Showing posts with label ip4. Show all posts
Showing posts with label ip4. Show all posts

Saturday, January 1, 2011

Viber untuk panggilan percuma

selaku pengguna iphone atau smartphone,
takkan korang pakai prepaid atau pun postpaid tanpa data plan kan?
kalo korang dalam kategori macam tu,
umpama hisap rokok tanpa lighter,
atau ada kerbau tanpa tali,
hehehe.....

disebabkan itu,
sesiapa yang ada iphone,
aku suggestkan korang install aplikasi ini,

viber membolehkan penggunanya membuat panggilan* secara percuma menerusi wifi atau 3g,
di dalam atau di luar negara,
(*panggilan menggunakan data plan)

yang bestnya,
kalau kengkawan kita install viber,
dia akan auto detect dalam contact list,
so tak payah la kita nak invite kengkawan kita,
macam skype.

cuma masalahnya, panggilan hanya akan diterima jelas sekiranya orang yang memanggil dan dipanggil mempunyai liputan wifi dan 3g. bunyinya 'crystal clear'. kalau edge kirim salam lah. konfom tak dengar.....

sila download pada link ini.

ps: jom ramai2 guna viber, jimat bill telefon kita.

Skype Video Chat untuk iphone, ipod dan ipad ditambah untuk skype versi 3.0

Salam,

untuk semua pengguna skype menerusi iphone, ipod dan ipad, skype telah mengemaskini aplikasi skype pada 30 disember 2010 dengan membolehkan pengguna skype membuat panggilan video menerusi 3g dan wifi.


perlu diingatkan bagi panggilan video hanya boleh dibuat menerusi gajet terbaru apple melalui iphone 4 dan ipod generasi terbaru manakala bagi ipad pula hanya boleh menerima imej video sahaja. sebab ipad mana ada kamera kan?

apapun, anda perlu mengupdate skype 3.o menerusi appstore sebelum boleh digunakan.

ps: kawan aku yang ada skype cuma 4 orang je, yang lain bila nak guna skype?

Wednesday, September 8, 2010

Samsung Galaxy S VS Iphone 4



Salam ramadhan,
hari ini aku nak buat review ringkas pasal tajuk di atas ok?
So, aku dah pakai kedua-dua handphone ni dan ini adalah pendapat peribadi aku:

Samsung Galaxy S (8 gb) - tempoh penggunaan sebulan lebih

Kelebihan:
1. Screen besar 4'
2. Screen super cantik, super terang (super amoled)
3. Guna Android OS Eclair 2.1
4. Disokong oleh 90k-100k application
5. Lebih murah dari iphone 4
6. ada radio FM dan RDS
7. Boleh buat videocall
8. Boleh masuk additional memory card (up to 32gb)
9. kalau pakai gmail, dapat je email yang baru, dia punya cepat masuk inbox macam guna blackberry.
10. phone contact boleh upload dari gmail punya contact, linkkan dengan account facebook dan boleh tengok latest activity facebook seseorang hanya dari contact sahaja.
11. sangat ringan ditangan dan kekadang tak perasaan ada di dalam poket.
12. sedap dipegang.
13. boleh buat wifi....

Kekurangan
1. Mestilah tak boleh lawan iphone yang ada 200k - 300k aplikasi yang best-best di itunes.
2. Cover belakang macam guna plastik murah
3. samsung kies untuk transfer files pun tak boleh nak download.
4. kebanyakan applikasi kena direct download through market, terus dari phone, leceh. masak bil kalau tak guna unlimited data plan.
5. games dia banyak tak best, tak cantik cam main game zaman 90 an je.
6. kerap juga 'hang' dan screen tak responsive.
7. Bateri cepat juga habis sebab screen besar.

Iphone 4 (16 gb) - tempoh penggunaan 8 hari

Kelebihan:
1. Design handphone tu sendiri cantik
2. banyak software yang best, sangat banyak
3. screen cantik dowh...
4. nipis tapi berat.
5. sedap dipegang
6. ios yang sangat stabil

Kekurangan:
1. masalah antena, death grip
2. software best2 kena beli
3. mahal...
4. takleh buat 3g video call
5. susah nak transfer file, kene ikut itunes

kesimpulannya,
sebenarnya aku lagi suka pakai iphone dari pakai samsung galaxy s...
sebab isu software, bukan hardware....

ps : aku bias kepada apple
pss : aku dah jual samsung galaxy s kurang dari 2 bulan
psss : post ni sepatutnya dah lama aku post sejak bulan puasa lagi, tapi rupanya tak perasan entry ni duduk dalam folder draft... sorry