Aku suka:
- Gajet (handphone, pda dan etc)
- Barangan elektronik (laptop, home theatre, console game)
- Latest technology on audio visual and electronic stuff
Dan aku sangat gembira sekiranye kawan2 aku bergembira dan tumpang sekaki dengan apa yang aku. Layan main ps3 sama-sama dan tengok dvd dengan bluerays beramai-ramai. Aku pun takdelah amik port sangat kalo kawan2 aku yang aku kenal abiskan duit memenuhi hobi masing-masing.
Ada yang gila make up kereta, sanggup abiskan RM3k, RM4k malah RM12K hanya untuk sport rim sahaja.
Ada yang gila main drift sampai sanggup modified kete, upgrade parts and body, selalu tukar tayar sebab tayar cepat botak untuk berdrifting.
Ada yang beli basikal bukit dgn aksesori bagai macam gps ngn helmet, nilai ribuan ringgit sebab nak join geng2 kelab.
Kawan aku yg gaji rm2.5k tapi main golf pun ada..... (bagi aku golf ni sukan yang agak mahal la, bagi aku ar, korang aku tak tau la)
Yang kumpul koleksi action figure ngn robot2 yang aku congak2 selamba nilai keseluruhannya dekat RM2k pun ada
Di sini aku nak bagitau.....
Aku tak kisah kalo ko kutuk aku dan kata aku ni seorang yang gila dan membazir sebab sanggup berhabis semata nak penuhi kemahuan nafsu kuda aku ni. Aku sedar dan aku tau ia amat membazir pun dan aku takkan terasa hati disebabkan ianya memangla kelemahan aku umpamanya sepertimana seorang wanita yang suka membeli kasut setiap kali 'terlalu' kedai kasut jenama vincci sampaikan ada kasut yang dia beli, tak pakai dan disimpan didalam kotak disebabkan terlupa dekat mana dia letak kasut yang dia beli padahal sebenarnya kasut itu ada dibawah katilnya. (Perumpamaan ini tidak ada kena mengena samada yang hidup atau yang telah mati. Ianya juga bukan ditujukan untuk cendewan kememe abang ok? Hiks)
Cumanya.............
AKU SANGAT SAKIT HATI DAN AMAT TERASA
HATI kalo kau komen dan kutuk hobi aku ini sambil dalam masa yang sama kau GUNA DAN PAKAI benda2 yang aku ni mcm KAU PUNYA!
Walaupun aku sukakan benda2 ni dan sanggup berhutang (easy installment, credit card, meminjam bank) untuk beli benda2 ni daripada saving dalam unit trust ke, asb ke, fixed deposit ke. Kau apa pedulik?
Aku punye hobi, aku punye suka la......
At least aku tak mencuri, aku tak makan rasuah, aku tak menipu orang dengan suruh korang masuk skim mlm yang merugikan orang bawah sekali dan aku tak main nombor ekor. Senang cerita benda-benda
yang aku ada ini bukanlah dari sumber yang meragukan dan haram. Malahan aku tahu yang aku mampu bayar semua itu hasil gaji bulanan aku walaupun belanja bulanan aku jadi tight.
KESIMPULANNYA, BAGI AKU ORANG MACAM KAU SANGAT HIPOKRIT!
MEMANG SANGAT TIDAK TAHU MALU!
PERGI CERMIN DIRI ITU DAHULU, TENGOK PERANGAI DAN TABIAT BURUK KAU SEBELUM KAU KOMEN ORANG!
MACAM LAHANAT!
4 comments:
setuju banget deh! eiii! ape sebut2 pasal vincci nih?
macam marah ajer en mizi? marah dengan koboiresak ke? huhuhu
ui... relax atok... jgn marah marah... nanti darah tinggi pulak. Ada baiknya anda tarik napas dalam dalam dan baca Quran. Amin~!
koboiresak said...
macam marah ajer en mizi? marah dengan koboiresak ke? huhuhu
-aku tak marah ngn kau, ko takde kene mengena dengan amarah ku.
Sir Sifoomaster said...
ui... relax atok... jgn marah marah... nanti darah tinggi pulak. Ada baiknya anda tarik napas dalam dalam dan baca Quran. Amin~!
- aku dah tak marah dah..... dah cool seminggu yg lepas. marah pun buat sakit hati jer. ekekeke
Post a Comment