Showing posts with label santai. Show all posts
Showing posts with label santai. Show all posts

Tuesday, March 24, 2009

Hari yang gelap.......

gelap nya hari ni,
dari pagi sampai ke petang sama jer,

Gue cuti dua hari (semalam dengan hari ini),
saje amik cuti,
nak refresh dan rebrand diri ini,
disamping itu ingin bermain kete control gue,
semalam,
sebab track rc car tutup hari isnin,
gue bawak isteri gue jejalan,
tgk wayang citer 'dragonball revolution',
kat cineleisure,
syok sebab tak ramai orang,
so buleh duk couple seat,
bermanja-manja gitu,
hari ni,
bangun pagi bersemangat,
sebab dalam tidor pun termimpi-mimpi duk control kete kat track,
nak gi main kete kontrol la katanya,
tetiba tengok kat luar,
hujan,
frustnya,
mungkin rahmat disebalik kejadian,
gue duduk kat rumah dan bermanja lebih ngn isteri gue,
lagipun dia sangat memerlukan perhatian gue,
sebab dia demam selsema...
ps: gue pun selsema dari hari jumaat lepas.....

Tuesday, January 27, 2009

Port Dickson Trip eX TIKL awam 2 batch 96-97(24-26 Jan 09)

Cuti tahun baru cina yang panjang selama 4 hari telah membawa aku dan isteri,
ke port dickson untuk bercuti,
bersama kengkawan tikl awam 2 batch 96-97,
kengkawan aku cam biasa setiap tahun mesti set up utk bercuti sama,
kali ni organiser memilih utk lepak di ancasa,
kebetulan dapat apartment (3 bilik) menghadap laut,
aku suka duk kat sini,
dengar desiran ombak menghempas pantai,
best dan tenang jer rasanya,
kredit kepada organiser yang pandai pilih tempat,
kesian kat isteri,
ingatkan nak dia beramah mesra dengan kengkawan aku,
tapi sebab dia masih 'alahan mengandung',
banyak habiskan masa di dalam bilik dan tidur,
apapun terima kasih kepada isteriku sebab nak jugak ikut,
walaupun tak berapa nak sihat sangat,
disebabkan tiada aktiviti yang tertentu,
kami hanya lepak kat dalam apartment,
main ps2(street fighter alpha, giler old skol) dan main terup,
sambil bersembang-sembang kosong,
kalo aktiviti berkumpulan pun,
adala pagi ahad kitorang gi mandi pantai,
pastu malamnya kami makan beramai-ramai di restoran,
aku tak banyak ambik gambar kali ni, entah kenapa ntah,
so ini jela gambar yang aku amik,
Pemandangan senja dari apartment

selamat harijadi ke 29 amat ridhuan dan ahmad shahril azli

Ni la dia amat ridhuan nye, single lagi neh, hehehe.......

cunkan? hiks......


ejay dan mukhriy (berbaju biru) tengah tanam nurin sambil diperhatikan oleh ayile dan myza (ibu bapa mereka)


yang pastinya trip kali ni,
pada pendapat aku peluang utk melarikan diri dari kesibukan kerja,
dan melepaskan lelah sambil menghayati alam......

Wednesday, September 3, 2008

ngantuk

ngantuknye pagi ni.............
padahal tido pukul 11.00,
bgn sahur pukul 5.10,
tido balik pukul 5.50,
bgn balik pukul 6.50,
tido2 ayam dalam kete on the way g ofis
tido lagi kat atas meja bila sampai ofis nak tggu pkl 8 pagi (sampai awal la plak), siap mimpi2 lagi...
herh, apala aku nak buat taknak bagi ngantuk neh???

Friday, August 29, 2008

mari memblogging

arini nak start blogging kat sini ar. bosan blogging kat fs......

demam ek?cian die..... makan ubat tau......