Monday, January 12, 2009

Wedding Bieha 10 Januari 2009

hari sabtu bersamaan 10 januari 2009 aku ke jalan bacang 1, kota masai, pasir gudang untuk lawatan sambil makan sempena memenuhi jemputan walimatul urus bekas pengapit aku dan isteri sapa lagi kalo bukan pn. bieha (yela, sapa lagikan? dah tajuk pun wedding bieha) yg sebelum itu sudah selamat dinikahkan pada 25 disember 2008. owh, bieha ni kawan baik bini aku masa kat politeknik dulu. dah bieha kawan bini aku, makanya automatik jadi kawan aku jgk ler.

aku pegi bersama 4 orang yakni aku, isteri, ibu mertuaku dan adik tak berapa nak angkat isteri ku, si minah joreh.
pagi tu kitorang gerak pukul 8 pagi dari shah alam,
bini gue dah risau takut sempat tengok membe dia bersanding,
aku pun apa lagi tekan je la,
alih2 sampai umah pengantin jam 11.30 pagi,
pengantin pun tak mekap lagi sebab bersanding jam 2 petang,
penyudahnya check in hotel dan layan tido dulu,

so, jam 2 kami gi la rumah pengantin,
meriah cik non,
ramai sungguh orang,
kawan2 bini aku yang aku kenal pun hadir sama,
mek dan wan (fotographer masa cuti2 langkawi),
didi sebagai pengapit yang bertanggungjawab meng'apit' bieha pun ada,
aku paling suka kenduri bieha ni geng2 kompang dia,
dari pukul 3 sampai 430 ptg duk tabuh,
siap nyanyi lagu hindustan bagai,
agaknya bayar mahal kut,

kepada bieha dan pudin,
selamat pengantin baru,
semoga kekal akhir hayat,
kerja 'keras' okey???
supaya cepat dapat zuriat,
amin.......

(ps: aku malas nak letak caption kat gambar2 dibawah sebab aku nak kene kuar site jap dalam 2.30pm, so pandaila korang hayati dan tafsir sendiri, oh ye.... aku kene asah dan blaja lagi teknik amik gambar, gambar2 yang aku amik tak cantik langsung, so si aie hebat, aku perlu tunjuk ajarmu. bila nak ajar aku neh?)


2 comments:

r33n adnan said...

nasik dia sgt sedapp...!

umarsayang said...

kelakau lak tgk muka sendrik pakai baju perantin...seksi perut i..wahkakakak