mak aku tunjuk satu jemputan walimatul urus,
tetiba aku rasa insaf bila tengok kad jemputan ni,
cuba korang tengok sendiri kad kawin ni,
perasaan aku (aku ulang, ini PERASAAN AKU, korang punya perasaan aku tak berapa nak amik peduli, Okey?) adalah:
1. aku salute sebab budak kecik ni agak kreatif (aku rasa budak sekolah rendah jer yang buat kad ni berdasarkan tulisan).
2. aku insaf dan respek pasangan ini sebab walaupun majlis mereka mungkin ala kadar jer tapi mereka tidak menjadikan alasan ketidakmampuan mereka untuk tidak berkawin. bak kata bapak aku, diorang tau ukur badan diorang. bukan macam trend zaman sekarang ni, nak tunggu ada ketela, ada umahla, ada hartalah, tunggu stabil kerjayalah baru nak kawin. dan aku pun dulu berfikiran macam tu. huhuhu. tapi alhamdullillah semua dah selamat akhirnya.
3. aku sangat bersyukur dan insaf dengan apa yang aku miliki sekarang.
4. aku insaf sebab pasangan ini lebih mementingkan perkara yang wajib sahaja, itula sebenarnya yang sangat dan paling penting, dan bagi aku mereka mengamalkan prinsip 'lantakla apa orang nak kata, yang penting kita bahagia'.
5. bapak aku kata, kalo diorang ni rapat dan bercampur dengan masyarakat setempat area kawasan bapak aku, nescaya masyarakat setempat akan tolong. at least kitorang boleh tolong buatkan kad lebih cantik sikit. ayat bapak aku menjadikan aku insaf dan langsung nak bergaul dengan masyarakat tempat aku tinggal skang.
dan sesungguhnya aku sememangnya sangat insaf.
(nota di kaki : entry Insaf ini bukanlah bertujuan untuk mengaibkan sesiapa, terutamanya tuan punya kad ini ok? apa dear? abang insaf dua hari jer? huh, bagilah ayat peransang sikit. huhuhuhu)
No comments:
Post a Comment