Showing posts with label real racing 2. Show all posts
Showing posts with label real racing 2. Show all posts

Saturday, April 9, 2011

Ulasan Ipad 2 malaysia

Sudah hampir 10 hari aku sudah menggunakan ipad 2,
Kalau korang baca entry aku sebelum ni aku dalam dilema samada nak memiliki ipad 2 atau tidak,
Sementelah aku masih memiliki ipad,
Tapi boleh tak aku cakap,
Aku tak sengaja terbeli?
Hahahahaha.....

Ceritanya bermula begini,
Pada suatu hari bertarikh 25 mac,Burung-burung pun berterbangan mencari makanan,
Tiba-tiba,
Telefon tangan ku berbunyi,
Panggilan disahut,
Dihujung talian rupanya arai kawanku sewaktu pengajian dishah alam,
Memaklumkan,
Epoi kawan telah beratur selama 3 jam,

(gambar keadaan sebenar epoi beratur, ni orang kat belakang dia)

Dan sedang berada dikaunter apple store,
Di australia,
Soalan yang ditanya dan perlu diberi jawapan dalam tempoh seminit,
arai cakap kat aku,
"tok, epoi tengah nak belikan ipad 2 untuk aku, ko nak ke taknak ipad 2 ni?"aku kejang dan berbuih mulut.....
Lantas nafsu menguasai diri dan dengan selambanya aku cakap "on!"


(dalam plastik, bukan dalam botol....)


(dikeluar dari plastik, epoi bagi teaser kat kami)

Lepas barangan dibeli,
Mula kami (arai dan aku) terfikir,
Macamana nak hantar balik sini dari sana?
Nasib baik ada kawan epoi yang balik malaysia,
1 april aku dengan arai pegi ambil di klia,
Dengan seronoknya,

(gambar diambil dalam kereta perjalanan balik ke rumah)

Akhirnya ipad 2 berada dalam tanganku,

sampai rumah,So, proses buka kotak pun bermula,
Apa yang ada dalam kotak?


Ipad 3g 64gb warna putih (lately memang aku suka warna putih),
Charger,
Usb 30pin,
Buku manual,
Disekalikan bersama....


Smart cover warna kelabu,

Setelah dikeluarkan ipad 2 dari kotak dan di on kan seperti dibawah,

ala..... sekali tak aktif lagi rupanya,

Proses mengaktifkan ipad 2 dimulakan dengan cara synchronise dengan itunes,



Dah boleh guna, woha!

Ulasan ku tentang ipad 2 ni adalah ( ceh, baru nak ulas?)

1. Rekabentuk

- walaupun skrin masih dikekalkan 9.7 inci macam ipad dulu tapi kali ni ada warna putih dan hitam.

- ketebalan pun telah mengalami penurunan sebanyak 33%, jika bandingkan dengan 13.4mm untuk ipad, iPad 2 hanya setebal 8.8mm. dah macam tebal iphone 4 der.....

- Berat pula turun dari 1.5 menjadi 1.3 kilogram. selesa sikit pegang berbanding ipad.

- lubang speaker pun telah diubah lokasi dan dibuat lubang menjadikan bunyi lebih kuat berbanding ipad.

- dah takde lengkungan dibahagian belakang, terus mendatar.

2. Spesifikasi

- A4 prosesor iPad sebelum ini telah digantikan oleh prosesor 1GHz A5 pada iPad 2.

- dikatakan 9 kali lebih cepat dibandingkan dengan model sebelum ini. RAM juga katanya dari 256mb kepada 512mb katanya.....

- ada kamera depan untuk facetime dan kamera dibelakang untuk ambil video secara hd.
tapi aku cuba juga ambil gambar guna kamera depan dan belakang, dan dibawah ini adalah hasilnya:

(gambar kamera depan)

(gambar kamera belakang di waktu siang)

(gambar kamera belakang di waktu malam di dalam bilik)

owh, kamera ini ada fungsi geo tagging

- ada gyroscope macam iphone 4, untuk kegunaan permainan agaknya gyroscope nih.....

3. Aplikasi pre-installed (IOS 4.3)

a. Facetime
Macam iphone 4, ipad 2 boleh buat Facetime yakni panggilan video. Bukan melalui 3g tetapi hanya terhad melalui wifi.


(membuat panggilan facetime kepada diri sendiri)

b. Photo booth
Pilihan gambar aneh-aneh untuk suka suki


c. Mirror image
yang ni aku maksudkan seperti apa yang ipad chewan boleh buat setelah aku godek, entry sebelum ni.

4. Prestasi

- lebih laju dari biasa..... sila rujuk video di bawah
(maafkan aku, sebab aku amik dari youtube jer, tak sempat nak buat ulasan video sendirik)


- grafik memang terbaik

ipad-2-20110315035338129.jpg


Nampak tak perbezaan antara dua gambar ini, beza benar gambar kiri dan kanan kan? gambar kanan lebih cantik dan terperinci,

- ipad 2 boleh membuat kerja-kerja audit video menggunakan perisian khas imovie.

- boleh membuat lagu menggunakan perisian garage band.

- bateri memang tahan 10 jam seperti yang didakwa oleh apple.

- adanya smart cover, untuk ipad 2 yang bagi aku walaupun benda itu simple tetapi tetap berguna.

Kesimpulan,

Apapun ipad 2 merupakan generasi kedua bagi ipad yang hanya mempunyai kelebihan ketara iaitu lebih laju, lebih ringan dan berkamera.

Bagi yang memiliki ipad terdahulu, sila jangan cuba guna ipad 2 sekiranya anda tidak berhajat untuk bertukar kepada ipad 2.
Kang terjebak kang, aku taknak bertanggungjawab.

Kepada yang belum memilikinya dan berhajat, kalau nak beli dah ada dijual melalui mudah.my atau lowyat pada harga yang sangat premium (rm400-500 lebih dari harga yang disyor, agaknyalah) atau dinasihatkan belilah bila dibawa masuk secara rasmi.
Mungkin bulan mei atau jun.

Ps: bilalah agaknya boleh dijailbreak ni, lama benar rasanya menunggu.....
pss: celcom tak nak bawak masuk iphone dengan ipad secara rasmi ke?

- Posted using BlogPress from my iPad

Sunday, December 26, 2010

Ulasan Real Racing 2 untuk iphone dan ipad

Aku minat game kete. sebab tu aku ada ps3 semata nak main grand turismo je.

zaman belajar dulu ada la masa nak main ps. tapi sekarang bila dah kerja, ada keluarga nak main 2 jam sebulan pun susah.

jadi bila ada masa sikit sebelum nak tidor, tunggu kete sedang dibasuh, dalam jamban ada la curi2 masa main game, itupun main pakai telefon.

s0, dulu handphone game kete bodo2 je. tapi bila dah ada iphone dan ipad ni, game kete graphic dan gameplay makin hari makin gempak.

memperkenalkan Real Racing 2, sequel terbaru dari Real Racing dibangunkan oleh Firemint khas untuk IOS. bagi aku game ni adik kepada Grand Turismo dan Forza.


graphicnya mantop, siap race waktu petang senja dengan waktu malam dan gameplaynya agak real.


macam game keta lain, ada career, quick race, time trial dan pitlane. untuk career, keta boleh diupgrade selepas dapat duit kemenangan bagi setiap track yang kita menang. dan track hanya akan diunlock jika kemenangan pada track sebelum dicapai. kategori race pun ada macam-macam, tournament, speed trial, knock out dan head to head. pitlane pula tempat dimananya kita punya garage dan tempat untuk kita upgrade dan customise keta kita.

Jenis keta pun tak hingat, dari pengeluar volvo, volkswagen, nissan, lotus dan bmw. macam2 model boleh dipilih dan dibeli, janji ada duit dari hasil kemenangan tadi.

untuk setiap perlumbaan, paling banyak kereta yang boleh race adalah sebanyak 16 buah dan menariknya visual yang ditampilkan tidak banyak glicth disebabkan banyak kete. seingat aku dulu masa main real racing dulu paling banyak kete sekali race pun 8 buah jer. yang bestnya jugak, kalau kalo hang terlanggar kete orang atau terlanggar dinding, boleh nampak bumper depan ngan belakang tercabut. hehe


korang juga boleh berlumba secara online dengan sesapa saja ataupun bermain dengan kawan2 seopis yang ada game ini melalui wifi.

For those yang gilakan permainan simulasi memandu dan ada iphone atau ipad, bolehlah download Real Racing 2 melalui appstore pada harga $12.99.

kelebihan: graphic cun, gameplay marveles
kekurangan: tengah main game ni, tetibe dapat message ke apa ke, bila sambung game ni balik bunyi takde.
rating aku bagi: 4.5 bintang dari 5 bintang