Monday, January 3, 2011

Ipad wifi atau ipad wifi + 3g?


Tajuk entry di atas adalah soalan cepumas daripada kawanku, Nuhairi yang tetibe dua hari lepas telefon aku bertanyakan perkara ini,

haaa.......

macamana nak pilih tu?

soalan 1

si hairie ni kata dia ada broadband maxis,
boleh tak nak dipakai pada ipad...

jawapan soalan 1,

boleh dan tidak boleh,

boleh bilamana ko pegi kedai, potong simcard broadband maxis dan hanya guna pada ipad 3g mu itu,

tidak boleh bilamana broadband tu ko nak cucuk pada ipad. (bro, kat ipad tu mana ada lubang usb) atas alasanmu itu, broadband tu masih nak guna pakai pada laptop atau pc.

soalan 2

bro, aku konfius la nak amik 16gb ke 32gb ke atau 64gb?

jawapan soalan 2,

kalo setakat ipad tu ko nak buat surf internet atas katil dirumah, 16gb dah cukup.

tapi kalo ko nak bawak ke hulu hilir, main game, tgk movie, edit gambar, gunakan sebagai produktiviti tools, letak portfolio kerja ko tu untuk tunjuk pada potential client (maksud aku gambar-gambar sebab member aku ni partime photographer) elok lah amik 32gb.

tapi kalo ko tak tau nak buat apa dengan duit ko yang banyak tu, santak je la 64gb...

soalan 3

bro, nak amik yang wifi atau 3g?

jawapan soalan 3,

soalan ni susah sikit,
bergantung pada macamane ko nak,

ambil contoh macam aku dulu,
kat umah ngan opis ada wifi,
so, model ipad wifi memadai bagi aku,

tapi sebab setengah orang yang perlu buka email sepanjang masa, surf internet bila ada masa terluang di mana2, atau yang jenis buat kerja merata-rata tempat (on the go) dan data/fail disimpan secara 'clouding' menggunakan box.net, evernote atau dropbox macam member aku chewan si arkitek tu, silalah pakai model yang ada 3g.

ada juga satu lagi opsyen,
korang juga boleh beli ipad wifi+mifi,
sekarang ni rasanya semua telco provider di malaysia telah menawarkan 'mifi',
even Yes4g pun ada menawarkan pakej ipad berserta mifi,
jika ada mifi, korang boleh sharing 4 ke 5 device untuk surfing melalui mifi termasuk ipad wifi tu tadi,
bezanya pergi ke mana-mana kena bawak 2 benda dan charger sebab mifi ni kalau tak silap bateri cuma dapat bertahan di antara 4 hingga 5 jam. mungkin agak leceh sikit la kan?
perbandingan harga dan pakej untuk mifi berdasarkan telco provider, sila rujuk pada jadual di bawah :


so, berapa pulak harga ipad?

iPad WiFi
16GB RM1549
32GB RM1849
64GB RM2149

iPad WiFi+3G
16GB RM1999
32GB RM2299
64GB RM2599

kalo nak beli, pegila carik kat outlet yang jual barangan apple yang sah contohnya machines ataupun beli secara online supaya kalau berlaku kerosakan dan sebagainya senang nak claim warranty.

cuma,
nak bagitau, battery untuk ipad wifi tahan 1 hingga 1.5 jam lebih lama dari ipad wifi 3g. biasanya ipad wifi battery boleh tahan untuk 10 jam sebelum di cas semula.

so kepada kawan ku nuhairi, tepuk dada tanya poket!
aku dah bagi idea, lu pikir la sendiri, hehehehe........

ps: fyi, ipad 2 macam nak keluar dah tahun ni, aku bujet dalam bulan mei atau jun sampailah kat malaysia....
pss: aku dah tak larat dah nak update gajet, duit keluar macam air.....

4 comments:

Zakhiri said...

ni harga terbaru ke bro? ipad wifi 16gb cuma 1500++?

en mizi said...

mmgla, dah murah dah sekarang. aku igt lagi masa aku beli ipad wifi 16gb harga rm2300..... huhuhu

din said...

bro kalau terhantuk sikit ipad 2 kt hujung kiri tu boleh claim warranty x?

pastu boleh tak kalau trade in ipad 2 kt kedai apple mcm machines tu?

en mizi said...

Din: tak bleh claim warranty utk bende2 mcm tu.
Kedai machines tak bleh trade in. Kalo kat kedai biasa contohnya lowyat boleh sbb aritu ada membe aku dah trade in....