Showing posts with label azam. Show all posts
Showing posts with label azam. Show all posts

Tuesday, March 29, 2011

Teringin Tapi Susah

aku,

ada benda yang aku teringin nak buat,

tapi dari dulu lagi susah nak buat,

bertahun2 dulu pernah cuba,

tapi tak pernah berjaya berjaya,

apa dia?

-

-

-

-

-

-

-




berhenti dari ambil benda di atas

huhuhu

ps: kepada yang belum terjebak, jangan gatal2 nak mulakan

- Posted using BlogPress from my iPhone

Monday, March 16, 2009

Kritikan bos!?

Last week,
ari selasa keje best gile,
aku berjaya habiskan segala tugasan yang aku dah setkan untuk disiapkan,

masuk ari rabu,
pagi2 buta dah kene sergah ngan bos kecik,
mood keje terus spoil sampai ke petang,

ari khamis,
setelah berhempas pulas siapkan costing,
petang bos besar tanya,
"berapa kita untung?"
"10 juta"
terus dia kritik aku depan semua orang,
yang bos-bos lain semua senyap,
sikit pun tak back up,
aku rasa macam aku tak berguna jer kepada organisasi,

jumaat dan seterusnya,
masih lagi tak boleh lupa kritikan itu,

aku malas nak pikir apa yang sepatutnya bos besar buat,
selain dari terus kritik aku tanpa usul periksa,
yang sepatutnya dia kene tahu kenapa hanya 10 juta,
itupun setelah group kami diskusi pagi tu untuk detailkan,
yang asalnya untung hanya 1 juta,
bukan 60-70 juta atau 100 juta yang dia impikan,
dan sebagai bos,
sepatutnya dia kene bagi ayat-ayat berbentuk positif,
instead negative words,
yang boleh demoralize pekerjanya,

so,
aku fikir apa yang aku boleh buat,
ambil kritikan dia sebagai kritikan membina,
dan nawaitu kerja ku ini sebagai satu ibadah,
dan capai sasaran kerja yang aku setkan setiap hari,
untuk kepuasan diri aku,
bukan kepuasan diri orang lain,

bukan apa,
aku faham hakikat,
dunia ni hanya sementara,
bukan selamanya,
terlalu kejarkan dunia,
akibatnya pasti bab2 akhirat korang tercicir,
percayalah,
sebab aku sedang alaminya.............


Friday, February 6, 2009

Bos baru

Dah 5 hari bos baru menjalankan tugas di opis ku,
dan aku suka bos baru sebab

1. Idea baru
2. lebih suka mencari jalan untuk menyelesaikan masalah daripada duk carik punca masalah... ye la kan, nak marah membebel maki hamun pun apa guna, bende dah belaku. dan masalah yang sama sila jangan ulang. jika diulang anda stupid!
3. bermotivasi, berwawasan dan cuba membawa perubahan
4. mampu memberi senyuman
5. "anda perlu menjadi lebih baik dari semalam jika anda ingin berjaya"
6. "gunakan saya". motto cam paklah jerk. (berkerja bersama saya)
7. jangan jadikan diri anda sebagai "mangsa". "mangsa" disini adalah bermaksud sekiranya ko ada masalah, ko asyik cari alasan permasalahan, ko salahkan orang lain, tak mahu bertanggungjawab atas masalah itu dan ko tak selesaikan masalah itu. so, ko lah "mangsa" kepada masalah ko.
8. i like your participation in my discussion, jangan jadi 'penumpang'. jika anda 'penumpang' anda hanya merugikan majikan anda. (maksudnya kamu bebas bersuara dan memberi idea, jangan takut memberi pendapat)
9. sentiasa bercakap dan memberi nasihat yang berguna untuk berjaya.

apapun, diharap bos baru akan terus konsisten dan sentiasa bermotivasi untuk memotivasikan pekerjanya (aku) supaya terus bermotivasi. amin...........

Sunday, January 25, 2009

Antara omnia dan iphone 3g

buat masa ni aku masih pakai omnia,
pada awalnya tidaklah aku berhasrat mrnukar hp baru,
ini kerana sejajar dgn azam aku tahun ni,
tapi baru2 ni aku lepk ngn member aku di pokli kopitiam seksy
n 7 shah alam dpn umah aku,
bukak citer kelebihan xperia,
tapi bila kukaji tidaklah bEst mana xperia itu,
still sluggish dan slow,
cam omnia jgak,

so google pye google,
rupanya iphone still the best,
harga pun dah turun,
kurang seribu dari harga yg penah aku tye dulu
tak payah susah susah nak hack cam mode dulu,
just masuk simcard then terus aktif,

igt nk tolak je omnia ni pastu angkat iphone,
tapi ini brmakna aku kena abaikan salh stu azam aku uutk tahun ni,
takut rupanya omnia lagi best dr iphone,
takpelah,aku akan teruskan kajian sblm buat keputusan,
lagipun sbnrnya susah pakai hp touchsceen ni,
contohnya macam nk tulis entry ni,
lambat nak menaip dan susah nak postnye...
(ditulis dan dipost menggunakan omnia)

Wednesday, December 31, 2008

bye bye 2008, welcome 2009

Azam tahun 2008 aritu aku nak:

1.Lebih pentingkan perasaan aku daripada nak jaga perasaan org sekeliling. bukan ape, aku dah penat nak jaga hati org. org bukannye reti nak appreciate aku!

2.Aku nak jadi lebih baik dari semalam....

3.Aku nak pindah dari rumah yg aku duduk sekarang. nak ubah angin.... maklumlah,berhijrah tu kan bagus.

4.Nak jadi seorang yg berdikari, tidak mengharap org lain.

5.Kurangkan hutang.adakan simpanan.

6.tidak akan terlibat dan melabur dalam skim internet atau skim2 cpt kaya. (No shortcut to be wealthy rupenye).

7.Jadi seorg yg tidak berperasaan.....

8.Menjadi seorang yg berkira dan kedekut.

Tetapi hakikatnya yang terjadi kepada aku sepanjang 2008 adalah:

1.50% berjaya dalam mementingkan perasaan aku daripada orang laen.

2.kadang-kadang jer aku jadi lebih baik dari semalam. selalunya aku jadi teruk dari semalam. huhuhu

3.Aku dah pindah dari umah sewa bujang reramai duduk dalam 6-7 orang kepada umah sewa bujang yang tinggal berdua (duk dengan apai) dan kemudian pada bulan november menjadi umah sewa kelamin. hehehe

4.Tidaklah juga menjadi berdikari. hidup di dunia ni susah sekiranya tidak bergantung pada orang laen. kang susah nak buat kerja dan berfungsi di bumi ini.

5.Hutang aku lagi banyak dari tahun 2007. huhu

6.Hampir juga terjebak dengan satu skim pelaburan. tapi berjaya mendengar nasihat dari bapak aku supaya tak join itu pelaburan.

7.kadang2 jer aku jadi seorang yang tidak berperasaan....

8.susah rupanya nak jadi seorang yang kedekut dan berkira, tambahan selepas berkahwin...

Azam tahun 2009 pula:

1.Menjadi suami yang baek dan papa (insyallah kalo ada rezeki dapat anak) yang penyayang.

2.Pekerja yang tip top dan tidak menangguhkan kerja.

3.Tidak gila gadget lagi. Pakai je la apa yang ada sampai rosak. Ini disebabkan aku dah banyak spend on gadget (handphone, kamera, laptop, console game+game) sepanjang 2008.

4.Menabung dalam asb sebab asb adalah simpanan yang paling stabil.

5.Memperbaiki dan memperbanyakkan ibadah.

6.Kurangkan merokok... (sebenanya sambil taip entry ni dah 3 batang rokok aku isap dalam masa 30 minit, huhuhu)

itu jela buat masa ni, kang banyak2 kang jadi macam tahun2 lepas. bukannya tercapai semuanya pun...

so, korang sila doakan daku dalam doamu supaya impian 2009 tercapai hendaknya sebelum 2010. amin.................

selamat menyambut tahun baru islam dan juga tahun 2009. semoga 2009 lebih baik dari 2008 walaupun 2009 dijangka ekonomi dunia lebih teruk daripada 1997 dan tahun kemelesetan ekonomi dunia 1940an dulu.