Friday, September 25, 2009

Snippet raya ke Enam


Suasana Hari Raya
1. Rasanya masih belum terlewat untuk mengucapkan selamat hari raya maaf zahir kepada semua yang mengenali aku walaupun hari ni dah masuk raya ke 6. lagipun raya sebulankan? kepada sesiapa yang menghantar ucapan melalui sms, maaflah sekiranya ada yang aku tak reply. mode saving. hehehe...

2. 2 tahun lepas aku raya sebagai bujang trang tang tang,
tahun lepas aku raya sebagai tunang orang,
tahun ni aku raya sebagai suami dan bapa orang,
seronok sangat. alhamdullilah.....

3. tahun ni raya di tanjung karang dan aku tak kemana kerana mengikut pn. mizi yang sedang 'berpantang'. hehehe

4. walaupun dah jadi bapak orang masih lagi mendapat duit raya. thanks ayah and family.....

5. orang yang datang beraya kat umah parents aku bila tengok anak aku semua tanya dah bape bulan dah baby ni? comelnya? bila cakap tak sampai sebulan mesti diorang cakap, wah senang nak pegang dia ni sebab tak kecik sangat.

6. aku sp3nd masa main sim 3 kat iphone sepanjang raya pertama dan kedua......

7. apa takde citer lain ke kat tv? balik2 citer antu cam congkak ngn jgn tegur. pastu citer leleh2 mata cam salam terakhir. diorang nak letak slot citer untuk raya ni tak paham konsep raya ke? raya tu kan hari untuk bergembira dan bersuka ria. letaklah citer lawak atau citer yang mengambarkan suasana ceria dan bahagia. tak bleh?

8. Hangin dengan budak2 kat area umah bapak aku kat tanjung karang. adake main mercun depan umah aku walhal anak aku ngn anak neighbour depan umah aku (newborn jugak) sedang tidor? nak marah raya. sabar je lah.....

9. aku nampak satu kemalangan kecil berlaku depan mata aku. satu iswara telah tergesel kereta vios. iswara tu langgar belakang vios yang sedang nak kuar dari stesen pam minyak ke jalan besar. aku rasa vios tu yang salah sebab main kuar je. maybe blindspot. tak nampak iswara tu. tapi lepas kene langgar owner vios tu boleh kuar terus tendang bonet depan kete iswara tu. ada ke patut?
bagi aku kesimpulan daripada insiden ni:
a. baru pakai kete besar sikit nak tunjuk eksen
b. apa owner vios tu ingat saja2 ke iswara nak langgar kete ko, nama pun eksiden, tak sengaja. apa da.....
c. raya2 pun nak gaduh2 ke? aku tengok bukan main lama nak setel. aku masa eksiden aritu pun main amik no fon je, amik gambar lebih kurang pastu terus blah. setel thru fon je (sbb aku yang salah. hehehe)

10. aku rasa cam nak pakai blackberry plak la lepas nih. tengah tunggu benda ni. huhuhu

11. sales raya tahun ni double dari tahun lepas. memang rezeki anak!

12. boleh aku tertinggal kamera d40 aku kat shah alam. memangla takde gambar raya tahun ni. hampeh betul....

13. syiok betul, aku berjaya hack iphone 3g aku so aku boleh surf internet tru laptop connect ngn iphone kat kampung. keje aku duk update facebook je la....

14. jom solat jumaat, jom....

No comments: