Saturday, December 25, 2010

Ulasan Mengenai Macbook Air 11.6 inci

Salam,

Aku beli apple baru, bukan buah apple okey...........

sila rujuk gambar dibawah



(sila tengok diantara monitor yang besar dan keyboard, itulah dia)

dah hampir 24 hari aku pakai macbook air 11.6 inci. beli kat machines sunway pyramid. nasib baik masa beli aritu ada stok. harga retail price RM 3299. bagi model harga ni didatangkan dengan processor 1.4ghz core 2 duo, ram 2GB dan SSD 64GB.

asalnya aku nak beli online yang mana macbook air ni dicustomise terus dari kilang, tambah ram dari 2GB kepada 4GB dan internal memory dari SSD 64GB kepada 128GB. tapi bila aku sembang dengan salesman machine, dia kata model inilah yang terlaris. ini disebabkan kebanyakan pembeli menggunakan laptop ni sebagai supplementary kepada pc utama mereka. kalo nak save document atau media, pendrive atau external hardisk kan ada? Jadi disebabkan terpengaruh dengan saleman, perasaan tidak sabar ku memuncak sebab kalau nak tunggu yang aku order online mau makan seminggu dua sebab dia post direct dari china maka aku amik keputusan amik model seperti yang aku mentionkan pada perenggan atas tadi.

aku perlukan laptop ni supaya aku senang buat kerja di opis dan di tapak serta mudah untuk dibawa kemana sahaja hatta jamban sekalipun sebab ringan. ipad susahla kalo nak menaip buat surat, buat membaca, main game dan surfing bodo oklah. maklumlah kerja aku banyak berkaitan nak menjawab surat dan buat laporan.

kenapa laptop jenama apple dan model ni yang dipilih?

1. ringan siut, 1.2kg je beratnya. hari2 aku bawak gi keje pakai sling bag bodo. orang igt aku bawak diari padahal laptop.

2. nipis dan panjang sikit dari ipad, kat laptop ni point paling nipis tebalnya 0.11 inci dan point paling tebal 0.68 inci. itupun kat area yang ada usb port. sila rujuk gambar dibawah.


3. walaupun nipis sebegitu rupa tetapi bateri dia agak reasonable juga. boleh tahan selama 5-6 jam dengan wifi on.

4. aku dah familiar ngan perisian mac os x. so takde masalah dari segi penggunaan.

5. sekiranya laptop ini dari mode shut down, tekan jer on, ia hanya mengambil masa 14 saat untuk digunakan, tapi kalau dari mode stand by, tekan apa2 je button terus instant on. dah macam ipad la pulak. apple claim untuk mode stand by, battery boleh tahan sehingga 30 hari sebelum perlu dicas semula.

6. design dia cantik. yang bestnya kat lambang apple bernyala kalo sedang digunakan.

7. inilah laptop apple yang paling murah sebenarnya yang diorang jual pada harga itu selain macbook 13'. yang lain semua main 3900 dan ke atas.

8. trackpad dia senang digunakan. hampir serupa macam guna magic mouse.

9. walaupun kecil dah macam netbook, tapi keyboard dia full size.

10. walaupun processor hanya core 2 duo dan kalo sekali tengok korang rasa ianya netbook tetapi engineer apple dah optimised tahap dia adalah laptop okey....

11. screen dia cantik dowh.

12. bak kata member aku, apple ni kalau buat produk, hardware dia datang sekali dengan software dia. jadi dia dah betul2 fully optimised. tak perlu nak risau mengenai stability produk itu. tak macam window/pc.

Walau bagaimanapun mana ada benda yang perfectkan? so berikut merupakan senarai yang dapat aku peratikan.

1. processor dia kalo korang beli laptop jenis lain boleh dapat intel i3. mahal betul berbanding ngan laptop lain. kalo laptop lain, spec mesti dapat lagi best. tapi, inikan apple.

2. ada 2 je usb port dan takde sd card reader, takde firewire, takde expansion bay dan takde optical drive. kalau nak install barang memang payah sikit sebab takde optical drive. tapi jangan khuatir, korang tambah duit beli external optical drive ataupun air sharing optical drive. macam aku takde masalah sebab aku ada imac. so kalo aku nak install something kat macbook air ni, just masukkan cd pada imac aku dan sharing dia punya drive pada macbook air.

3. battery cycle dia utk 1000 kali sahaja. lepas tu samada boleh dilupuskan atau hantar ke kilang untuk tukar battery baru.

4. owh, takleh upgrade sendiri. korang kena special order terus kat kilang di china. (maknanya korang kena order online la) itupun masa memula nak beli. bila barang dah dapat baru nak upgrade rentikan je la. sebab apa? sebab ram dengan SSD dia dah soldered terus pada motherboard.

5. keyboard takde backlight tidak seperti 'abang abangnya' iaitu macbook dan macbook pro. jadi susah sikit nak menaip di dalam gelap.

6. laman web yang ada flash memangla tak buleh bukak sama macam ipad yang menyebabkan aku nak bukak laman web ofis aku pun tak boleh sebab diorang pakai format flash. kena install plug in pada safari baru boleh buka flash seperti click to flash.

Owh yea, aku beli accessories tambahan seperti berikut:
a. mini displayport to vga adapter supaya aku boleh sambung laptop ni pada lcd monitor kat opisku. malas nak pakai pc kat opis sebab banyak sangat virus.
b. usb ethernet adapter. sebab laptop ni takde built in untuk masukkan ethernet cable.

2 benda ni aku beli sebab nak memungkinkan untuk penggunaan laptop ini dipejabat.

so, setakat ni yang dapat dikongsi bersama. kalo aku beli gajet lagi akan ku buat ulasan seperti ini.

ps: bagi pengguna mac, 6 januari mac apps store akan dilancarkan
pss: bila agaknya jailbreak untuk ios 4.2.1 bagi iphone 4 dan ipad bagi untethered nak dikeluarkan? hari tu beria sangat nak keluar sebelum krismas?





2 comments:

Unknown said...

terimakasih infonya gan! solusi terbaik untuk macbook yang terkena tumpahan air keyboardnya jadi susah ditekan boleh juga dicek disini: http://zapplerepair.com/solusi-keyboard-Macbook-A1708-A1709-kena-air-jadi-susah-ditekan.html

Unknown said...

New Surface Pro 5 masalah stuck di Window logo claim garansi
http://zapplerepair.com/surfacerepairIndonesia.html