Monday, November 28, 2011
fakta terkini tentang aku
Sunday, April 10, 2011
Jangan tiru, bahaya!
jangan ditiru,
boleh mengundang padah,
kepada diri sendiri dan orang lain,
apadia?

memandu sambil menonton mickey mouse!
ps: hati2 ketika memandu, patuhi undang2, ingatlah orang tersayang
- Posted using BlogPress from my iPhone
Saturday, April 9, 2011
Ulasan Ipad 2 malaysia
Sementelah aku masih memiliki ipad,
Tapi boleh tak aku cakap,
Aku tak sengaja terbeli?
Hahahahaha.....
Ceritanya bermula begini,
Pada suatu hari bertarikh 25 mac,Burung-burung pun berterbangan mencari makanan,
Tiba-tiba,
Telefon tangan ku berbunyi,
Panggilan disahut,
Dihujung talian rupanya arai kawanku sewaktu pengajian dishah alam,
Memaklumkan,
Epoi kawan telah beratur selama 3 jam,

Dan sedang berada dikaunter apple store,
Di australia,
Soalan yang ditanya dan perlu diberi jawapan dalam tempoh seminit,
Lantas nafsu menguasai diri dan dengan selambanya aku cakap "on!"


Lepas barangan dibeli,
Mula kami (arai dan aku) terfikir,
Macamana nak hantar balik sini dari sana?
Nasib baik ada kawan epoi yang balik malaysia,
1 april aku dengan arai pegi ambil di klia,
Dengan seronoknya,

Akhirnya ipad 2 berada dalam tanganku,
Apa yang ada dalam kotak?

Charger,
Usb 30pin,
Buku manual,
Disekalikan bersama....

Setelah dikeluarkan ipad 2 dari kotak dan di on kan seperti dibawah,

Proses mengaktifkan ipad 2 dimulakan dengan cara synchronise dengan itunes,


Dah boleh guna, woha!
Ulasan ku tentang ipad 2 ni adalah ( ceh, baru nak ulas?)
1. Rekabentuk
2. Spesifikasi
a. Facetime
Macam iphone 4, ipad 2 boleh buat Facetime yakni panggilan video. Bukan melalui 3g tetapi hanya terhad melalui wifi.

(membuat panggilan facetime kepada diri sendiri)
b. Photo booth
Pilihan gambar aneh-aneh untuk suka suki

c. Mirror image
yang ni aku maksudkan seperti apa yang ipad chewan boleh buat setelah aku godek, entry sebelum ni.
4. Prestasi
Apapun ipad 2 merupakan generasi kedua bagi ipad yang hanya mempunyai kelebihan ketara iaitu lebih laju, lebih ringan dan berkamera.
Ps: bilalah agaknya boleh dijailbreak ni, lama benar rasanya menunggu.....
pss: celcom tak nak bawak masuk iphone dengan ipad secara rasmi ke?
- Posted using BlogPress from my iPad
Sunday, April 3, 2011
ipod nano generasi ke 7 dengan kamera?

(gambar diambil dari TUAW)
dah la ipod nano tu kecik,
nak letak kamera?
apa yang mungkin ada pada ipod nano kali ini?
1. resolusinya mungkin 0.7 megapixel,
2. dah tentu mungkin ada video player, model sekarang (6th gen) ni takde.
3. buleh ambil video dalam bentuk hd.
4. buleh buat spy camera. woha!
- Posted using BlogPress from my iPhone
Monday, January 3, 2011
Ipad wifi atau ipad wifi + 3g?
Sunday, December 26, 2010
Ulasan Real Racing 2 untuk iphone dan ipad
Thursday, December 23, 2010
Belajarlah untuk berkata CUKUP
"Minggu lepas saya sempat tonton sebahagian dari sebuah filem yang disiarkan di channel Vision Four. Tajuknya Interstate 60. Pelakon utamanya saya tak kenal tapi pelakon tambahannya ramai yang top2. Salah satu babak yang saya ingat sangat, ialah di awal cerita yang mem*sensored* tkan pelakon terkenal, Micheal J.Fox. Dalam babak TU, Micheal kelihatan seperti seorang businessman yang sibuk.
Ketika itu dia sedang bercakap2 di handphonenya di dalam kereta. Di belakangnya Ada seorang lelaki sedang mengayuh basikal sambil menghisap pipe. Tiba2 Micheal buka pintu keretanya Dan akibatnya lelaki tersebut terlanggar pintu tersebut Dan tergolek. Tengah tergocoh2 & sibuk mintak maaf tuh, handphone Micheal terlepas dari tangan. Sampai je ke atas jalan, datang satu trailer lenyek handphone. Apa lagi, menyumpah seranah la dia.
Yela... Sebagai businessman, tentu handphone TU alat penting untuknya. Dalam keadaan marah, terkeluar dari mulut Micheal (lebih kurang la...) "Saya harap ini tak pernah terjadi". Rupa2nya lelaki yang bawa basikal tadi ada kuasa magik. Dia mampu ulang balik masa dan mereka kembali ke satu keadaan di mana Micheal masih dalam kereta dan lelaki tadi masih menunggang basikalnya.
Bila tiba hampir ke kereta Micheal, dia berhenti. Tiba2 Micheal keluar dari kereta. Kali in lelaki tadi tak melanggar pintunya seperti sebelum ini. Jadi Micheal terus rancak berbual hinggalah tiba2 datang trailer dan melanggar Micheal J. Fox. Lelaki tadi, yang berada di belakang kereta Micheal & memerhatikan segalanya, bekata "Some people just don't know what to wish for" (Sesetengah orang tak tahu apa yang patut diminta).
Apa kesudahan filem ini saya tak tahu sebab saya tak menontonnya hingga selesai. Tapi saya cukup tertarik dengan perkataan lelaki yang berbasikal TU. Sesetengah orang tak tahu apa yang patut mereka minta. Bukankah hampir kita semua begitu? Dalam filem tadi, Micheal mengharapkan kemalangan TU (basikal langgar pintu keretanya) tak berlaku supaya handphonenya terselamat. Tapi tanpa kemalangan itu, dia pula yang maut. Perasan tak?
Ini satu telefilem fiksyen. Rekaan semata. Tapi perkara in sebenarnya berlaku dalam kehidupan harian Kita. Seringkali Kita meminta perkara Yang macam2 seolah2 itulah yang terbaik untuk Kita. Persoalannya, tahukah Kita apa yang terbaik untuk Kita? Kalau Kita dilahirkan miskin, Kita sering berdoa untuk menjadi kaya. Hendak mengubah kehidupan, Kita kata. Tapi Kita pastikah kekayaan itu yang terbaik untuk Kita?
Atau Kita dilahirkan pendek, atau terlalu tinggi, atau hitam atau berpenyakit. Tentunya Kita mengharap2kan keajaiban untuk menjadi manusia yang sempurna atau sekurang2nya 'just nice'. Mungkin juga Kita ter*sensored* dalam kemalangan yang mengorbankan orang yang tersayang. Pasti tercalit dalam hati keinginan untuk mengembalikan masa itu supaya kemalangan itu dapat dielakkan Dan nyawa orang kesayangan Kita juga selamat. Kan?
Persoalannya, adakah apa yang Kita perolehi sekarang ini bukan yang terbaik? Adakah Allah itu zalim atau pilih kasih dengan memberi sesetengah orang nikmat manakala setengah lagih azab? Bukankah Allah itu Maha Adil? Bukankah Allah itu Maha Mengetahui? Bukankah Allah itu Maha Bijaksana? Jika begitu, mengapakah Ada sesetengah dari Kita yang bernasib malang manakala sesetengah yang lain bernasib baik sepanjang hidup mereka?
Sebenarnya, Kita adalah apa yang Kita minta (we are what we wish for). Kadangkala tatkala Kita berdoa, Kita sendiri kurang faham dengan apa Yang Kita minta. Ada orang berdoa minta selamat. Akan tetapi Allah berikan dia dari sihat jatuh sakit. Dari kaya jatuh miskin. Dari jelita jadi huduh. Bagaimana itu? Itu hanyalah sebagai ujian kesabarannya. Seandainya imannya tetap kuat, insyaAllah dia akan selamat di akhirat kelak.
Selamat juga, bukan? Adakah Allah menolak permintaannya? Tidak! Bahkan Allah meletakkannya ke tempat yang lebih tinggi. Begitu juga dengan keadaan saya baru2 ini. Hidup dikelilingi hutang lapuk. Pening kepala Nak bayar. Interest makin meningkat. Ibu mana yang tak kasihan lihat Anaknya susah hati? Satu Hari TU ibu saya beritahu saya yang dia tiap2 Hari berdoa minta saya dapat banyak duit. Dia simpati dengan saya katanya. Alhamdulillah. Saya katakan padanya kalau mahu berdoa untuk saya, berdoalah semoga hutang lapuk saya selesai. Saya beritahunya ketika sebelum Zuhur.Zuhur tu juga .... Alhamdulillah, petang itu juga saya nampak jalan penyelesaiannya. Doa ibu itu berkat. Sekarang,Alhamdulil lah ringan rasanya beban di kepala saya. Maha Suci Allah...Apabila Allah menentukan sesuatu ke atas kita, percayalah itu adalah yang terbaik. Hanya mata kita yang diseliputi dengan nafsu yang tidak dapat melihat kebaikan yang ada pada sesuatu kejadian. Mengapa sukar bagi kita untuk redha kepada kejadian Allah? 'Grass is always greener on the other side'. Kan? Kita sentiasa melihat apa yang ada pada orang lain itu lebih baik dari apa yang kita miliki.
Sedang Nabi saw telah menasihatkan agar kita melihat orang yang di bawah. Jangan melihat orang lebih tinggi kerana itu akan membuat kita tidak bersyukur. Dan itulah masalahnya pada diri kita. Kita sentiasa mengejar peluang yang lebih baik. Sentiasa mahukan yang lebih banyak. Saya sendiri mengalami perkara ini. Dan saya percaya ramai yang turut mengalaminya. Siapa yang tak nak gaji besar, kan?
Masa saya grad, ekonomi negara benar2 sedang menjunam. Saya ke hulu ke hilir mencari kerja. Akhirnya saya bekerja sebagai operator di kilang metal stamping. Gaji RM400 sebulan. Tiada OT. Tolak itu, tolak ini, dapatlah RM350. Hm... Cukup? Dah tentu tidak. Ketika itu saya hanya memiliki sebuah motor Yamaha 110SS hadiah ayah sempena dia dapat EPF. Isi minyak dengan makan dah habis. Ketika itu saya fikir, dapat gaji RM750 pun jadilah.
Kemudian saya bekerja sebagai Lab Technician. Betul2 saya dapat RM750. Cukup? Tak juga. Masa tu saya mula terfikir. Dapat gaji RM1500 pun dah cukup. Allah tunaikan lagi. Bekerja pula di petrochemical plant. Sebagai trainee, dapat la RM1500 sebulan. Ya Allah... tak cukup juga. Sebab masa tu saya dah beli kereta Iswara. Saya fikir, dapat RM2500 cukup la. Tapi bila dapat banyak tu, saya tukar kereta pula. Kesimpulannya tak cukup juga!
Memang takkan cukup. Nafsu itu adalah benda yang paling besar! Sekarang, ketika kawan2 saya berlumba masuk syarikat lain yang offer gaji 2 - 3 kali ganda, saya tetap di sini. Kalau ada yang bertanya kenapa saya tak ikut mereka, senang saya katakan. Saya selesa di sini. Kalau solat saya panjang, bos tak pernah marah. Sedang rakan2 saya di syarikat baru dibenarkan solat hanya dalam masa 5 minit sahaja.
Kini saya dah pandai mengatakan cukup. Cukuplah sebanyak ini yang Allah beri. Sekiranya diberi lebih, Alhamdulillah. Sekiranya semakin kurang, semoga Allah perkuatkan iman saya menghadapi dugaan mendatang. Yang penting bagi saya, apa yang saya perolehi ini halal dan diberkati. Pesan Nabi saw kepada Saiyidina Ali ra supaya jangan mengira2 rezeki untuk hari esok kerana Allah menurunkan rezeki pada tiap2 hari. Ini benar2 terkesan dalam hati saya.
Tapi bukan bererti kita tak boleh mengejar yang lebih baik. Kejarlah dunia seperti akan hidup 1000 tahun lagi. Tapi dunia itu ibarat bayang2. Makin dikejar makin ia lari. Kejarlah akhirat seperti akan mati esok hari. Kerana akhirat itu umpama matahari. Makin kita kejar akhirat (matahari), dunia (bayang2) akan mengejar kita. Rezeki itu hak Allah maka bermohonlah kepada Yang Memiliki rezeki itu. Kerana tiada rezeki untuk kita tanpa ada izin dariNya.
Terjadi kepada kenalan saya. Dengan gaji RM1000 sebulan, nak bayar ansuran rumah, nak isi minyak motor yang makin naik, duit lampin anak, duit makan, tinggal pula di JB, memang tak cukup. Sering dia mengeluh. Di tempat kerjanya pula dah lama hadkan OT. Kesian dia. Selalu dia cakap dia nak cari kerja lain. Dah banyak dia apply tapi tak dapat2 sebab tiada kelulusan dan umur pun dah makin lanjut.
Atau setidak2nya dapat banyak OT. Saya katakan padanya, besar periuk besarlah kerak. Sekarang dia pakai motor. Kalau gaji besar lagi, mungkin dia pakai kereta. Besar mana pun tetap tak cukup. Tapi... Masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Akhirnya Allah tunaikan permintaannya. Tiba2 dia dapat banyak sangat OT. Hari2 balik rumah sampai tengah malam. Langsung tak rehat. Main dengan anak pun 2 -3 minit masa pagi sebelum ke tempat kerja.
Bila jumpa, dia cakap dah penat. Tak larat nak OT. Saya ketawakan dia. Bukankah ini yang dia minta? Ya, katanya. Tapi dia dah tak larat. Hari Ahad je dia dapat rehat. Bila nak main2 dengan anak? Kesian anaknya. Ke masjid pun hari Jumaat saja sekarang ni... Saya katakan padanya, kita tak boleh dapat segala2nya. Dia nak duit, Allah bagi duit. Tapi dia hilang kehidupan dan masa dengan anaknya. Itu adalah permintaannya.
Bersyukurlah Allah telah menunaikan.. .
Kalau nak dikongsi, terlalu banyak rasanya apa yang saya lalui. Saya pasti, saudara2 semua juga ada lalui perkara yang sama. Di sini, bukan niat saya nak mengajar. Bukan juga nak menunjuk pandai. Saya hanya mengajak saudara2 sekalian terutamanya diri saya sendiri untuk berfikir. Apa yang kita buru? Apa yang kita cari? Apa yang kita dapat? Berapa kali pernah kita bersyukur dan berapa kali pernah kita katakan cukup?
Cukup atau tidak apa yang kita ada, bergantung kepada cukup atau tidak kita bersyukur ke hadrat Allah. Juga bergantung cukup atau tidak kita tambat oleh nafsu kita. Allah senantiasa memberikan yang terbaik buat kita, hanya kita saja jarang mensyukurinya, akhirnya termakan diri sendiri.
Akhir kata, belajarlah untuk berkata cukup....."
Tuesday, October 13, 2009
Apa beza blackberry bold dengan Iphone 3g?

Berdasarkan pengalaman dan penelitian sendiri, bukan pendapat orang lain :
Blackberry bold = Bb, iphone 3g = ip3g
Harga
1. Ip3g RM 1950 (maxis set), Bb RM 1800-2200 (AP atau original from telco provider).
fizikal
1. Bb gemuk dan tebal daripada ip3g.
2. Ip3g simple dan sempoi. Bb nampak cam executive sikit.
3. Display ip3g lebih besar daripada Bb. Paparan kedua duanya sama cantik.
4. Ip3g button cuma ada satu je kat depan, Bb ada keypad abc.
5. Bunyi kalo loudspeaker best Bb.
6. ip3g ngan Bb, 2.0 megapiksel camera tapi Bb ada flash ngan zoom. Ip3g takde.
Perisian
1. Kalo surf internet, ip3g 4 kali lagi laju daripada Bb.
2. Tapi kalo email, Bb lebih secure dan cepat daripada ip3g.
3. ada Bb messenger, among Bb user nak mesej dan send file free.
4. kedua duanya di support oleh beribu perisian lain tapi kena bayar la.
5. Bb sesuai untuk urusan kerja, ip3g lebih sesuai kepada mereka yang pentingkan hiburan.
Prestasi
1. reception mobile network ip3g kurang berbanding dengan Bb.
2. Bateri ip3g lebih cepat abis berbanding Bb.
3. Tengok videoclip, dengar lagu thru headphone, main Games lebih layan pakai ip3g berbanding Bb.
4. main ym, fb dan update blog lagi senang pakai Bb sebab guna keypad berbanding ip3g pakai touch screen.
5. Bb boleh multitask, bole buka macam2 program dalam satu2 masa. ip3g bule buka hanya satu software dalam satu2 masa.
6. Bb hanya boleh digunakan sepenuhnya sekiranya melanggan Celcom/maxis/digi pelan BIS atau BES, anggaran bayaran bulanan RM150. kalo tak, cuma bole call ngn sms jer. function lain tidak la berfungsi. Ip3g kena pakai yang unlock telco baru la bole sumbat apa2 jenis simcard dan berfungsi.
7. Bb maksimum memory card bole masuk 8gb. ip3g built in samada 8gb atau 16gb memory.
kesimpulan yang aku buat.
ip3g - nak surf intenert, nampak stylo, funky dan lebih kepada hiburan seswai pakai dis fon.
Bb - mail, urusan keje, nak edit2 file, presentation, nak dgr lagu ngn tgk videoclip elokla pakai dis fon.
yang kat bawah ni aku amik artikel review wartawan yang test pakai blackberry daripada laman web mmail.com.my
___________________________________________________________________
REPORTER REVIEW: Embracing the Crackberry cult
WHAT: Blackberry Curve 8520 Gemini (Recommended retail price: RM1,199)
WHO: Janis Seet (Reporter – Lifestyle Desk)
WHY: As a former Smartphone user, Janis has always been curious about the whole Crackberry obsession and so when this particular model floated by, she couldn’t resist getting her pretty little hands on it – purely for the sake of research of course …
It’s only natural to want to find out what the whole hype about the Blackberry is. Having many friends who have already jumped on the bandwagon, I have heard raving reviews as well as the raving equivalent of complaints.
Some friends swear by it and some of them swear about it (I personally just wanted a BlackBerry because I think it makes me look smart and successful).
So when the all new Blackberry Curve 8520 landed in my hands for a review, I was overjoyed and gleeful at the opportunity to join the rest of the world and to get connected.
Day 1
It was delivered to the office and I felt on top of the world as I was one of the very first few to get my hands on the new Blackberry model but more importantly, it was like discovering new territory.
First thing I did was configure my email and it was so easy to do that I was worried I did it wrong and would not receive any mail. So I had a friend send me an email just to test it out.
In my previous experience, to configure my email on my PDA phone, I had to enter numerous settings like POP server number and the like that took me three whole days and two trips to the phone shop to figure out.
On the Blackberry, I simply keyed in my email address and password and it worked already! Unfortunately, emails started coming in from my boss.
Day 4
After a few days, I was starting to get the hang of it. I especially loved the touch-sensitive track pad, it was highly responsive and accurate and playing games on it turned out to be more addictive than I thought.
Day 10
Armed with my Blackberry I attended an event which was, in the nicest way possible, boring. So an innovative thought struck me.
While in the Press conference, I decided to try out my multi-tasking skills and type out the entire article to send in so as to avoid having to make a trip back to the office.
The QWERTY keypad was really handy to have. Contrary to popular belief, it is not hard to type on, and no, your fingers are not too fat.
Day 14
I was waiting for an email to come in, normally I would have to sit in front of the computer and wait but with the Blackberry
I was able to head out for coffee with some friends as I knew the trusty Blackberry would alert me once the mail arrived in my inbox.
Best part was, I was able to reply immediately. Haven’t been this efficient in a while.
Day 16
I knew that this day would come. Returning the test set.
Day 17
I felt like someone chopped off my left hand and replaced it with a fork.
While I could still get things done, I felt as though something was missing and there was always a gnawing feeling that I was missing out on something important.
It was basically the ‘cold turkey’ period. I loved the test set so much that I think I will go out there and buy one myself. How’s that for a review?
Plus it didn’t hang at all in the two weeks I had it. It’s god’s gift to the busy executive. And an important lesson I learned was that the Blackberry does not just make you look great, it really is a tool of greatness.
Yes, I belong to the camp that swears by it.
Sunday, October 4, 2009
PENIPU
dulu aku memuji dan mendambakan P1 wimax, sila rujuk entry terdahulu. (Selamat tinggal streamyx selamat datang P1 wimax).
tapi kini kalo korang jadi aku pun, korang rasa nak campak modem P1 kat muka CEO dia. Penipu besar..................
kalo korang nak tau kenapa aku nak campak kat muka CEO dia korang tengok result kat bawah nih....

mana tak panas,
janji sehingga 1.2 mbps tapi purata 0.3 mbps,
kalo aku ni jenis guna sebulan sampai 5 GB sebulan takpela,
ni aku guna purata tak sampai pun 3 GB sebulan,
memang hampeh la korang ni,
kalo tak boleh nak deliver janji2 kat customer,
bagila rebat ke, diskaun ke, atau bagi sikit announcement kat customer,
ini tak,
buat bodoh jer....
Arrrghhhhh, kesimpulannya : PENIPU, sila jangan tertipu macam aku....
Wednesday, April 22, 2009
Perdana ganti Camry


Perak beli Perdana ganti Camry
IPOH 22 April — Kerajaan negeri Perak akan membeli kereta Proton Perdana Eksekutif untuk digunakan sebagai kenderaan rasmi anggota exco kerajaan negeri dan pegawai kanan kerajaan bagi menggantikan 16 buah kereta rasmi jenis Toyota Camry yang akan dilelong pada 4 hingga 18 Mei ini, kata Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir.
“Kita telahpun membuat keputusan bahawa kita akan kembali semula kepada Proton kerana itu adalah kereta yang menjadi lambang kebanggaan negara dan sewajarnya kita kembali semula menggunakan kereta ini sebagai kereta rasmi,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di sini hari ini. - Bernama
Monday, March 30, 2009
Persepsi aku tentang politik di Malaysia
Friday, March 6, 2009
kesesakan di federal highway berkurangan?
Thursday, January 29, 2009
topik sarapan pagi ini
tetiba fuad bukak citer pasal wife dia yang mengajar kat sekolah rendah jenis kebangsaan cina,
adala satu hari tu,
ibu bapa dikehendaki isi borang,
so bila semua borang dikumpul,
salah satu borang ditulis begini,
nama penjaga 1: yap ah loy (contoh)
nama penjaga 2 : mey chow sin (contoh)
hubungan penjaga (suami/isteri) : seminggu 3 kali
wakakakakaka.... sungguh jujur bapa budak nih........ pecah perut aku gelak....
pastu si zahid pulak citer,
dia pernah interview orang untuk kerja sebagai supervisor,
dia mintak itu orang isi borang,
dalam bahasa inggeris,
sebab nak tau penguasaan pemohon dalam bahasa inggeris
sebab dalam sektor pekerjaan bahasa inggeris adalah penting kerana ia adalah bahasa rasmi waima kerja kerajaan sekalipun kebanyakan sudah menggunakan bahasa inggeris dalam perbualan,
name : salihin bin marzuki
age : 29
sex : kadang-kadang
wakakakaka... lagi pecah perut aku tergelak dengar citer fuad dan zahid ni.....
kesimpulan, adalah disini contoh ringkas dimana penguasaan bahasa tidak kira bahasa melayu dan english adalah penting untuk mengelak berlakunya kesilapan dan lawak yang tidak sepatutnya berlaku.
Sunday, January 25, 2009
Antara omnia dan iphone 3g
pada awalnya tidaklah aku berhasrat mrnukar hp baru,
ini kerana sejajar dgn azam aku tahun ni,
tapi baru2 ni aku lepk ngn member aku di pokli kopitiam seksy
n 7 shah alam dpn umah aku,
bukak citer kelebihan xperia,
tapi bila kukaji tidaklah bEst mana xperia itu,
still sluggish dan slow,
cam omnia jgak,
so google pye google,
rupanya iphone still the best,
harga pun dah turun,
kurang seribu dari harga yg penah aku tye dulu
tak payah susah susah nak hack cam mode dulu,
just masuk simcard then terus aktif,
igt nk tolak je omnia ni pastu angkat iphone,
tapi ini brmakna aku kena abaikan salh stu azam aku uutk tahun ni,
takut rupanya omnia lagi best dr iphone,
takpelah,aku akan teruskan kajian sblm buat keputusan,
lagipun sbnrnya susah pakai hp touchsceen ni,
contohnya macam nk tulis entry ni,
lambat nak menaip dan susah nak postnye...
(ditulis dan dipost menggunakan omnia)
Thursday, January 8, 2009
Penunggang Motor di Lebuhraya Persekutuan
Yelah, perjalanan dari Shah Alam ke Petaling Jaya nak ikut mana plak kan kalo bukan ikut jalan tu,
Oh ye, aku guna jalan kereta sebab aku memandu kereta,
Hajat dihati memang nak beli motor dan buat pegi kerja,
Jimat banyak kalo naik motor tu,
tapi disebabkan kekangan kerja yang kadangkala memerlukan aku pergi ke tapak,
juga aku juga takmo 'cendawan kememe' aku punya make up cair dan tudong dia keromot kalo naik motor,
baik aku bawak kereta,
tambahan pula hujan yang kerap turun tak kira musim skang ni,
Tapi itu bukanlah isunya disini,
isunya adalah,
kebelakangan ni sejak 2-3 minggu lepas aku ada berselisih 2-3 kemalangan di atas federal highway yang melibatkan motorsikal,
kalo kemalangan tu atas laluan motorsikal takpela jugak,
ini kat atas laluan kenderaan utama (yang dikhaskan selain daripada motosikal),
waktu kejadian berlaku masa pergi keje ada, masa balik keje pun ada,
maknanya ianya berlaku diwaktu puncak,
ada kemalangan tu sebab bergesel motor dengan motor,
ada kemalangan tu langgar buntut kete,
ada kemalangan tu kene gilis bas,
ada kemalangan tu kene gilis lori pun ada,
memanglah kemalangan tak berbau dan kita tak mintak pun terlibat dengan kemalangankan?
tapi kita mampu mengelakkannya kan?
macam kes kemalangan motorsikal di atas laluan kenderaan kete,
dah sah2 kalo masuk mahkamah ke, kes polis ke,
memang sah2 salah penunggang motorsikal sebab tak ikut laluan sepatutnya,
rasa cam konfom2 tak boleh claim insurans kut,
macam aku sendiri,
kalo memandu atas federal highway,
dah automatic kat mindset,
memang sepatutnya takde motor,
dan kalo nak tukar lane,
tengok cermin pandang belakang dan side mirror,
nampak macam lebih kurang takde kete dan line clear,
terus tukar lane,
tapi sekarang ni,
kene selalu2 tengok side mirror,
dan kene perati betul2,
kene tengok ada tak motor kat belakang atau kat tepi,
kang tak terpasal terlanggar motor,
sebab member aku pernah terkena,
tak perasan ada motor kat sebelah kete dia,
nasib bergesel sikit dan mamat tu dapat kontrol motor dia dari jatuh,
dan kadang2 yang aku sikit tak puas ati tu,
ada motor yang perasan dia laju tu duk bawak kat lane tengah atau lane paling kanan sekali yakni lane untuk memotong,
kalo awak tu bawak superbike tu oklah jugakkan sebab dah tentu ko lebih laju dari aku,
ini selalunya kene lepaskan motor dulu,
atau aku selalunya akan follow belakang motor,
sebab aku risaukan keselamatan motor tu,
tapi aku juga sebelum mampu pakai kete,
pernah pakai motor jugak,
skuter vs 125 gitew,
juga pengguna laluan federal highway jugak,
pengalaman aku selama bawak motor kat laluan ni dulu masa tahun 2006 dulu,
masa tu cakap hang,
jalan macam haram,
lubang banyak,
laluan sempit,
masuk terowong gelap sebab takde lampu,
dahla terowong gelap tambah lagi berlubang pulak tu,
tak payah setahun, sebulan je dah macam2 bunyi kat motor aku,
abis nak tertanggal coverset skuter aku dan ada yang patah pun,
cover bateri pun sedar2 dah takde,
agaknya terjatuh ar tu masa langgar lubang,
lampu belakang motor aku pun siap patah lagi kaki dia,
terpaksa amik lampu yang bulat tu ganti lampu belakang ori,
ni gara2 jalan berlubang ar nih,
kalo kat batu 3 dengan jalan 222 kat pj tu hujan lebat sikit jer,
dah sah2 kene masuk laluan kenderaan sebab terowong banjir,
pastu yang hampeh tu,
adala kutu2 tabur paku-pakis kat atas jalan tu,
nasib tak baik,
tayar kene paku terpaksa la telefon nombor2 yang banyak ada tulis kat pokok2 sepanjang federal highway tu individu yang boleh tolong tukarkan taya,
kene charge kow kow pulak tu,
silap2 bley kene antara rm 15 hingga rm 30 satu tiub,
tapi kalo dah terpaksa tu bayar je la kan,
pastu waktu pagi antara pukul 7-8 dan petang 5-6 antara waktu puncak laluan motor,
yelah orang pegi keje dan balik keje kan.......
memangla jalan motor tu agak sesak dan kene lebih berhati-hati,
pastu plak selalu ada road block,
dan tebiat aku plak ada road block selalu menggelabah puyuh,
padahal semua ok, lesen ada, road tax bayar, motor tip top condition,
tapi memangla aku tak suka road block,
kalo malam pun bahaya juga,
kalo atas pukul 1o malam,
ati2 ar bawak motor atas laluan motor tu,
dulu dengar kerap juga samun bersenjata,
ramai juga yang kena,
tu yang ada member aku asal malam je dia tak pedulik
dia akan guna laluan kenderaan,
sebab dia rasa lebih selesa dan selamat,
so, dapat aku buat kesimpulan disini:
1. sila ikut peraturan. ikut kiri jika tidak memotong.
2. hati2 ketika memandu.
3. kita tak minta terlibat dengan kemalangan, tapi kita mampu mengelak.
4. penunggang moto pun ada perasaan, sila timbang rasa.
5. harga minyak dah turun, apasal tarif lektrik tak turun? duk umah flat pun kene sampai rm100++ ape cerita?
6. nasib baik ijn tak jadik privatise, kalo tak aku kene spend lebih banyak lagi belanja bulanan nak beli health insurance.
7. nak buat airport lagi? kat negeri sembilan? gila jauh..... bukanke airport yang sediada ni penggunaan masih belum maksimum, airport yang sediada di upgrade udahla. buat resurface jalan motor, besarkan dan tambah baik lagi bagus.
8. kalo ada berlaku kemalangan di lebuhraya, tolong perlahankan kenderaan anda, tapi tolong jangan berenti 3 saat, tengok itu eksiden, pastu sebut "kesiannya, teruk tu" atau "sapa langgar sapa". kalo nak berenti, sila parking leklok, berenti betul2 dan terus bagi pertolongan ok? kalo tidak anda penyebab kesesakan yang tidak sepatutnya.
9. nak lagi ok dan jimat tanpa perlu pikir untuk memandu adalah dengan cara naik pengangkutan awam dan mengamalkan 'car pool'.
(ps: apasal tang kesimpulan tu aku dah citer bab laen neh? dah ngantuk sangat ar neh, huaarrrrggghhhh!!!!)
Saturday, October 18, 2008
Seminggu lepas
Minyak petrol turun RM0.15 daripada RM2.45/liter kepada RM2.30/liter. Ini disebabkan harga minyak jatuh dari USD120/barrel kepada USD83/barrel. Dan rasa sehingga harini pada USD71++/ barrel. Tapikan aku tengok kereta aku macam takde effect jer dengan penurunan itu, tambahan lagi dapat ku rasakan tapir itu sudah mula menunjukkan tanda2 minyak tak efficency. Apakah disebabkan kaki aku ini jenis kaki yang berat? huhuhu......
Harga minyak dah turun, makanya harga barang sepatutnya turun. gelihati aku bila baca suratkhabar sejurus penurunan harga minyak sebanyak dua kali, pemimpin terus minta peniaga menurunkan harga barangan. ekekeke..... Apalah, simple jer rule of thumbs di Malaysia ni. Harga barang dan perkhidmatan akan cepat naiknya kalau harga minyak naik tetapi kalau nak diturunkan memanglah payah. Ianya juga penyebab berlaku kenaikan inflasi yang ketara. Melainkan pemantauan yang kuat dan berkesan dilakukan oleh kerajaan terhadap barangan kawalan. Masalahnya, berkesan sangatke pemantauan itu dibuat? tambahan pulak semua sibuk politik jer, dan semua benda yang tidak sepatutnya politik pun dipolitikkan macamana? ntahla....
Wow, minggu penuh makanan! Penuh dengan jamuan raya tidak kira di pejabat malahan kawan-kawan sepejabat pun seakan berlumba buat rumah terbuka. Aku ni sampai dah tahap tak payah fikir nak makan kat kedai mana sebab dah ada jadual makan kat mana dan jam berapa nak makan. Diorang dah tolong fikirkan dan memang saving banyak duit belanja makan aku. hehehe
Tinggal dua minggu lagi untuk aku masuk ke alam baru. Apakah alam itu? hahaha... rahsia. Tapi harapnya semua berjalan lancar......
(erm.... apahal ayat aku kali ni ke arah skema standard bahasa melayu? hehehe)
Thursday, September 4, 2008
lawak tapi logik
slot yg aku layan tu slot lawak din beramboi ngn nabil.
"ni ada satu soalan dari pendengar nak mintak pendapat"
"apa masalahnye"
"macam ni, sy ada gf, tp gf sy ni terlalu cemburu. habih dia soal selidik sy mcm polis. handphone sy digeladahnye. semua bende sy kene report kat dia. erti kata lain dia tak percayalah kat saya. dah mcm2 nasihat sy bagi kat dia tp dia tak amik pot. yg best tu kalo sy tanya dia plak dia kata sy cemburu, poning ar pakcik, mintak tolong macamane nak selesaikan masalah sy...."
"mcmane bang nak settlekan masalah dia"
"senang jer, tinggalkan dia"
"tinggalkan dia?"
"tinggalkan ar, bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor. yang ko nak poning2 watpo?"
- aku gelak terbahak2 dgr solution dia. senang betul. tapi aku rasa masuk akal jugak. buat apa ko nak semak kepala melayan gf mcm tu. buat bebankan diri je. gf lain banyak lagi kat luar sana tunggu ko ngorat diorg.
- tapi solution ni hanya utk gf bf jer yer. kalo dah bertunang dan berkahwin, itu cerita lain......