Showing posts with label aku. Show all posts
Showing posts with label aku. Show all posts

Sunday, April 24, 2011

Tercekik tulang ikan

Aku baru lepas makan malam,

Kebetulan harini lauk ikan goreng talapia,

Aku plak memang suka makan ikan,

Jadi makan pun dengan sangat berselera,

Tengah krup krap krup makan ikan goreng yang rangup itu,

Tetibe....

Glup, tulang ikan tersekat dikerongkong,

Macam-macam petua aku praktikkan,

Kepal nasi pastu telan tak jalan,

Minum air tahan nafas tak jalan,

Makan roti kepal2 tak jalan,

Mungkin sebab tulang tu tersekat pada tepi tekak,

Bukan ditengah,

Tadi baru je cuba,

Berselawat 3x dan hembus ke air,

Minum.... Alhamdulilah kurang sikit,

Tapi masih lagi tersekat,

Kalau esok pagi masih tak keluar,

Aku gi specialist.....

Risau kalau dibiarkan,

Nanti melarat bahaya....

Update 26 april 2011:

Aku dah gi klinik semalam,

Klinik suruh rujuk hospital,

Tapi malam tadi google punya google,

Aku jumpa tips ni,

(surah Al-Isra' ayat 80)

"Dan katakan lah:
Ya Tuhanku,masukkan lah aku secara masuk yg benar dan keluarkan lah (pula)
aku secara keluar yg benar dan berikan lah kpd ku dari sisi Engkau kekuasaan yg menolong.."

~Caranya ialah,baca Fatihah,lps tu baca doa tersebut ...tiup dlm air dan minum air tu..~


So, aku pun cuba,

Alhamdulilah, bangun tido je pagi ni,

Rasa lega sikit,

macam dah takde tapi ada je jugak tulang ni?

Tunggulah 2-3 hari lagi.....

Tengok macamane,

Ps: lainkali, sebelum makan, basuh kedua2 belah tangan, kemudian kumur, baca doa dan makan. Kalau boleh ikut sunah nabi, kaki angkat sebelah, lepas makan jilat jari dan minum pakai tangan kanan....

- Posted using BlogPress from my iPad

Thursday, April 7, 2011

Ipadku ipadmu jua...

alyssa,

dah la tu,

daddy nak bukak facebook daddy,

kamu buat apa tu?



la, main piano



abc pulok...



g... g.... (alyssa duk ngeja)

ikut kamu la lysa...

daddy merajuk....

daddy tido dulu. haih....

ps: aku kecik2 dulu, takde pun ipad..... ntah main apa ntah masa dulu.....

- Posted using BlogPress from my iPhone

Wednesday, April 6, 2011

ipad 2 ku screen bleeding ( skrin berdarah )

ini adalah harga,

yang perlu dibayar,

jika menjadi orang terawal,

penguna sesuatu produk yang baru dikeluarkan,

ingatkan ipad 2 ku terkecuali,

rupanya kene jugok......

sindrom 'screen bleeding',

ini adalah defect lcd dan,

katanya apple dah kenalpasti masalah ini,

dan akan atasi dalam masa mendatang,

sila perhatikan skrin bawah kanan,

yang putih2 tu la screen bleeding,





ps: apapun takdela beri kesan sangat kepada penggunaan ipad pun...

- Posted using BlogPress from my iPhone

Wednesday, March 30, 2011

Ayat untuk hari ni

"A man who never made a mistake, never made anything", Mark Twain

Three rule when making a mistake:

1. admit it

2. learn from it

3. never do it again

ps: kita hanya insan biasa....

- Posted using BlogPress from my iPhone

Tuesday, March 29, 2011

Teringin Tapi Susah

aku,

ada benda yang aku teringin nak buat,

tapi dari dulu lagi susah nak buat,

bertahun2 dulu pernah cuba,

tapi tak pernah berjaya berjaya,

apa dia?

-

-

-

-

-

-

-




berhenti dari ambil benda di atas

huhuhu

ps: kepada yang belum terjebak, jangan gatal2 nak mulakan

- Posted using BlogPress from my iPhone

Monday, February 7, 2011

cuti tahun baru cina

rasanya masih belum terlewat untuk mengucapkan,
gong xi fa cai kepada kaum tionghua,
yang menyambut perayaan ini,
semoga tahun arnab membawa makna,
yang besar kepada yang menyambutnya,

sempena cuti 4 hari,
bermula kamis hingga ahad,
aku balik kampung,
tanjung karang,
tiada aktiviti lain,

makan....

tido......

makan.....

tido......

dan perut aku terus 'makmur'

sekian.....

ps: mahalke kalo join fitness first?

Saturday, October 31, 2009

Celoteh 31 Oktober 2009

1. Mulai minggu lepas setiap sabtu dan ahad sehingga 21 november 2009, aku join kelas training of trainers di uitm shah alam. saja join dis course sebab FOC. nanti dapat sijil buleh aku train bebudak lepasan spm yang minat kerja di bidang construction. menolong sambil beramal.
seronok juga join kelas ni, teringat kenangan lama sewaktu zaman buat diploma dan degree. betul kata kebanyakan orang, zaman belaja di ipt adalah zaman yang takkan dapat dilupakan sampai bila-bila. no commitment no worry. tugas yang perlu dibuat adalah belajar dan enjoy.....

2. 2 minggu lepas, syukur sebab semuanya berjalan lancar untuk majlis aqiqah anak aku yang comel itu, si ayra alyssa. terima kasih kepada yang sudi hadir.

3. tetiba mencari apa yang patut aku capai sebelum umur aku 40 tahun.... buat masa sekarang sedang mencari.

4. aku rasa aku ni teruk sangat, baru nak ada kesedaran diri. mulai bulan depan baru nak menunaikan rukun islam ke 4, bayar zakat. minggu depan aku nak isi borang potong gaji.

5. bujet 2009 apakah kesannya kepada aku?
i. potongan cukai pendapatan berkurangan disebabkan pelepasan diri daripada rm8000 menjadi rm9000
ii. tambahan cukai rm50 untuk setiap kad kredit. aku ada 3 jadi aku kene baya rm150. hmm.... kene buang satu kad kredit aku.
iii. rebat untuk penggunaan broadband sehingga rm500

6. hari ni genap setahun usia perkahwinan aku. alhamdullillah kami dikurniakan cahaya mata yang comel gitew...

7. tetiba dah start bosan pakai blackberry, huhuhuhu

Tuesday, October 13, 2009

Hadiah besday 2009

3 oktober 2009,
Genap umur aku 29 tahun,
syukur pada ALLAH sebab panjangkan usia aku sampai sekarang nih,
moga-moga diberkati dan dirahmati hidupku ini,
seperti yang telah diucapkan oleh kengkawan2 sekalian kat aku tempohari,
sempena besday aku,

tak ketinggalan juga, ada sorang bos aku bleh wish 'happy belated birthday' kat aku,
gila terharu aku,
seumur hidup aku tak penah pun mana2 bos aku yang wish besday kat aku,
dia ni je tetibe pecah tradisi,
(korang tau kan 'standard' perangai bos macamana? kita je duk ingat dia, ada penah bos ingat kita? jarang-jarang)
btw, tq bos for ur wish,

last year masa wife aku status tunang aku dia kasik pen ukir nama aku,
punyalah aku sayang nak pakai,
tapi tunang aku pada masa tu suh pakai jugak buat gi keje,
dia kata benda dah ada tak guna baik tak payah ada,
aku pun gunalah..........
tapi dan bape lama pakai ilang,
aku syak ada kat poket baju yang aku antar kat dobi,
tapi pakcik dobi kata takde,
jodoh aku ngan pen tu agak kurang panjang nampaknya,

apapun, tahun ni aku dapat hadiah lagi dari wife aku,
kalini bende ni aku rasa payah sikit nak ilang,
apa dia?
jeng.... jeng.... jeng......

yea... yea.....
jam g shock model baru,
sebab apa aku kata susah sikit nak ilang?
sebab aku jenis tak tanggalkan jam dalam apa jua keadaan,
aku cuma loose kan sikit masa amik air semayang ngan mandi jer,
selain daripada itu mmgla sentiasa ada ditangan jer,

aku mmg minat jam2 yang jenis ada jarum macam swatch ataupun guess,
tapi aku terpaksa cari yang ada lampu backlight,
sebab tu model ini dipilih,

apapun,
terima kasih 'sayang' untuk hadiah ini,
sangat bermakna untuk abang....

p.s:
kenapa pn.mizi kasik jam?
supaya en. mizi lebih hargai masa.....
(sori, gambar agak kurang jelas, handphone murah katanya)

Friday, September 25, 2009

Snippet raya ke Enam


Suasana Hari Raya
1. Rasanya masih belum terlewat untuk mengucapkan selamat hari raya maaf zahir kepada semua yang mengenali aku walaupun hari ni dah masuk raya ke 6. lagipun raya sebulankan? kepada sesiapa yang menghantar ucapan melalui sms, maaflah sekiranya ada yang aku tak reply. mode saving. hehehe...

2. 2 tahun lepas aku raya sebagai bujang trang tang tang,
tahun lepas aku raya sebagai tunang orang,
tahun ni aku raya sebagai suami dan bapa orang,
seronok sangat. alhamdullilah.....

3. tahun ni raya di tanjung karang dan aku tak kemana kerana mengikut pn. mizi yang sedang 'berpantang'. hehehe

4. walaupun dah jadi bapak orang masih lagi mendapat duit raya. thanks ayah and family.....

5. orang yang datang beraya kat umah parents aku bila tengok anak aku semua tanya dah bape bulan dah baby ni? comelnya? bila cakap tak sampai sebulan mesti diorang cakap, wah senang nak pegang dia ni sebab tak kecik sangat.

6. aku sp3nd masa main sim 3 kat iphone sepanjang raya pertama dan kedua......

7. apa takde citer lain ke kat tv? balik2 citer antu cam congkak ngn jgn tegur. pastu citer leleh2 mata cam salam terakhir. diorang nak letak slot citer untuk raya ni tak paham konsep raya ke? raya tu kan hari untuk bergembira dan bersuka ria. letaklah citer lawak atau citer yang mengambarkan suasana ceria dan bahagia. tak bleh?

8. Hangin dengan budak2 kat area umah bapak aku kat tanjung karang. adake main mercun depan umah aku walhal anak aku ngn anak neighbour depan umah aku (newborn jugak) sedang tidor? nak marah raya. sabar je lah.....

9. aku nampak satu kemalangan kecil berlaku depan mata aku. satu iswara telah tergesel kereta vios. iswara tu langgar belakang vios yang sedang nak kuar dari stesen pam minyak ke jalan besar. aku rasa vios tu yang salah sebab main kuar je. maybe blindspot. tak nampak iswara tu. tapi lepas kene langgar owner vios tu boleh kuar terus tendang bonet depan kete iswara tu. ada ke patut?
bagi aku kesimpulan daripada insiden ni:
a. baru pakai kete besar sikit nak tunjuk eksen
b. apa owner vios tu ingat saja2 ke iswara nak langgar kete ko, nama pun eksiden, tak sengaja. apa da.....
c. raya2 pun nak gaduh2 ke? aku tengok bukan main lama nak setel. aku masa eksiden aritu pun main amik no fon je, amik gambar lebih kurang pastu terus blah. setel thru fon je (sbb aku yang salah. hehehe)

10. aku rasa cam nak pakai blackberry plak la lepas nih. tengah tunggu benda ni. huhuhu

11. sales raya tahun ni double dari tahun lepas. memang rezeki anak!

12. boleh aku tertinggal kamera d40 aku kat shah alam. memangla takde gambar raya tahun ni. hampeh betul....

13. syiok betul, aku berjaya hack iphone 3g aku so aku boleh surf internet tru laptop connect ngn iphone kat kampung. keje aku duk update facebook je la....

14. jom solat jumaat, jom....

Monday, August 17, 2009

snippet 17 Ogos 2009

1. H1N1
- setakat ni dah meragut nyawa 64 orang. H1N1 ni tak pilih bulu. dari kanak-kanak, orang muda, orang tua malah golongan bangsawan pun dia belasah. dah nampak di sekitar dan dimana2 ramai orang pakai mask. aku pun baru beli mask harga rm1 kat restoran fc kompleks pkns petang tadi. aku pun igt macam nak pakai mask tapi tak selesa dan seswai utk perokok tegar macam aku. juga dinasihatkan supaya kerap membasuh tangan dengan bersih kerana mengikut doktor virus ini boleh dijangkiti dengan mudah dengan hanya memegang tombol pintu yang pernah dipegang oleh pesakit H1N1. ish, lagi bahaya dari HIV camni.
owh yer, pencuci tangan tu pun aku beli juga di farmasi. pencuci tangan tanpa bilasan air. bagus dan sesuai dibawa ke mana mana. tapi yang hampehnya aku suka sangat tertinggal benda ni kat umah. sekarangkan musim sakit. huhuhu.....

2. musim sakit
-mungkin disebabkan perubahan cuaca, didapati ramai sungguh orang sakit sejak akhir akhir ini. diberitakan member satu kelas dengan aku masa tingkatan 1 - 3 dah duk kat icu selama seminggu akibat jangkitan kuman pada paru-paru. pagi tadi di opis juga dikhabarkan seorang staff paralyse separuh badan akibat kerosakan pada saraf berpunca daripada demam. hingga doktor terpaksa menggunakan ubat harga rm20k untuk suntik pada saraf dia. nasib baik company aku support. bagus jugak company aku nih bab2 penjagaan sosial pada staffnya.
lagi, ada seorang staff baru mula kerja harini sebab 2 minggu lepas terpaksa dimasukkan ke dalam wad akibat sukar bernafas. tapi aku rasa patut2 dia takyah datang kerja harini sebab masa duk bersembang dengan aku pun termengah-mengah, belum full recover lagi la tu. pastu seorg staff aku EL plak harini sebab isteri sakit teruk. aku kalo bab bab nak bercuti sebab ahli keluarga sakit aku takdehala. family first.

3. Family first
- bile citer pasal family first nih, prinsip aku mudah dan harapnya korang setujulah dengan pernyataan aku. sila pentingkan keluarga daripada kerja. kerja dan jawatan anda tu, esok anda mati, minggu depan seguni orang hantar application untuk isi post anda. kawan-kawan kat tempat opis pun mungkin akan rasa kehilangan anda seminggu dua pastu dah tak ingat anda dah. yang ingat anda pun family andalah yang duk doa tatkala lepas solat untuk kesejahteraan anda. dan ingatlah sabda nabi , bekerjalah kamu seperti kamu akan hidup seribu tahun dan beribadatlah kamu seperti kamu mati esok hari. maksudnya, pandai2lah kita imbangkan antara dunia dan akhirat. tapi sejak akhir-akhir ni aku macam terlampau ikutkan nafsu aku yang duk gilakan benda terbaru iaitu iphone 3gs.

4. iphone 3gs
-aku dah usha kat maxis. aku berminat nak amik tanpa contract dengan maxis since aku adalah pelanggan celcom untuk panggilan dan unlimited data. lagipun nombor yang aku pakai dah dekat 5 tahun beb. takkan la nak tukar kan? susah plak nanti untuk urusan rasmi.
erm, berbalik pada iphone 3gs ni aku tanya maxis. dia skang tutup untuk sebarang booking bagi pembelian melalui pakej hotlink dan juga masa menunggu adalah selama 3 bulan. gila lama ah nak tunggu..... baik aku pakai iphone 3g aku skang nih daripada nak menunggu. korang bukan tak tau perangai aku yang kurang sabar nih.

5. sabar
- sabar adalah separuh daripada iman. tapi kesabaran aku ada batasnya sementelah aku ini manusia biasa yang tidak lari daripada noda dan dosa serta kelemahan yang ketara. akibat daripada p1 wimax yang macam syial dan celaka itu membuatkan aku terpanggil untuk menghantar email ini kepada p1 melalui email berbunyi begini:

"its been a month and half using 1.2mbps package.for the 1st month everything went smooth surfing using p1. i really love p1.

but suddenly without notice, its been 5 days my connection constantly only reached maximum 0.5kbps and with my current usage not even 10% yet!

i feel like im being cheated and its suck since i already tie one year contract with u!i guess p1 is another `money sucker` broadband provider.

thanks for making me pay rm99 this months while u give me rm33 value of service."

korang tau p1 balas apa? dia suh aku ubah setting ip add la, clearkan temporary internet files la, dan berbagai lagi. aku pun buatlah apa yang diorang suh tapi apa pun tak berubah. sama jer.....

ps: aku dah mula bosan tengok senario politik peringkat ofis, negeri, negara serta dunia. aku mula merasakan bahawa konsep diktatorism sangat baik.

sekian, terima kasih.

Thursday, July 9, 2009

09 Julai 2009 Snippet

1. Perasaan bercampur sedih dan gembira mengenai pemansuhan PPMSI pada 2012


sedih
sebenarnya pada aku mungkin first batch atau 2nd batch yang belajar guna format PPMSI akan terkantoi dan sedikit ketinggalan sebab tak faham belajar matematik dan sains dalam bahasa inggeris terutamanya budak2 di kawasan kampung atau pendalaman. tapinya insyaallah dalam masa panjang budak2 ni akan faham semulajadi sebab mereka akan terbiasa dalam situasi macam tu. ambil contoh aku masa masuk itm dulu agak terkejut beruk sebab kecuali tamadun islam yang lain semua matapelajaran diajar dalam bahasa inggeris tapi lama2 terbiasa dalam keadaan itu dan takde masalah pun?
ini kita citer pasal budak darjah 1-6, lagilah diorang ni mmg senang pick up. cumanya cikgu2 sekarang kena kreatif lebih untuk tarik minat2 budak2 ni belajar, itu jer.....
pastu kalo dilihat perkembangan pendidikan di negara china,
diorang pun dah gunapakai bahasa inggeris dalam sistem pembelajaran mereka padahal kalau diikut negara mereka tidak bergantung dengan negara lain, cuba pikir secara rasional kenapa?

gembira
ada kewajarannya juga belajar matematik dan sains dalam bahasa ibunda, senang paham.

apa pun, sebab ini adalah yang diputuskan oleh kerajaan, saya selaku pekerja awam akur dan patuh pada keputusan kerajaan......

2. yang kita boleh buat dengan handphone dalam kehidupan harian



3. Isu amah indonesia

selama ni kita digembar gemburkan dengan betapa rakyat kita terlalu kejam dengan amah indonesia sehingga sanggup mendera mereka hingga mereka memutuskan untuk tidak menghantar rakyat mereka menjadi amah lagi, tapi semalam berita radio kata mereka sanggup bekerja menjadi amah sekiranya dibayar gaji rm700 dan diberi cuti seminggu sekali. ewah, demand plak.....

kalo sapa tengok 360 malam tadi di tv3 mesti ada sikit fobia nak amik amah sebab tak sangka ada amah yang sanggup pijak budak umur 2 tahun pastu siap flying kick budak tu, ada yang campak anak yang dijaga atas kerusi siap bagi pelempang, ada yang bukannya bagi makan budak tu tapi dia yang makan makanan budak tu, bawak balik laki siap main kat rumah majikan pun ada, yang merembat barang tuan rumah pastu lari pun ada, yang dah bertukar dekat 10 kali amah pun ada sebab macam2 hal, yang pakat dengan kawan dia pastu rompak majikan dia pun ada itu korang ada amik tau? benda2 ni bukannya perkara baru cuma tak dihebahkan sangat jer.

cuma apa yang aku dapat simpulkan, tak semestinya semua majikan adalah baik dan tak semestinya semua amah adalah baik kan? pokoknya kita saling bergantung satu sama lain dan kita boleh buat pilihan kita. banyak lagi pilihan lain disana kan? amah indon taknak keje dengan kita? amah nepal, filifina, amah tempatan ada, argghhhh.... pilihlah sendiri.

4. 2 minggu selepas memakai P1 Wimax

minggu pertama jer laju, minggu kedua dah start slow dan tak stable. tak tau pasal apa....
ni yang rasa ada sikit sesal bila dah terminate streamyx nih,
walaupun streamyx memang menjanjikan lembap dan slow tapi connection agak stabil,
P1 wimax ni ikut mood dia,
macam sekarang ni agak laju la,
semalam, dua malam lepas macam aku nak campak kat dinding jer modem dia,
huh!
ni yang aku rasa macam company kat malaysia nih,
mentang2la kita pengguna takde opsyen,
diorang charge kita mahal tapi servis tahap lousy,
company2 nih juga mengharapkan,
rakyat bersyukur dengan apa yang ada,
dan kita takde pilihan terpaksa juga pakai tahap yang kita mampu,
hampeh,
mana tak orang kaya makin kaya dan orang miskin makin miskin macam nih?

5. sebulan selepas pakai nokia n97

oklah,
walaupun syiok lagi pakai iphone 3g,
tapi skang nih aku duk gila facebook ngan ym,
ikut hp je,
kekadang time-time bosan,
surf intenet berita terkini,
nanti ada masa aku detailkan citer n97 nih.

ps: mc arini, sakit perut. huhuhu

Sunday, May 10, 2009

panaz panaz panaz


Hari ni,
aku rasa hari yang sangat panas dan bahang,
sepanjang hari,
haus, panas, berpeluh,
banyak minum air kosong untuk elak dihydrate,
makan aiskrim,
tapi tak puas,
dan masih tak boleh hilangkan rasa dahaga,


lastnya,
my wife mintak teh ais mamak,
so pegila aku ke kedai mamak beli teh ais,
serius,
kene tea ais,
terbaaeeeeeeeekkkkkkkkkkkkkk...................................

ps: ini baru panas dunia, belum lagi panas kubur, panas kat akhirat. insaf2 huhuhuhu




Monday, April 20, 2009

Dateline Hujung Bulan April

Ala................
Ada bende kene settlekan sebelum hujung bulan ni,
Dahla tengah 'kekeringan',
Tetapi sebagai menunaikan tanggungjawab,
kene la tunaikan,
sebelum aku didenda kalo tak buat,

apa dia?
apa lagi kalau bukan INCOME TAX!

ps: sebenarnya baru first time nak membayarnya.hehehe.....

Wednesday, April 1, 2009

Sakit gigi

Masuk harini dah hari kedua sakit gigi,
berdenyut-denyut,
kepala macam nak pecah,
keja aku asyik nak marah jer,
serius sakit sangat sampai langsung takde mood nak buat keje,

so, atas rekomen dari kak tini (tq kak) iaitu staf aku,
dia bookingkan aku appointment dengan dr gigi yang selalu dia pegi,
kat depan masjid bulat pj jam sepuluh pagi tadi,
aku pun pegila......

jumpa doktor,
peramah kemain dia,
suka aku,
ilang kejap sakit aku,
banyak info yang dia kasik kat aku,
terutama dari bidang pyschology,

analisa daripada pengamatan dia,
kondisi gigi aku sangat baik,
cuma ada satu tempat baru nak berlubang,
itupun bukan kat tempat yg aku sakit tu,
tempat lain,
sakit gigi aku rupanya berpunca dari,

"GIGI BONGSU NAK KELUAR!"

doktor kata kesakitan itu adalah berkala dan bermusim,
kemungkinan disebabkan stress.
dia suh aku rehat dan jangan stress-stress,
pegi bercuti atau shopping,
bukankah bila keluar duit yang banyak nanti menyebabkan aku bertambah stress?

ps: stresskah aku? macamane nak ilangkan stress? huhuhu 

Monday, March 16, 2009

Kritikan bos!?

Last week,
ari selasa keje best gile,
aku berjaya habiskan segala tugasan yang aku dah setkan untuk disiapkan,

masuk ari rabu,
pagi2 buta dah kene sergah ngan bos kecik,
mood keje terus spoil sampai ke petang,

ari khamis,
setelah berhempas pulas siapkan costing,
petang bos besar tanya,
"berapa kita untung?"
"10 juta"
terus dia kritik aku depan semua orang,
yang bos-bos lain semua senyap,
sikit pun tak back up,
aku rasa macam aku tak berguna jer kepada organisasi,

jumaat dan seterusnya,
masih lagi tak boleh lupa kritikan itu,

aku malas nak pikir apa yang sepatutnya bos besar buat,
selain dari terus kritik aku tanpa usul periksa,
yang sepatutnya dia kene tahu kenapa hanya 10 juta,
itupun setelah group kami diskusi pagi tu untuk detailkan,
yang asalnya untung hanya 1 juta,
bukan 60-70 juta atau 100 juta yang dia impikan,
dan sebagai bos,
sepatutnya dia kene bagi ayat-ayat berbentuk positif,
instead negative words,
yang boleh demoralize pekerjanya,

so,
aku fikir apa yang aku boleh buat,
ambil kritikan dia sebagai kritikan membina,
dan nawaitu kerja ku ini sebagai satu ibadah,
dan capai sasaran kerja yang aku setkan setiap hari,
untuk kepuasan diri aku,
bukan kepuasan diri orang lain,

bukan apa,
aku faham hakikat,
dunia ni hanya sementara,
bukan selamanya,
terlalu kejarkan dunia,
akibatnya pasti bab2 akhirat korang tercicir,
percayalah,
sebab aku sedang alaminya.............


Friday, February 6, 2009

Bos baru

Dah 5 hari bos baru menjalankan tugas di opis ku,
dan aku suka bos baru sebab

1. Idea baru
2. lebih suka mencari jalan untuk menyelesaikan masalah daripada duk carik punca masalah... ye la kan, nak marah membebel maki hamun pun apa guna, bende dah belaku. dan masalah yang sama sila jangan ulang. jika diulang anda stupid!
3. bermotivasi, berwawasan dan cuba membawa perubahan
4. mampu memberi senyuman
5. "anda perlu menjadi lebih baik dari semalam jika anda ingin berjaya"
6. "gunakan saya". motto cam paklah jerk. (berkerja bersama saya)
7. jangan jadikan diri anda sebagai "mangsa". "mangsa" disini adalah bermaksud sekiranya ko ada masalah, ko asyik cari alasan permasalahan, ko salahkan orang lain, tak mahu bertanggungjawab atas masalah itu dan ko tak selesaikan masalah itu. so, ko lah "mangsa" kepada masalah ko.
8. i like your participation in my discussion, jangan jadi 'penumpang'. jika anda 'penumpang' anda hanya merugikan majikan anda. (maksudnya kamu bebas bersuara dan memberi idea, jangan takut memberi pendapat)
9. sentiasa bercakap dan memberi nasihat yang berguna untuk berjaya.

apapun, diharap bos baru akan terus konsisten dan sentiasa bermotivasi untuk memotivasikan pekerjanya (aku) supaya terus bermotivasi. amin...........

Wednesday, December 31, 2008

bye bye 2008, welcome 2009

Azam tahun 2008 aritu aku nak:

1.Lebih pentingkan perasaan aku daripada nak jaga perasaan org sekeliling. bukan ape, aku dah penat nak jaga hati org. org bukannye reti nak appreciate aku!

2.Aku nak jadi lebih baik dari semalam....

3.Aku nak pindah dari rumah yg aku duduk sekarang. nak ubah angin.... maklumlah,berhijrah tu kan bagus.

4.Nak jadi seorang yg berdikari, tidak mengharap org lain.

5.Kurangkan hutang.adakan simpanan.

6.tidak akan terlibat dan melabur dalam skim internet atau skim2 cpt kaya. (No shortcut to be wealthy rupenye).

7.Jadi seorg yg tidak berperasaan.....

8.Menjadi seorang yg berkira dan kedekut.

Tetapi hakikatnya yang terjadi kepada aku sepanjang 2008 adalah:

1.50% berjaya dalam mementingkan perasaan aku daripada orang laen.

2.kadang-kadang jer aku jadi lebih baik dari semalam. selalunya aku jadi teruk dari semalam. huhuhu

3.Aku dah pindah dari umah sewa bujang reramai duduk dalam 6-7 orang kepada umah sewa bujang yang tinggal berdua (duk dengan apai) dan kemudian pada bulan november menjadi umah sewa kelamin. hehehe

4.Tidaklah juga menjadi berdikari. hidup di dunia ni susah sekiranya tidak bergantung pada orang laen. kang susah nak buat kerja dan berfungsi di bumi ini.

5.Hutang aku lagi banyak dari tahun 2007. huhu

6.Hampir juga terjebak dengan satu skim pelaburan. tapi berjaya mendengar nasihat dari bapak aku supaya tak join itu pelaburan.

7.kadang2 jer aku jadi seorang yang tidak berperasaan....

8.susah rupanya nak jadi seorang yang kedekut dan berkira, tambahan selepas berkahwin...

Azam tahun 2009 pula:

1.Menjadi suami yang baek dan papa (insyallah kalo ada rezeki dapat anak) yang penyayang.

2.Pekerja yang tip top dan tidak menangguhkan kerja.

3.Tidak gila gadget lagi. Pakai je la apa yang ada sampai rosak. Ini disebabkan aku dah banyak spend on gadget (handphone, kamera, laptop, console game+game) sepanjang 2008.

4.Menabung dalam asb sebab asb adalah simpanan yang paling stabil.

5.Memperbaiki dan memperbanyakkan ibadah.

6.Kurangkan merokok... (sebenanya sambil taip entry ni dah 3 batang rokok aku isap dalam masa 30 minit, huhuhu)

itu jela buat masa ni, kang banyak2 kang jadi macam tahun2 lepas. bukannya tercapai semuanya pun...

so, korang sila doakan daku dalam doamu supaya impian 2009 tercapai hendaknya sebelum 2010. amin.................

selamat menyambut tahun baru islam dan juga tahun 2009. semoga 2009 lebih baik dari 2008 walaupun 2009 dijangka ekonomi dunia lebih teruk daripada 1997 dan tahun kemelesetan ekonomi dunia 1940an dulu.

Monday, December 22, 2008

Pemakaian Tali leher


Aku ada masalah pemakaian tali leher,
aku tak suka pakai sebab rasa rimas sangat,
leher ku rasakan seperti terjerut,
atau mungkin leher aku ni yang besar,
entahlah,

Yang pasti aku tetap kene pakai sebab ini adalah UNDANG-UNDANG pejabat,
cuma pada pendapat aku yang tak semestinya betul,
kat negara kita ni tak berapa nak sesuai sangat pakai tali leher,
mungkin sebab cuaca kita tak sesejuk seperti negara eropah,
tapi kalo kita peratikan negara2 maju,
kebanyakan konsep terkini cara pemakaian mereka adalah bebas,
tak caya tengoklah ceo microsoft bill gates,
mana reti pakai tali leher,
kemeja ngn jeans jer,
tapi itu kompeni dia,
sukati dia la dia nak pakai apa kan?
tapi mungkin sebab kita ni memang ikut segala dasar tinggalan british dulu,
tu yang kebanyakan sistem kita masih menggunapakai britain punya stail,
tapi adalah sikit2 adjustment yang dibuat,
mengikut perubahan masa ke semasa,

Apapun suka atau tidak,
aku tetap kena pakai,
Sebab aku pilih untuk ikut peraturan,
dan disebabkan orang lain pun boleh pakai dan tidak kisah,
kenapa mesti aku kisah,
walaupun terpaksa korbankan keselesaan aku?

(ps: dalam hidup, untuk dapatkan sesuatu, perlu korbankan sesuatu...)

Monday, December 15, 2008

EVOLUSI

Apa makna dan bende2 yang ada dalam turutan gambar ini,
sila enjoy.......

Lokasi : Di dalam tandas yang sama,
Waktu : Berbeza mengikut masa

Gambar satu


Gambar Dua


Gambar Tiga


Gambar empat


Ini bukan "evolusi" kl drift....
cuma "evolusi" dari apa yang korang boleh tafsirkan sendiri,
setelah korang perhatikan gambar gambar tadi,
sila beri konklusi anda.....

Friday, November 28, 2008

demam selsema

tetibe arini demam selsema,
ingat nak je hamik mc,
tapi semlm baru jer hamik cuti,
tak syiok ar nanti diorg igt aku ni suka bena cuti,
dan takmo buat keje,
padahal mmg aku tak sihatkan?
tak caya tanya bini aku,
huhuhuhu......

macam mana aku tau aku demam selsema?
simptom2 demam selsema aku adalah:

1. pening kepala
2. hidung berair cecair jernih
3. bahagian dalam hidung dan mulut terasa perit
4. suhu badan meningkat
5. sengal2 dan sakit pada seluruh badan
6. batuk berkahak ntah macam hape ntah

apakah strategi untuk aku mengatasi masalah demam selsema (bukan demam selsema burung tau) ni?

1. makan ubat
2. banyakkan minum air kosong
3. jangan buat keje banyak sangat
4. banyakkan berehat
5. tido 12 jam secukupnya
6. minum carrot juice yang bini aku buatkan
7. main ps3 sekurang2nya 1jam (huh?)
8. berdoa pada tuhan agar aku kembali sihat.

apapun, perlu diingat setiap penyakit yang kita hadapi adalah untuk menghapus dosa2 kecil kita. makanya janganlah merungut kalo sakit eh? layankan jer.......