Saturday, February 26, 2011

sasaran kerja tahunan

skt,

atau ayat panjangnya,

sasaran kerja tahunan,

aku tak suka sistem ni,

sebab markah penilaian diberi oleh bos,

bos jenis ada ati perut bolehlah bagi markah best2,

tapi kalo bos sebaliknya macamane?

kerja yang bos suruh kita buat tip top,

tapi tetap dia kasik markah lebih kurang atas alasan,

takde disiplin,

awak selalu xde di pejabat ( dah selalu meeting kat luar, gi site visit mana nak ada kat pejabat, bukan ke bos yang suruh saya cover bos? )

awak kurang menonjol, ( nak gi toilet pun kadang2 x sempat bos, siapkan kerja bos, inikan pulak bos nak suruh sy menonjol )

awak selalu cuti ( dah cuti setahun 25 hari takkan la x amik, cuti kang kene bagi sebab kenapa tak abiskan cuti )

awak x fokus ( kepala duk ligat pikir macamane nak setel masalah, tu yang badan je kat situ tapi otak ntah ke mana )

tapi bos,

yang bos tau keje nak setel tapi bila minta tolong pikirkan jalan penyelesaian sama2 bos suruh 'lu pikirlah sendiri' ada bos kisah?

yang bos cuti pasal anak nak masuk asrama disambung dengan cuti kucing parsi bersalin dan ditambah emergency leave sebab bos lupa cari hadiah ulangtahun perkahwinan yang menyebabkan terpaksa cover keje dan attend mesyuarat bos, ada bos kisah?

apasal aku nak kisah, kau boss ke aku boss? hahahahaha ( gelak gaya orang jahat )

penyudahnya,

ikut bos la nak bagi markah berapa,

ada ku kisah?

sebab penilai sebenar bukanlah bos kita,

tapi 'bos di atas' sana,

jadi sekiranya markah kita rendah,

ingatlah, bos kita letak markah sebab dapat ilham dari 'bos di atas'.

jadi aplikasi konsep sabar je lah labi perlu dikukuh dan diasimilasikan dengan redha,

sekali lagi murid2...
sabar dan redha....
pandao


ps: aku tak tau lagi markah skt aku berapa sebab aku x hantar lagi kat bos aku, hehehe
ps2: aku tulis berdasarkan pengalaman aku dan kengkawan aku yang lepas2....
ps3: kan bagus kalo bos boleh dinilai oleh anak buah? barula ko tau ko bos yang baik untuk anak buah ko ke bos yang melingkup?
ps4: aku ni suka bagi alasan eh? hehehe
ps5: bos aku takde kene mengena dalam citer ini....






- Posted using BlogPress from my iPhone

Location:Tanjong Karang,Malaysia

2 comments:

NADIA PERFUME SHOP said...

wah dalam iphone bole tulis blog eh

en mizi said...

dalam iphone ada +300k applications yg mcm2 ada selain dari tulis blog nadia. bb? sebab tu saya dah tinggalkan bb. hehehehe