Showing posts with label event. Show all posts
Showing posts with label event. Show all posts

Tuesday, October 13, 2009

Hadiah besday 2009

3 oktober 2009,
Genap umur aku 29 tahun,
syukur pada ALLAH sebab panjangkan usia aku sampai sekarang nih,
moga-moga diberkati dan dirahmati hidupku ini,
seperti yang telah diucapkan oleh kengkawan2 sekalian kat aku tempohari,
sempena besday aku,

tak ketinggalan juga, ada sorang bos aku bleh wish 'happy belated birthday' kat aku,
gila terharu aku,
seumur hidup aku tak penah pun mana2 bos aku yang wish besday kat aku,
dia ni je tetibe pecah tradisi,
(korang tau kan 'standard' perangai bos macamana? kita je duk ingat dia, ada penah bos ingat kita? jarang-jarang)
btw, tq bos for ur wish,

last year masa wife aku status tunang aku dia kasik pen ukir nama aku,
punyalah aku sayang nak pakai,
tapi tunang aku pada masa tu suh pakai jugak buat gi keje,
dia kata benda dah ada tak guna baik tak payah ada,
aku pun gunalah..........
tapi dan bape lama pakai ilang,
aku syak ada kat poket baju yang aku antar kat dobi,
tapi pakcik dobi kata takde,
jodoh aku ngan pen tu agak kurang panjang nampaknya,

apapun, tahun ni aku dapat hadiah lagi dari wife aku,
kalini bende ni aku rasa payah sikit nak ilang,
apa dia?
jeng.... jeng.... jeng......

yea... yea.....
jam g shock model baru,
sebab apa aku kata susah sikit nak ilang?
sebab aku jenis tak tanggalkan jam dalam apa jua keadaan,
aku cuma loose kan sikit masa amik air semayang ngan mandi jer,
selain daripada itu mmgla sentiasa ada ditangan jer,

aku mmg minat jam2 yang jenis ada jarum macam swatch ataupun guess,
tapi aku terpaksa cari yang ada lampu backlight,
sebab tu model ini dipilih,

apapun,
terima kasih 'sayang' untuk hadiah ini,
sangat bermakna untuk abang....

p.s:
kenapa pn.mizi kasik jam?
supaya en. mizi lebih hargai masa.....
(sori, gambar agak kurang jelas, handphone murah katanya)

Thursday, July 9, 2009

09 Julai 2009 Snippet

1. Perasaan bercampur sedih dan gembira mengenai pemansuhan PPMSI pada 2012


sedih
sebenarnya pada aku mungkin first batch atau 2nd batch yang belajar guna format PPMSI akan terkantoi dan sedikit ketinggalan sebab tak faham belajar matematik dan sains dalam bahasa inggeris terutamanya budak2 di kawasan kampung atau pendalaman. tapinya insyaallah dalam masa panjang budak2 ni akan faham semulajadi sebab mereka akan terbiasa dalam situasi macam tu. ambil contoh aku masa masuk itm dulu agak terkejut beruk sebab kecuali tamadun islam yang lain semua matapelajaran diajar dalam bahasa inggeris tapi lama2 terbiasa dalam keadaan itu dan takde masalah pun?
ini kita citer pasal budak darjah 1-6, lagilah diorang ni mmg senang pick up. cumanya cikgu2 sekarang kena kreatif lebih untuk tarik minat2 budak2 ni belajar, itu jer.....
pastu kalo dilihat perkembangan pendidikan di negara china,
diorang pun dah gunapakai bahasa inggeris dalam sistem pembelajaran mereka padahal kalau diikut negara mereka tidak bergantung dengan negara lain, cuba pikir secara rasional kenapa?

gembira
ada kewajarannya juga belajar matematik dan sains dalam bahasa ibunda, senang paham.

apa pun, sebab ini adalah yang diputuskan oleh kerajaan, saya selaku pekerja awam akur dan patuh pada keputusan kerajaan......

2. yang kita boleh buat dengan handphone dalam kehidupan harian



3. Isu amah indonesia

selama ni kita digembar gemburkan dengan betapa rakyat kita terlalu kejam dengan amah indonesia sehingga sanggup mendera mereka hingga mereka memutuskan untuk tidak menghantar rakyat mereka menjadi amah lagi, tapi semalam berita radio kata mereka sanggup bekerja menjadi amah sekiranya dibayar gaji rm700 dan diberi cuti seminggu sekali. ewah, demand plak.....

kalo sapa tengok 360 malam tadi di tv3 mesti ada sikit fobia nak amik amah sebab tak sangka ada amah yang sanggup pijak budak umur 2 tahun pastu siap flying kick budak tu, ada yang campak anak yang dijaga atas kerusi siap bagi pelempang, ada yang bukannya bagi makan budak tu tapi dia yang makan makanan budak tu, bawak balik laki siap main kat rumah majikan pun ada, yang merembat barang tuan rumah pastu lari pun ada, yang dah bertukar dekat 10 kali amah pun ada sebab macam2 hal, yang pakat dengan kawan dia pastu rompak majikan dia pun ada itu korang ada amik tau? benda2 ni bukannya perkara baru cuma tak dihebahkan sangat jer.

cuma apa yang aku dapat simpulkan, tak semestinya semua majikan adalah baik dan tak semestinya semua amah adalah baik kan? pokoknya kita saling bergantung satu sama lain dan kita boleh buat pilihan kita. banyak lagi pilihan lain disana kan? amah indon taknak keje dengan kita? amah nepal, filifina, amah tempatan ada, argghhhh.... pilihlah sendiri.

4. 2 minggu selepas memakai P1 Wimax

minggu pertama jer laju, minggu kedua dah start slow dan tak stable. tak tau pasal apa....
ni yang rasa ada sikit sesal bila dah terminate streamyx nih,
walaupun streamyx memang menjanjikan lembap dan slow tapi connection agak stabil,
P1 wimax ni ikut mood dia,
macam sekarang ni agak laju la,
semalam, dua malam lepas macam aku nak campak kat dinding jer modem dia,
huh!
ni yang aku rasa macam company kat malaysia nih,
mentang2la kita pengguna takde opsyen,
diorang charge kita mahal tapi servis tahap lousy,
company2 nih juga mengharapkan,
rakyat bersyukur dengan apa yang ada,
dan kita takde pilihan terpaksa juga pakai tahap yang kita mampu,
hampeh,
mana tak orang kaya makin kaya dan orang miskin makin miskin macam nih?

5. sebulan selepas pakai nokia n97

oklah,
walaupun syiok lagi pakai iphone 3g,
tapi skang nih aku duk gila facebook ngan ym,
ikut hp je,
kekadang time-time bosan,
surf intenet berita terkini,
nanti ada masa aku detailkan citer n97 nih.

ps: mc arini, sakit perut. huhuhu

Saturday, March 21, 2009

akhirnya, ip3g dibawa secara esklusif oleh maxis di Malaysia

maka terjawablah sudah teka teki,
ip3g sudah secara rasmi dilancarkan di malaysia malam tadi,
dan maxis dipilih secara rasmi,
sebagai operator,
aku siap tengok kat awani siaran langsung dan paklah siap bagi komen pasal ip3g ni,

tapi bila tengok plan rate,
rasanya mahal gila la pulok,
tak larat den nak beli dari maxis lah,
nasib den boli atas tangan orang,
murah sikit,
hehe.....

tapi serius,
kalo aku mampu,
dah lama aku pakai unlimited package plan,
macam2 buleh didownload dan diupload,
dan penggunaan dapat dimaksimumkan sebaik mungkin,

yang lawaknya,
masa siaran langsung,
ada la sorang mamat yang baru dpt iphone yg dibookingnya diinterview,
mamat tu cakap,
jantung dia masih berdebar-debar sebab excited sangat dapat pakai iphone,
dari tahun 2007 dia dah tunggu benda ni,
sebab dia kata dia seorang penggemar gajet,
dia kata bende ni dah hampir lengkap,
dia kata lepas ni dia tak payah dah bawak laptop,
ip3g pun dah cukup,
siap bagi statement,
dia akan gunakan bende tu,
walaupun pegi jamban,
hakikatnya macam tula yang aku buat hari2,
hehehehe.....

kesimpulannya,
apapun, setelah dah hampir 3 bulan aku pakai,
inilah benda yang susah aku nak pisah,
samala dgn spekmata dan jam tangan aku,
sangatlah perlu ada bersama sepanjang masa.

Monday, January 12, 2009

Wedding Bieha 10 Januari 2009

hari sabtu bersamaan 10 januari 2009 aku ke jalan bacang 1, kota masai, pasir gudang untuk lawatan sambil makan sempena memenuhi jemputan walimatul urus bekas pengapit aku dan isteri sapa lagi kalo bukan pn. bieha (yela, sapa lagikan? dah tajuk pun wedding bieha) yg sebelum itu sudah selamat dinikahkan pada 25 disember 2008. owh, bieha ni kawan baik bini aku masa kat politeknik dulu. dah bieha kawan bini aku, makanya automatik jadi kawan aku jgk ler.

aku pegi bersama 4 orang yakni aku, isteri, ibu mertuaku dan adik tak berapa nak angkat isteri ku, si minah joreh.
pagi tu kitorang gerak pukul 8 pagi dari shah alam,
bini gue dah risau takut sempat tengok membe dia bersanding,
aku pun apa lagi tekan je la,
alih2 sampai umah pengantin jam 11.30 pagi,
pengantin pun tak mekap lagi sebab bersanding jam 2 petang,
penyudahnya check in hotel dan layan tido dulu,

so, jam 2 kami gi la rumah pengantin,
meriah cik non,
ramai sungguh orang,
kawan2 bini aku yang aku kenal pun hadir sama,
mek dan wan (fotographer masa cuti2 langkawi),
didi sebagai pengapit yang bertanggungjawab meng'apit' bieha pun ada,
aku paling suka kenduri bieha ni geng2 kompang dia,
dari pukul 3 sampai 430 ptg duk tabuh,
siap nyanyi lagu hindustan bagai,
agaknya bayar mahal kut,

kepada bieha dan pudin,
selamat pengantin baru,
semoga kekal akhir hayat,
kerja 'keras' okey???
supaya cepat dapat zuriat,
amin.......

(ps: aku malas nak letak caption kat gambar2 dibawah sebab aku nak kene kuar site jap dalam 2.30pm, so pandaila korang hayati dan tafsir sendiri, oh ye.... aku kene asah dan blaja lagi teknik amik gambar, gambar2 yang aku amik tak cantik langsung, so si aie hebat, aku perlu tunjuk ajarmu. bila nak ajar aku neh?)


Thursday, January 1, 2009

Malam 31 Disember 2008 bersama x tikl batch 96/97


Tempat :

Rumah aku

Masa :
8.45 malam - 1.00 pagi

Tarikh :
31 Disember 2008 hingga 1 Januari 2009

Kehadiran :
1. Tuan rumah (dah tentulah aku dan isteri)
2. Raja Shahril + Ermyza dan anak-anak. (ketua rombongan)
3. Man + Mashitah
4. Alin + Aidil serta anak
5. Dek Lie dan isteri
6. Apai, Ejai dan Amat (trio bujang lapok)

Syarat dan peraturan majlis:
-Tuan rumah sediakan nasi dan minuman manakala tetamu mesti bawak satu jenis lauk. lebih lauk lagi bagus.

Aturcara :
1. Tengok gambar kawin kami
2. Makan-makan
3. Sembang-sembang kosong, tanya perkembangan terkini masing
4. bincang pasal next trip samada genting highland atau port dickson
5. Main rockband sambil yang tak reti main duk layan
6. Bersurai

berikut beberapa foto yang sempat diamik.......

Sebenarnya ini adalah hidangan round ke dua, yang pertama aku tak sempat nak shoot

makan pai, abiskan semua pun takpe.....

sesi bersembang selepas makan

ejai, dah boleh dah jadi bapak, apa lagi silalah kawin....

sessi melayan rockband

Dengan ini saya dan isteri mengucapkan terima kasih di atas kesudian tetamu yang hadir ke teratak kami yang kecil dan tak seberapa ini. adapun kami sangat gembira, terharu dan sangat berterima kasih kerana kesudian tuan puan meluangkan masa bersama kami walaupun adalah lagi best tggu kat dataran tengok bunga api sambut countdown tahun baru. dahlah bawak lauk sedap2. Sedang elok diketika dimana isteriku tidak larat utk memasak sejak akhir2 ini. hehehehe

(tikl adalah technical institute of kuala lumpur atau biasanya lebih dikenali dengan sekolah menengah teknik kuala lumpur)

Wednesday, December 31, 2008

Slow streamyx

Masuk ni dah 8x try install yahoo messenger tapi fail,
internet connection slow gila,
ini disebabkan kerosakan talian asia tenggara - tiasamur tengah - eropah barat kabel dasar laut diantara palermo dan alexandria yang menghubungkan malaysia dan eropah,
ini menyebabkan layaran menjadi perlahan sekiranya melayari laman web yang dihost di eropah,
juga laman web dari amerika juga turut terkesan,
kerja-kerja pembaikan sedang dijalankan dan dijangka keadaan pulih seperti biasa selepas 4 januari 2009.

sabar jelah..... masuk ni dah kali kedua jadi macam ni pada tahun ni.
rasa ralat sebab bulan2 bayar 100+ untuk pakej 1mB tapi rasa cam pakai internet cucuk direct line telefon......

hampeh

Friday, December 5, 2008

Hari Raya Korban

Isnin depan Hari Raya Qurban aka Aidiladha,
So, semalam pegi majlis penyerahan lembu korban oleh majikan tempat aku kepada MB Selangor,
tujuannya adalah untuk diserahkan kepada masjid2,
seluruh negeri selangor,
tak banyak, cuma 370 ekor jer,
sihat2 dan besar2 lembu tu,
bermakna agak2nya ada 370 ekor masjid kut seluruh negeri selangor,
dan aku menjadi pengembala lembu bagi kawasan hulu selangor untuk petang itu,
kemudian aku diberi upah makan, kenyang woooo..........
tak caya tengok gamba kat bawah ni,
gamba yang aku amik sebelum makan,


Makanya, isnin ni kenela pegi surau,
di tanjung karang,
untuk solat sunat aidiladha,
setahun sekali je beb,
tu yang kene pegi tu,
bertakbir dan tgk binatang korban disembelih,
dan 'member' aku iaitu en. member bagitau aku,
dia ada dengar kuliah agama lepas subuh,
ustaz tu citer,
zaman nabi Adam A.S. dulu kalo buat korban,
korban yang dibuat itu disambar petir,
zaman nabi Musa A.S. pulak kalo buat korban,
binatang korban tidak boleh dimakan,
dagingnya akan dibakar,
tapi istimewanya zaman nabi Muhammad S.A.W. plak,
hasil korban dimakan sedikit oleh peng'orban' dan selebihnya disedekah kepada orang lain,
yang ALLAH S.W.T. terima adalah niat dan amalan ikhlas umatnya yang membuat ibadah korban dan bukannya binatang korban itu,
owh, cenggitu rupanya....

tapi aku kene ingat,
jangan makan di pagi raya,
kerana adalah sunat menjamah makanan,
selepas solat sunat,
dan sekarang musim budak2 ber'sunat' aka berkhatan,
maklumlah cuti sekolah,
tetiba teringat kembali kenangan ber'sunat',
boleh tahan sunat punya 'collect',
dapat aku beli kete kontrol hasil 'collect',
tetapi tidaklah kiranya aku mahu bersunat lagi untuk 'collect' jika diberi peluang lagi, okey?
aku rasa korang semua pun bersependapat ngn aku, tak gitu? hehehehe

Disini aku ingin ucapkan selamat hari raya aidiladha kepada semua umat islam,
Hati2 semasa memandu semasa pulang bercuti....

Friday, November 28, 2008

Musim mengawan (bulan October - Disember)

Musim mengawan = musim walimatulurus

daripada hujung bulan Oktober (yakni lepas raya aidulfitri) sampailah hujung tahun ni,
hampir tiap2 minggu aku dapat jemputan makan kenduri kawin,
ramai benar yang mengambil kesempatan sempena hujung tahun dan cuti sekolah,
kat opis aku jer adalah lebih kurang 4-5 orang staf yang kawin dalam musim waktu ni,

makanya, bulan julai hingga september 2009 akan bertambah bilangan penduduk malaysia,
itu nurse ngn bidan punya statement tau,
bukan statement aku,
hehehehe

dengan ini aku istiharkan (sukahati aku jer, hehehe)mulai bulan ini dan bulan depan adalah musim mengawan selain daripada musim jualan murah krismas. terima kasih

berikut adalah gamba2 walimatulurus yg telah aku dan 'dear' hadirkan diri ....

nazreen dan linda (19.10.2008) (taken using N95 8GB)

rizuan dan pasangan (27.10.2008) (taken using Samsung Omnia)

erin dan suhairi (15.11.2008) (taken using Nikon D40 with flashlight)

Fendi dan pasangan (21.11.2008) (taken using Nikon D40)

aku berdoa semoga rumahtangga korang kekal dan aman bahagia sampai ke akhir hayat.
esok dan minggu depan ada lagi kenduri kawin,
orang dah jemput,
wajib kene pegi,
melainkan mmg tak dapat hadir sebab hal2 yang tak dapat dielakkan....

Tuesday, November 4, 2008

Pengumuman





Mengumumkan Aku dah menjadi suami, alhamdullillah..........
so fasha sanda, sila cari lelaki lain. hahahahahaha

(kredit to mr. BIGhairie for the very outstanding pics)

Monday, September 1, 2008

satu ramadahan

1 ramadhan...
1. melepak satu hari dirumah
2.mengemas rumah
3. layan heroes
4. cari stok brg sahur
5.carik makanan untuk berbuka posa. wah, ramainye org kat pasae ramadhan. gile ramai...
6.buka posa ngn si 'dia' dan family. wah, murahnye rezeki hari ni.
7.harap dapat jumpa si dia lagi esok....

hari kemerdekaan

arini awal pagi gile kuar umah....

konon nak g tgk org berkawad kat dataran shah alam. semangat gile nak tengok kengkawan berkawad.....
tapi sampai jer.... alahai apahal kosong jer dataran ni? diorg kawad petang karang ke?
roger syamil....
"woit,mananye. takde org pun kat dataran ni?"
"bro, kawad malam tadi ar pukul 10"
"ye, ke?, nasib aku tarik diri"
"eh, ye la.... kakakakakakaka...... nasib baik ko tarik diri loq"
fuh! selamat aku. bukan ke naya kalo aku kawad di malam hari........