Monday, February 16, 2009

Mansuhkan penggunaan bahasa inggeris dalam pengajaran sains dan matematik?

Aku tak paham diorang ni. Takkan nak mansuhkan balik sistem nih? Dulu
beria benar nak mengajar budak2 sains dan matematik dalam bahasa
inggeris. Alih2 nak backward balik?

Walaupun ia masih dalam kajian tapi perlukah ia dikaji? Aku rasa tak
perlulah dikaji sebab sebelum bahasa inggeris hendak diajar ke dalam
matapelajaran sains dan matematik, kalangan ahli fikir dan penasihat
dah tentu buat paper dan kajian terperinci dan dibentang sehingga
kerajaan dah bersetuju implementasi benda ni.

Aku seronok dengar budak sekolah sekarang form 1-2 dah guna dan sebut
differential equation, power convergion, equilibrium dan istilah
istilah matematik yang aku cuma kenal dan tau sebut bila aku blaja kat
uitm. Itu belum lagi subjek sains lagi. Advance silibus budak2 sekolah
skang. Secara tak lansung bahasa inggeris diorang akan improve.

Jadi aku rasa amatlah kurang bijak sekiranya kekdahnya kembali diajar
dalam bahasa ibunda. Sengal sangatla pencadang tu. Bukannya nak maju
ke depan. Lagi dia nak backward ada ar.

Bagi aku mmg takde beza sgt sains dan matematik nak diajar dalam apa
bahasa waima jawa sekalipun. Yang penting apa yang diajar sampai pada
orang yang diajar dan faham. Cumanya dengan diajar dalam bahasa
inggeris lebih baik kerana ia memberi tambah nilai kepada pembelajaran.

Ps:kalo la dari dulu lagi aku diajar dalam bahasa inggeris. Dah tentu
aku fasih berkata-kata, speakang london gitew.

Sent from my iPhone

3 comments:

Zakhiri said...

it is convergion or conversion?...

bagi aku yang sama2 blajar math and science (physics and chemistry) in english ngan ko kat uitm dulu ni rasanya sokong pendapat bahawa PSMI patut diajar dalam BM..kerajaan patutu kaji betul-betul keputusan tersebut..ajar bagai nak rak dalam BI alih2 kertas exam subjek tu ada 2 versi bahasa..

sama jugak mcm kita kat uitm dulu..dengan tahu perkataan equilibrium,differential equation, dan sebagainya, adakah komunikasi english kita sekarang ni improve? bila ada mat saleh tanya sesuatu in english, biasa kita akan dengar "aku paham mat salleh tu tanya tapi xtahu nak reply balik dalam english!!"...

by knowing only a few term in english doesn't mean that we can communicate in english..

en mizi said...

tapi hatiku berpendapat wajar ia diajar dalam bahasa inggeris. implementasi biarlah dari darjah satu. lagi satu, nak jadi power komunikasi bahasa inggeris? nak bagi budak2 ni boleh cakap bahasa dengan baik? senang jer....

betulkan balik kekdah pengajaran...

kene fahamkan budak2 ni kenapa perlu menguasai bahasa inggeris, apakah matlamatnya, apakah tujuannya.. kenalkan mereka. sebab tak kenal maka tak cinta, kan? kan?

takpelah, knowing few term considered as stepping stone to improvise our english.

ps: convergion, typo error ar...
hiks

Zakhiri said...

memang bagus kita mau kedepan..aku setuju sangat dengan hasrat kerajaan..tapi implimentasinya bagi aku terlampau drastik sangat..bila membuat laporan didalam berita, peratus pencapaian UPSR,PMR,SPM,STPM sentiasa meningkat..tapi, adakah keputusan itu diaudit oleh Audit Negara? adakah public boleh tengok keputusan tersebut? dalam ramai2 calon yang amik exam, berapa peratus yang jawap dalam BI yang dikatakan berjaya tersebut?

betulkan balik kekdah pengajaran...
Bukan kaedah pengajaran yang patut dibetulkan..sikap cikgu-cikgu sekarang ni yang kena betulkan..aku rasa sudah agak kurang cikgu yang mengajar setulus ikhlas hati semata-mata kerana Allah. semua mengejar kebendaan dan tuisyen luar baru betul-betul nak mengajar..

bagi aku yang berasal dari pantai timur, nak memahamkan perkataan dalam english zaman kecik dulu agak susah sebab dialek kami agak menebal even sampai ke sekolah..cukuplah kalo cikgu2 bahasa inggeris mengajar bahasa inggeris sungguh-sungguh dengan ikhlas semata-mata demi agama, bangsa dan negara.