Showing posts with label apps. Show all posts
Showing posts with label apps. Show all posts

Thursday, April 7, 2011

Ipadku ipadmu jua...

alyssa,

dah la tu,

daddy nak bukak facebook daddy,

kamu buat apa tu?



la, main piano



abc pulok...



g... g.... (alyssa duk ngeja)

ikut kamu la lysa...

daddy merajuk....

daddy tido dulu. haih....

ps: aku kecik2 dulu, takde pun ipad..... ntah main apa ntah masa dulu.....

- Posted using BlogPress from my iPhone

Saturday, January 8, 2011

ipad: kegunaan harian ku

3 hari lepas,
dapat sms dari kawanku, hapis nadzri,
tanya aku,
apa yang boleh buat dengan ipad?

so, ini adalah catatan kegunaan harian ku dengan ipad,

bangun pagi,
masuk bilik air sambil capai ipad,
baca utusan malaysia sambil menguruskan 'urusan besarku',
kalau sempat sambil tengok update status kengkawan dalam facebook dan twitter,
then mandi,

selesai siap sambil tggu wife bersiap,
guna application flipboard untuk baca mana-mana website dan blog yang aku ikuti,

dan kekadang bersambung membaca dalam kereta sementara nak sampai ke opis,

sampai ofis,
perkara pertama yang dibuat adalah menyemak calendar melalui icalendar,

untuk pastikan samada ada appointment dengan orang atau ada mesyuarat,
then update apa yang patut dalam calender,
untuk info, aku integrate contact dan calendar gmail aku dengan ical,
so calendar aku akan synchronise dengan ical yang ada pada macbook air, ipad dan juga iphone aku,

sekiranya aku ada meeting di dalam atau diluar pejabat,
kekadang sambil nak tunggu meeting dimulakan,
sempat membaca dan membalas email kepada perunding atau kontraktor untuk urusan rasmi,
atau mengedit deraf2 surat melalui pages,
surat2 itu pula aku save menggunakkan application dropbox,
so that bila aku update surat2/file berkenaan,
dia akan sync dan update melalui internet,
bila sampai opis nanti aku just update dan print je,
untuk semak drawing dalam bentuk autocad format pula,
aku akan guna autocadws,

then, apabila mesyuarat dah bermula,
aku akan ambil nota melalui aplikasi soundnote,
sambil ambil nota aku juga akan rakam suara semasa meeting tersebut,
dan sekiranya aku perlu membuat presentation,
aku akan guna aplikasi keynote,
dan ipad akan disambung pada projector menggunakan vga adapter,

petang, bila dah sampai rumah
aku akan baca facebook, twitter dan anything yang aku nak baca,
sambil isap rokok dilaman rumah,
selalunya kejap je sebab aku akan melayan anak aku,
kekadang aku buka aplikasi talking tom,

sekiranya anak aku meragam dan menangis,
dia suka tepuk kucing tu sebenarnya,

lepas maghrib kekadang akan aku luangkan masa,
untuk membaca alquran beserta terjemahannya,
melalui aplikasi al quran majeed,


then,
sambil tgk2 tv juga,
aku akan baca,
novel atau buku melalui ibook,

sebelum nak melelapkan mata,
selalunya aku akan dengar lagu atau klip video melalui itunes,
atau membaca apa-apa yang aku nak baca sebelum mata mengantuk,
atau main games yang banyak boleh didownload....
atau tengok semula gambar2 yang ada dalam gallery,
untuk mengingati semula event2 yang penting dalam hidupku,

then, zzzzzzzzz.......

itulah kegunaan harianku untuk ipad....
sebenarnya ikut korangla macamane nak guna,
cuma gunakanlah semaksimum dan kearah kebaikan....

ps: kepada sesiapa yang nak beli ipad, sabar. rasanya dalam bulan 2 ni apple akan announce model baru.

Saturday, January 1, 2011

Viber untuk panggilan percuma

selaku pengguna iphone atau smartphone,
takkan korang pakai prepaid atau pun postpaid tanpa data plan kan?
kalo korang dalam kategori macam tu,
umpama hisap rokok tanpa lighter,
atau ada kerbau tanpa tali,
hehehe.....

disebabkan itu,
sesiapa yang ada iphone,
aku suggestkan korang install aplikasi ini,

viber membolehkan penggunanya membuat panggilan* secara percuma menerusi wifi atau 3g,
di dalam atau di luar negara,
(*panggilan menggunakan data plan)

yang bestnya,
kalau kengkawan kita install viber,
dia akan auto detect dalam contact list,
so tak payah la kita nak invite kengkawan kita,
macam skype.

cuma masalahnya, panggilan hanya akan diterima jelas sekiranya orang yang memanggil dan dipanggil mempunyai liputan wifi dan 3g. bunyinya 'crystal clear'. kalau edge kirim salam lah. konfom tak dengar.....

sila download pada link ini.

ps: jom ramai2 guna viber, jimat bill telefon kita.

Skype Video Chat untuk iphone, ipod dan ipad ditambah untuk skype versi 3.0

Salam,

untuk semua pengguna skype menerusi iphone, ipod dan ipad, skype telah mengemaskini aplikasi skype pada 30 disember 2010 dengan membolehkan pengguna skype membuat panggilan video menerusi 3g dan wifi.


perlu diingatkan bagi panggilan video hanya boleh dibuat menerusi gajet terbaru apple melalui iphone 4 dan ipod generasi terbaru manakala bagi ipad pula hanya boleh menerima imej video sahaja. sebab ipad mana ada kamera kan?

apapun, anda perlu mengupdate skype 3.o menerusi appstore sebelum boleh digunakan.

ps: kawan aku yang ada skype cuma 4 orang je, yang lain bila nak guna skype?