Showing posts with label kesukaan. Show all posts
Showing posts with label kesukaan. Show all posts

Wednesday, April 6, 2011

ipad 2 ku screen bleeding ( skrin berdarah )

ini adalah harga,

yang perlu dibayar,

jika menjadi orang terawal,

penguna sesuatu produk yang baru dikeluarkan,

ingatkan ipad 2 ku terkecuali,

rupanya kene jugok......

sindrom 'screen bleeding',

ini adalah defect lcd dan,

katanya apple dah kenalpasti masalah ini,

dan akan atasi dalam masa mendatang,

sila perhatikan skrin bawah kanan,

yang putih2 tu la screen bleeding,





ps: apapun takdela beri kesan sangat kepada penggunaan ipad pun...

- Posted using BlogPress from my iPhone

Saturday, March 21, 2009

tamiya tt 01 dan tamiya trf 415



inilah kete yang aku ada buat masa ini,
yang merah tu tt 01 dan yang putih tu trf 415,
nampak tak calar2 body tt 01 tu,
dah banyak bende dah aku sondol dan backflip sebab tengah belajar,
macamane nak control dan feel kete nih,
tapi takpe,
kete merah ni aku buat main lasak jer,
dan kete ni memang sesuai untuk beginner macam aku,

yang putih tu tamiya trf 415,
ini dah kira tahap pro kit punye,
sebab untuk body sahaja dah bape harganya,
belum benda-benda lain lagi macam esc, battery, motor, remote dan servo,
itu yang bodyshell aci boleh jer,
warna putih tanpa apa2 stiker,
boleh?
senang sikit aku nak tgk kete ni kat track,
aku angkat ini kete sebab tak puas ati main tt 01 kat track,
slow macam hape ntah,

so yang aku dah upgrade (hop up) cuma kat tt 01,
tukar shaft, tukar oil suspension, ball bearing, spur dan pinion,
motor pakai (standard) dalam kotak punye jer,
dah barai kete ni aku kejekan,
untuk trf aku tak buat hape lagi,
pakai yang ada jer,
tapi untuk kete ni pakai motor brushless 6.5 turn,
ini pun set 70% power,
kalo full power kang bersepai kalo langgar dinding kang,
sebab aku takde tools untuk kete ni,
kete ni banyak pakai hex 1.5mm dan 2.0mm untuk buka cskru2 dia,
tak jumpa kat kedai tadi,
esok2 jelah cari,

Hari ni melepak kat HPC Glenmarie,
Saje nak cuba maen kat track,
takkan beli riban riban nak maen kat belakang umah kan?
baek beli QD jer camtu,
hiks

Jumpa member baru,
nama pena dia mbx03r - b,
rajin mamat ni masuk forum rctech.net/malaysian,
dia maen front wheel,
dah empat tahun dia main,
banyak tips dia kasik,
dia bagitau kat aku cuma kene carik, tools, charger baek dengan battery baek,
dah complete dah,
pastu dia suh ejas tangan,
kasi asah lagi,
sebab dia test drive kete aku smooth gile dia bawak,
sampai kat aku, tengah jalan lurus pun boleh backflip,
huhuhuhu........

hobi ni,
dapat buat aku lari kejap dari fikir tentang dunia nyata..........

Friday, March 6, 2009

Remote Control Car

Aku nak mencuba hobi baru, yakni remote control (rc) car...
Nak mula serius main benda ni plak,
untuk tujuan itu,
sebagai beginner aku dah dapatkan diriku model rc car tamiya fxx tt 01,
so sekarang tengah belajar macamane nak control benda ni supaya dapat dikawal seperti mana yang aku hendak,
so bulehlah aku main kat atas track di glenmarie atau di ss19 nanti,

nak kata hobi ni untuk budak2 tidaklah berapa sesuai,
sebab bila aku lepak di track glenmarie sejak 2 minggu lepas,
rata2 yang main kat situ golongan belasan tahun dan ke atas,
yang umur 40an pun ada,
mungkin masa diorang kecik2 dulu tak mampu nak beli,
bile dah stabil dan tak tau nak buat apa barula nak merasa main benda ni,
macam aku,
ekekekeke

yang syoknye rc car ni buleh diupgrade mengikut tahap kita,
kalo dah ok ditahap beginner,
bule la upgrade ke tahap medium plak,
upgrade engine ke, shaft ke, suspension ke,
ikut kesesuaian masing-masing,
aku pun baru nak kenal2 dengan benda nih,

oh ye, kete aku guna bateri,
bukan apa, malas beli nitro,
lagipun aku barukan......
so nitro lebih memerlukan perhatian dan maintenance,
takut kalo aku beli nitro kang tak terservice kete kang,
batt less maintenance tapi kalo betul setting selamba kete rc nitro kene tapau,
apa-apa pun akan aku citer dalam entry2 aku akan datang pengalaman hobi aku nih,

ps : sesapa yang duk area dekat2 shah alam, nak join atau nak mula hobi ni kontek2 ar aku. ada la geng layan bende ni sama2. 

Tuesday, January 6, 2009

Lately suka pulak kat mamat ni,

lagu dia la yang aku suka,

entah apa ntah tapi lirik dia,

sebab bagj aku sedap di halwa telinga aku,

jadi aku dok putar je lagu ni,

korang layankan je la ok?

Monday, December 15, 2008

psp slim terguna untuk dijual


(WTS) - used PSP Slim black piano.

Item: PSP slim for sale

Package: PSP Console, Charger, Box, Manual, 8GB Memory Card, case, Screen Protector (Installed), some games in the memory card...

Item's condition: Console is working fine, can play "ahem" games.but without original batt cover. due to lost and misplace.

Dealing method: COD in shah alam. datang umah kat seksyen 7 lagi bagus.

Price: Give ur quot

Contact: PM me or reply here

Duration : Genap setahun. happy birthday to u....

Reason of selling: Not playing anymore. concentrate playing ps3 and wii.

Sila tawar harga ok???

(update : item Sold!)

Friday, December 12, 2008

nintendo wii part 3 - ulasan

alkisah,

satu petang ari isnin lepas dalam perjalanan pulang ke rumah menaiki kereta dari pejabat maka terdapat la perbualan di antara sang suami dan sang isteri,

" darling, abg ingat abg dah nak start main tenis. abg nak beli reket. bley?"

"beli la bang. tapi abg nak main kat mana. bile masa plak abg nak main?"

"ler. mana lagi. kat padang la. balik keje terus singgah padang. pukul 7 kite balik ar. darling g ar main batu seremban ke, lompat si katak lompat ke, main galah panjang ngn kak eles ke sementara abg main tenis."

"ok gak tu. nanti dah penat sampai umah lewat tak yah ar darling masakkan......."

"wooooo...... alasan baekkkkkkkk arr..... darling bukan tak tau abg tak leh kalo tak kene air tangan darling. lagipun abg dah naek jelak makan ajinomoto bebanyak kat kedai tu. abis tu macamane abg nak bersukan neh? dahla dah agak debab. huhuhu "

"alah. abg beli ar game yang boleh gerak2 macam bersukan tu."

kaccciingggg.................................. dalam kepala hotak aku dah nampak nintendo wii.

so semalam, selepas sultan selangor memperkenankan cuti umum bagi warga selangor kerana menyambut hari keputeraannya, aku ngn wifey gi beli nintendo wii kat plaza masalam tempat yang selalu aku beli ps3 games, ps3 aku pun aku beli ngn jason, harga dia agak berpatutan dan aku rasa aku lebih selesa beli ngn dia sebab kalo ada troubleshoot dekat sikit nak antar repair.
terharu dengan darling, sanggup tunggu berejam kat kedai game masa duk testing wii ngn pilih game.
sampai jer umah, duk godek2 pasang apa yang patut,
dari jam 8 malam aku start main ngn darling sampai pukul 12 malam, kitorang layan

a. wii sport

b. ultimate band wii

c. wii fit

hasilnya,

1. duk ketawa macam orang gila tengok gelagat masing2 main. kelakar siut.....

2. aku lawan ngn darling game bowling, tenis, baseball, golf dan boxing. believe it or not, aku cuma menang game boxing jer, lain semua darling aku TAPAU aku. huh!

3. wife aku gelakkan aku macamkan hapa tengok aku main hola hoop. gelakkan aku terguling guling sampai jatoh dari sofa. boleh??? (aku lah makhluk tuhan, yang buat pose seksi. woha!)

4. aku lenguh tangan kanan dan darling lenguh tangan kiri. (sebab wifey aku kidal)

5. tengah malam kene mandi sebab badan berpeluh. penat siut main.

cuma pendapat ikhlas aku pasal wii:

1. gamba memang kalo nak dibandingkan dengan ps3 macam langit dgn bumi. wii tak bape nak cantik.

2. tapi gameplay dia sangat unik berbanding ps3. lebih menyeronokkan dan perlukan pergerakan yang banyak.

3. sesuai untuk mainan sekeluarga dikala ujung minggu. dan game dia simple dan tak berapa nak serius macam ps3.

4. kalo nak kelainan silalah main wii.

5. murah sikit berbanding xbox 360 dan ps3.

6. boleh main games yang dikeluarkan oleh 'uncle jack'. hargapun dalam rm 8 sekeping.

7. sedikit mengenai ps3, ianya memang patut tak boleh dipiratekan kerana ianya amat best kalo dimain secara online. xbox live yang tak bestnya sebab kena bayar kalo nak main online. psn online free. cumenya original game sangat mahal.

so, zakhiri. buat masa sekarang saya tidak berminat untuk menjual ps3 saya kepada sesiapa kerana saya masih menunggu:

1. rock band 2 (buat masa ni susah nak dapat game ni sebab baru jer keluar dipasaran)2. grand turismo 5

sekian, kalo rajin entry ni akan disambung.





nintendo wii part 2

huhuhuhu.....
akhirnya aku terlanjur memilikinya.....
akan ku post review tentang nintendo wii esok pagi.....

Thursday, October 23, 2008

Perfume

Aku ni penggemar perfume... mungkin ini disebabkan tahap kemalasan aku ingin mandi diwaktu malam, so wangian digunakan sebagai alat bantu tambah nilai bagi mengaburi mata pihak lawan sekiranya aku tak mandi (hahahaha, cuma ini adalah habit aku, skang ni kena berubah sebab nanti kalo aku tak mandi kang aku kena sound, bebel, huhuhuhuhu). Lagipun aku lebih rela didalam situasi dimana biar nampak selekeh tapi wangi daripada nampak kacak tapi bau 'baeng' tak ingat........

aku kalo gi shopping kompleks tak boleh terserempakla ngan kaunter minyak wangi. kang adala yang aku nak singgah pastu nak try latest perfume, kenelak promoter itu sangat cantik atau ala-ala baek mengayat dan langsung 'ter'beli ('ter' digunakan untuk keadaan dimana aku tidak sengaja melakukannya dan tidak berniat untuk melakukan itu). huhuhuhu, unexpected expenses ler jawabnya.

teringat zaman-zaman sekolah dulu pakai perfume dashing. hehehehe
pastu naik masa blajar degree duk beli perfume miniture yang 15ml harga dalam rm30-rm45 ikut jenis botol dan jenis perfume. tapi pakai miniture ni pun jimat gak sebab rasanya yang dalam miniture tu perfume punya 'pati'. tu yang calit sikit tu tahan 5-6jam juga. pastu beli yang jenis sample 3 dalam rm15-rm20. benda-benda tu aku beli kat car boot sale di stadium shah alam.yang replika (pirate) punye perfume pun ada gak. botol sejibik macam yang ori. cuma bau dalam botol tu jer cam hape ntah. tapi masa tu aku lebih suka kumpul botol. gerai yang famous kat shah alam masa tu minyak wangi 'ais'. yang semua botol tu dia letak dalam satu bekas pastu dia bubuh 'ais'. aku pun tak tau kenapala sipenjual tu buat sebegitu rupa. ntah meniaga lagi ke ntah kat situ aku pun tak tau sebab dah jarang benar turun pasar ahad stadium shah alam tu.

buat masa sekarang ini sahaja yang aku sedang pakai dan masih ada (bermakna belum habisla). dan aku akan pakai ikut mood dan mengikut suasana yang aku rasa sesuai gitu.

dari kiri belakang : polo RL double black, RL Romance, CK,
dari kiri depan : Bvlgari Extreme, Polo Double black, Armani Code


cuma yang aku pasti aku sangat suka pakai Bvlgari Extreme diwaktu kerja sebab aku rasa dia tahan lama dan bau dia makin sedap kalo badan berpeluh. aku kan keje kat site so memangla selalu berpeluh.

yang lain tu... aku gemar pakai jenama RL sebab bau kayu kayan dan 'spice' dia.
yang CK tu aci beli jer sebab bottle dia cantik pada pandangan mata aku.
yang armani code tu aku amik pasal member aku tolak memurah.

tapi bagi aku perfume nombor satu tetaplah 'aqua di gio'. tetap evergreen. first perfume yang aku beli dalam hidupku. itupun sebab idola perfume aku, en. zakhiri musa ada memakainya sewaktu kami sama-sama duduk menyewa diseksyen 9, shah alam. teruja dengan harumannya tatkala dia menyembur ke badannya semasa mahu keluar berdating atau pun keluar makan diwaktu malam bersama ex5 BGMnya yang pernah hilang hampir dua bulan hanya sebulan sahaja baru dibelinya. agaknya pasal aku rasa dia dapat awek setelah memakai minyak wangi tu la yang aku bertekad menyimpan wang sakuku semata mahu membeli perfume, hoh. tapi aku tak akan beli perfume ni sebab 'my dear' tak berapa nak gemar, rasanya ada sejarah ler tuh. dan aku menghormati kehendak dia.

lelain yang penah aku pakai dunhill apentah, tak ingat jenis hape tapi ada satu tu aku kasik bapak aku as birthday gift. pastu ada satu perfume police, pun sebab bapak aku polis aku hadiahkan kat dia. mak aku, aku kasik yang bodyshop punya tapi tak ingat apa ke benda namanya.

dan akhir sekali, bulan depan aku dapat minyak wangi baru. 'unforgiveable' dari Sean P.Diddy. tapi perfume P. Diddy yang terbaru lagila sedap baunya. cumanya harga tu kurang sedap sikitla. dalam rm260-280. aku pun tak pasti.

(ps: disebabkan penurunan harga minyak dipasaran, agak2 harga minyak wangi turunke? ada kaitan ke? huhuhu)