Aku layan samarinda tv3 jam 10.30mlm,
Episod 23 citer ayoub,
Sebelum ni ada la terlayan 3-4 episod ayoub ni,
Yakni masa episod awal2 dulu,
Rupanya,
Ini dah minggu terakhir,
Tapi,
Episod malam ni sangat menyentuh hatiku,
Dimana kali ini,
Ayoub sakit dan duduk seorang diri dihutan,
Sakit kulit disabotaj dan buatan wan aidil,
Memaksa ayoub terpaksa memencilkan diri,
Walaupun diuji sebegini,
Ayoub tak lupa tinggalkan solat,
Dan tetap taat dengan ALLAH,
Tetiba,
Wan aidil dapat jejak dimana ayoub menyendiri,
Sebelum ni,
Dia dah buat macam2 kat ayoub,
Sabotaj business,
bunuh anak ayoub,
buat ayoub sakit kulit,
tapi bila jumpa ayoub yang sakit teruk itu,
Masih ayoub tetap memuji nama ALLAH,
Dan redha,
Hati wan aidil sudah panas,
Pikir macamane nak bagi ayoub jahat macam dia,
Setan sudah masuk,
Wan aidil terus puji ayoub meninggi,
Cakap kat ayoub syurga untukmu sudah pasti,
Ayoub pun kembang dalam hati,
Langsung,
Ayoub mula tinggal solat,
Hati ayoub sudah goyang,
Mula salahkan tuhan,
Bagi ujian hingga ayoub tak tahan,
Hari ke hari,
Ayoub dah mula marah2,
Sampai kuar suara background,
Arwah mak dia yang mati masa solat,
Nasihat, "ayoub, jangan tinggal solat. Sebab tu ayoub dah mula marah2",
Dia marah mak dia balik,
Ayoub terkilan,
Sebelum ni,
Masa dia berjaya dan jutawan,
Dia banyak tolong anak yatim dan bantu orang,
Derma berpuluh juta,
Sekarang bila dia sakit,
Sorang pun tak tolong,
Sampai tetiba satu scene tu dia kata,
"setan, kau keluarlah. Aku tau kau yang bagi makanan"
(ada diantara scene menunjukkan ada makanan/buah setiap hari ditinggalkan depan pintu dan ayoub pun makan, ayoub sakit teruk nak berjalan pun tak larat)
"aku nak kaya, aku nak sihat", katanya....
Setan pun suruh dia berikrar,
Suruh patuh dan tunduk,
Ayoub dah lafaz halfway,
Tetiba ada orang bagi salam,
Dari luar rumah,
Rupanya,
Budak yang ayoub penah jaga dikala budak itu,
baru keluar penjara,
Orang kampung tak suka budak tu,
Tapi ayoub bela,
Kini budak tu dah berjaya,
Dan mahu membalas jasa,
Itulah ending episod malam ni,
Kesimpulannya,
Aku rasa citer ni dia amik,
Kisah dan riwayat nabi ayoub,
Yang diuji dengan penyakit,
Tapi tetap patuh dan taat pada ALLAH,
Aku?
Sakit sikit pun tak tahan,
Tapi,
Aku berdoa aku kuat jika diberikan dugaan dan ujian,
Dan tetap ingat ALLAH...
Anyway,
Dibawah adalah sinopsis citer ayoub,
Ayoub (TV3)
Tarikh Tayangan : 23 November 2010,,
Hari Tayangan : Selasa hingga Khamis,
Masa Tayangan : 10.30 malam
Episode : 25 episod
Pelakon: Iqram Dinzly, Fizz Fairuz, Fiza Halim, Watie Sadeli, Rosnah Johari, Norish Karman, Razak Ahmad, Ahmad Tarmimi Siregar, Dato’ Rahim Razali dan Mak Jah.
Sumber : Budiey.com
Sinopsis Ayoub (TV3)
mengisahkan Ayoub (Iqram Dinzly) yang sentiasa bersabar terhadap segala rintangan dalam hidupnya. Ayoub dibesarkan oleh ibunya, Banun (Rosnah Johari) dalam keadaan yang sederhana selepas ayahnya, Musen meninggal dunia semasa Banun baru mengandung. Ibu bapa Musen yang berasal daripada keluarga yang berada menyangka Banun berlaku curang dengan Mat Sewel (Razak Ahmad) lalu tidak mengaku Ayoub sebagai cucu mereka.
Ayoub mempunyai seorang kawan karib, Wan Aidil (Fizz Fairuz) sejak bangku sekolah. Ibu Wan Aidil, Norma (Norish Karman) sentiasa cemburu terhadap Banun dan tidak membenarkan Wan Aidil rapat dengan Ayoub. Wan Aidil telah berkahwin dengan Sazzy (Watie Sadeli), seorang gadis bandar yang kaya. Norma berasa bangga dengan kejayaan anaknya namun dia selalu mendesak Wan Aidil supaya lebih berjaya daripada Ayoub.
Ayoub pula memulakan kerjayanya sebagai seorang pengedar beras di kampung. Dia telah mewarisi harta peninggalan datuknya dan dapat mengembangkan perniagaannya. Walaupun keuntungannya kini tinggi, Ayoub menjalani kehidupan secara sederhana mengikut hukum Islam dan sering menolong mereka yang memerlukan. Ayoub bertemu jodoh dengan Tengku Zarima (Fiza Halim).
Mereka dikurniakan 4 orang anak selepas berkahwin. Perniagaan Ayoub semakin maju. Ayoub sering bersedekah kepada penduduk kampung dan menjadi penaja kepada beberapa dana.
Mimpi ngeri Ayoub bermula apabila Wan Aidil semakin tertekan dengan kejayaan Ayoub. Kehidupan Wan Aidil tidak semewah dan sebahagia yang diimpikan selepas ditimpa dengan beberapa masalah.
Wan Aidil sanggup melakukan apa sahaja bagi menjatuhkan Ayoub. Syarikat Ayoub mula menghadapi masalah setelah beberapa pekerjanya berpaling tadah. Anak yatim yang pernah dibantunya pula menuduh Ayoub mencabul kehormatannya.
Imej Ayoub sebagai seorang dermawan dan usahawan yang berjaya tercalar. Namun, Ayoub dan Tengku Zarima masih sabar dan tabah menghadapi segala cabaran. Wan Aidil bertindak lebih agresif sehingga tergamak membunuh anak-anak Ayoub serta menyebabkan Ayoub menderita dengan penyakit kulit akibat sisa bahan toksik.
Ayoub telah menyepi diri di dalam hutan. Dia enggan menerima sebarang bantuan daripada sesiapa dan mula menyalahkan Tuhan tentang nasib malangnya. Zahra, seorang anak yatim yang pernah dibantu oleh Ayoub hadir dalam hidupnya dan tekad memulihkan semangat Ayoub. Mampukah Ayoub bangkit semula? Bagaimana pula dengan kesudahan Wan Aidil?
Ps: syukur, ada jugak citer bagus macam ni, takdelah aku jemu tengok citer seram dan hantu je.
Pss: citer cerekarama sabtu ni pun best jugak rasanya, Iqra. Ala2, citer konsep dakwah gitew....
- Posted using BlogPress from my iPhone
No comments:
Post a Comment