Pura-pura sibuk dan banyak kerja. masa berblogging sepatutnya telah bertukar ke waktu tidur disebabkan keletihan badan. Mungkin penat akibat berpura-pura sibuk dan berpura-pura banyak kerja. hehehe......
Minyak petrol turun RM0.15 daripada RM2.45/liter kepada RM2.30/liter. Ini disebabkan harga minyak jatuh dari USD120/barrel kepada USD83/barrel. Dan rasa sehingga harini pada USD71++/ barrel. Tapikan aku tengok kereta aku macam takde effect jer dengan penurunan itu, tambahan lagi dapat ku rasakan tapir itu sudah mula menunjukkan tanda2 minyak tak efficency. Apakah disebabkan kaki aku ini jenis kaki yang berat? huhuhu......
Harga minyak dah turun, makanya harga barang sepatutnya turun. gelihati aku bila baca suratkhabar sejurus penurunan harga minyak sebanyak dua kali, pemimpin terus minta peniaga menurunkan harga barangan. ekekeke..... Apalah, simple jer rule of thumbs di Malaysia ni. Harga barang dan perkhidmatan akan cepat naiknya kalau harga minyak naik tetapi kalau nak diturunkan memanglah payah. Ianya juga penyebab berlaku kenaikan inflasi yang ketara. Melainkan pemantauan yang kuat dan berkesan dilakukan oleh kerajaan terhadap barangan kawalan. Masalahnya, berkesan sangatke pemantauan itu dibuat? tambahan pulak semua sibuk politik jer, dan semua benda yang tidak sepatutnya politik pun dipolitikkan macamana? ntahla....
Wow, minggu penuh makanan! Penuh dengan jamuan raya tidak kira di pejabat malahan kawan-kawan sepejabat pun seakan berlumba buat rumah terbuka. Aku ni sampai dah tahap tak payah fikir nak makan kat kedai mana sebab dah ada jadual makan kat mana dan jam berapa nak makan. Diorang dah tolong fikirkan dan memang saving banyak duit belanja makan aku. hehehe
Tinggal dua minggu lagi untuk aku masuk ke alam baru. Apakah alam itu? hahaha... rahsia. Tapi harapnya semua berjalan lancar......
(erm.... apahal ayat aku kali ni ke arah skema standard bahasa melayu? hehehe)
No comments:
Post a Comment