Sekadar berkongsi,
RASULULLAH S.A.W BERSABDA YANG ERTINYA:
Barang siapa yang memotong kukunya pada ;
Hari Sabtu: Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya
penyakit.
Hari Ahad: Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan.
Hari Isnin: Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat
Hari Selasa: Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit
Hari Rabu: Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.
Hari Khamis: Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari
penyakit.
Hari Jumaat: Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh
ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.
Jadi, potong kuku bukan sebarang potong tapi ada kaedahnya. Walaupun ia
hanya kuku tapi ia adalah sebahagian dari badan kita yang perlu kita hormati
Misalnya, memotong kuku ada adabnya selain ikut hari, kita juga perlu buang
kuku tu pada tempat yang tidak kotor sebagaimana yang diajar, eloklah buang
ke tanah kerana kita juga adalah unsur tanah, Bukannya tong sampah sekalipun
tong sampah tu bersih.
Lagi satu, mulakan potong kuku tu mulai dengan Bismillah dan selawat Nabi
dan potong bermula dari jari telunjuk sebelah kanan sampai jari kelingking
tangan kanan, kemudian jari kelingking sebelah kiri sampai ibu jari tangan
kiri dan akhir sekali ibu jari tangan kanan. Kalau kaki pula, mula dengan
jari kelingking kaki kanan sampai kelingking kaki kiri. Itulah sunnah yang
paling kuat dipegang selama ini walaupun ada banyak khilafnya. Wallahu'alam.
Begitu indahnya Islam, sampai potong kuku pun diajarnya. Apatah lagi perkara
yang lebih besar dari itu.
Mutiara Kata: Sabda Rasulullah s.a.w : "Amalan yang paling disukai oleh
Allah s.w.t adalah secara berterusan walaupun sedikit"
2 comments:
Atok...sejauh manakah kesahihan hadis ni?
entah, aku pun tak berani nak komen. bukan apa, pernah satu hari dipagi ahad aku memotong kuku lantas perbuatan ku itu ditegur atok sedara. beliau mengatakn terdapat hadis dalam kitab apantah yg memaklumkan hari2 sunat dan hari yg x sunat utk potong kuku. tu yang aku google, jumpa hadis ini dan share kepada pembaca. sahih atau x, nanti aku google lagi...
Post a Comment