Tuesday, June 14, 2011

Naik

Baru-baru ini, ada beberapa perkara 'naik' yang telah berlaku dan akan berlaku:

1. Cukai perkhidmatan naik dari 5% kepada 6% (telah naik)
ini benda lama, telah mula berkuatkuasa sejak awal tahun lagi. Walaupun nampak kecil jumlahnya tapi ada juga kesannya. Contohnya sekiranya aku belanja RM1000 untuk keperluan dan bil berkaitan sebulan, maknanya belanja tambahan sebanyak RM10 diperlukan.

2. Bil elektrik (sedang naik)
Wow, kena tunggu bil bulan ni. Selalu bil elektrik rumah ni RM 200++, lepas tarif elektrik naik ni, tak taulah berapa pulok tambahan bayaran bulanannya. Mau 40-60 juga.

3. Bil Astro (akan naik)
Ini bakal bermula bulan depan. Nak taknak kena amik pakej RM125 sebulan sebab pakej ni cover semua. Sekarang pun aku bayar RM112 (termasuk cukai 6%). apala sangat tambah lagi RM13-15 sebulan untuk astro kan? (puuuiiihhhhh)

4. Saiz seluar (naik?)
Dulu saiz seluar aku 32 inci, lepas tu naik 34 inci, semalam dah naik 36 inci? Yang peliknya masa aku pakai seluar slack size 36 inci tu, seluar jeans yang aku pakai saiznya 32 inci.... Musykil betul.....

kesan perkara-perkara naik ini adalah:
1. perbelanjaan bulanan naik secara mendadak.
2. Jumlah hutang juga naik secara mendadak.
3. Kenaikan tarif elektrik juga menyumbang kepada peningkatan kos pengeluaran yang menyebabkan perkadaran terus kepada peningkatan harga barangan.
4. Kadar inflasi naik.(agaknya lah)

Perkara yang menjadi persoalan dalam medula oblongata aku adalah:
- apakah bil astro naik sebab tarif elektrik naik?
- selain pendapatan bulanan aku, tiadakah harga barangan atau perkhidmatan yang turun?

Apapun, gaji jugak yang tak naik-naik.

- Posted using BlogPress from my iPad

No comments: