

but suddenly without notice, its been 5 days my connection constantly only reached maximum 0.5kbps and with my current usage not even 10% yet!

i feel like im being cheated and its suck since i already tie one year contract with u!i guess p1 is another `money sucker` broadband provider.

thanks for making me pay rm99 this months while u give me rm33 value of service."

korang tau p1 balas apa? dia suh aku ubah setting ip add la, clearkan temporary internet files la, dan berbagai lagi. aku pun buatlah apa yang diorang suh tapi apa pun tak berubah. sama jer.....

ps: aku dah mula bosan tengok senario politik peringkat ofis, negeri, negara serta dunia. aku mula merasakan bahawa konsep diktatorism sangat baik.

sekian, terima kasih.

1 comment:

Zakhiri said...

dicadangkan anda mengadu kepada SKMM bagi masalah sambungan internet. lepas aku hantar emel terbuka kepada skmm tempoh hari, ada la jugak usaha skmm iaitu dia sent same emel tu kepada celcom. celcom dah call aku tanya segala bagai soalan dan diorag diarahkan oleh skmm untuk ambil tindakan i.e report balik kepada skmm dalam masa 14 hari..
laman web skmm...www.skmm.gov.my