Sunday, January 23, 2011

aplikasi berhenti merokok untuk iphone, livestrong

aku perokok tegar,
purata sehari sekotak 20,
aku pun macam orang lain,
kalo boleh taknak isap rokok,
dari segi akal waras,
ia membazir dan merosakkan badan,
tapi yang tak logiknya,
kenapa aku tak boleh tak merokok?

nak berenti payah,
jadi aku dapat kurangkan pun jadilah,
buat masa ini,
surf punya surf,
aku jumpa aplikasi ni,
untuk iphone,



kalo nak download dalam itunes cari aplikasi nama Livestrong

so apa ada dengan livestrong?
memula dia akan tanya apa matlamat ko nak kurang/berenti merokok?
so aku pun isilah details dan perkara yang berkaitan dengan soalan,



senang citer, setiap kali nak isap rokok dan rasa nak merokok tapi tak isap, kene check in dulu,



nanti dia akan listkan setiap aktiviti dan graf mengikut hari dan minggu,
ini supaya aku dapat lihat aktiviti merokok ku,
owh, dia juga ada limitkan jumlah batang rokok yang boleh diisap mengikut tempoh sasaran,
ambil contoh minggu pertama,
limit sehari 20 batang,
minggu kedua dah kurang kepada 15 batang,
dan seterusnya minggu-minggu lain,
sampailah berenti,



disamping itu,
ada juga dipaparkan tips2 yang baik,
untuk dijadikan panduan,
contohnya,






juga akan diberikan trofi bagi perkara2 yang telah berjaya dicapai seperti,


aku juga boleh mendapat inspirasi dari pengguna aplikasi ini melalui ruangan forum dan juga berkongsi pengalaman tabiat merokok,



sekiranya ada apa2 perubahan yang perlu terhadap matlamatku, aku boleh mengupdate melalui setting



apapun, aplikasi ini memang sangat baik untuk mengurangkan/berhenti dari merokok.

untuk aplikasi ini aku bagi 4.5*/5*

ps: hendak seribu daya, kalo taknak macam2 dalih... huhuhu

- Posted using BlogPress from my iPhone

Location:Persiaran Bestari,Shah Alam,Malaysia

No comments: