Showing posts with label ayra. Show all posts
Showing posts with label ayra. Show all posts

Sunday, April 10, 2011

Jangan tiru, bahaya!

aksi dibawah adalah berbahaya,

jangan ditiru,

boleh mengundang padah,

kepada diri sendiri dan orang lain,

apadia?




memandu sambil menonton mickey mouse!

ps: hati2 ketika memandu, patuhi undang2, ingatlah orang tersayang

pss: gambar model diatas adalah gambaran penulis sahaja dan diambil secara statik, yang jadi bahaya adalah sekiranya korang betul2 tengah drive dan sambil-sambil menonton mickey mouse!)

- Posted using BlogPress from my iPhone

Thursday, April 7, 2011

Ipadku ipadmu jua...

alyssa,

dah la tu,

daddy nak bukak facebook daddy,

kamu buat apa tu?



la, main piano



abc pulok...



g... g.... (alyssa duk ngeja)

ikut kamu la lysa...

daddy merajuk....

daddy tido dulu. haih....

ps: aku kecik2 dulu, takde pun ipad..... ntah main apa ntah masa dulu.....

- Posted using BlogPress from my iPhone

Sunday, January 9, 2011

maafkan daddy, alyssa

sayangku alyssa,
daddy minta maaf,
tak bawak stroller,
tapi bak kata pepatah,
tiada akar, rotan pun berguna...



- Posted using BlogPress from my iPhone

Monday, September 7, 2009

Ayra Alyssa

27 Ogos 2009 tepat 10.44 pagi lahirlah cahaya mata kami di spital KPJ selangor.
Maka aku dengan penuh takjub dan WOWnya tengok camna la baby kami ni kuar,
huish, kua2 putih bersih,
3.6 kg,
pastu nurse bersihkan baby kami,
terus baby nangis,
pastu mata melilau cari cahaya,
aku sangat terharu dengan keperitan yang ditanggung pn. mizi,
sangat2 dan aku sangat gembira bila doktor sahkan kedua dua perempuanku selamat dan sihat,
pastu bila dah dibersihkan lalu aku pun iqamatkan baby kami,
pandai plak bila diiqamatkan senyap,
dan gambar di atas adalah selepas 5 minit dia dilahirkan....



yang ni plak gambar dia berumur sehari,
nyenyak betul dia tido kat spital,
maklumlah, baru lepas minum susu,

yang ni plak gambar dia 4 hari lepas,
dimana walaupun dikejutkan berkali2 waktu siang,
sebab nak kasik dia minum susu,
takut lapar,
dia tido tak sedarkan diri,
aku suspek sebab sehari sebelum tu,
mak dia makan nasi beriyani,
terlebih kas kas la tu,
penyudahnya malam tu dari pukul 230 pagi sampai pukul 630 pagi dia ajak atok ngn nenek,
bersembang pasal hal negara,
hihihihi

ni plak gambar semalam yang aku amik sebelum aku balik kampung,
buat bekal melepas rindu,
yela, aku pun nak jugak berbuka posa dengan family aku dikampung,
so terpaksalah tinggalkan dia ngn isteri di umah mertua,
huhuhu

lepas ni,
untuk musim berpantang bagi pn mizi,
weekend jelah baru aku dapat jumpa dia lagi,
nak gerak gi keje dari umah mak mertua aku takut lambat sampai opis.....

ps: owh, nama rasmi dia Ayra Alyssa