Showing posts with label aplikasi. Show all posts
Showing posts with label aplikasi. Show all posts

Saturday, January 1, 2011

Viber untuk panggilan percuma

selaku pengguna iphone atau smartphone,
takkan korang pakai prepaid atau pun postpaid tanpa data plan kan?
kalo korang dalam kategori macam tu,
umpama hisap rokok tanpa lighter,
atau ada kerbau tanpa tali,
hehehe.....

disebabkan itu,
sesiapa yang ada iphone,
aku suggestkan korang install aplikasi ini,

viber membolehkan penggunanya membuat panggilan* secara percuma menerusi wifi atau 3g,
di dalam atau di luar negara,
(*panggilan menggunakan data plan)

yang bestnya,
kalau kengkawan kita install viber,
dia akan auto detect dalam contact list,
so tak payah la kita nak invite kengkawan kita,
macam skype.

cuma masalahnya, panggilan hanya akan diterima jelas sekiranya orang yang memanggil dan dipanggil mempunyai liputan wifi dan 3g. bunyinya 'crystal clear'. kalau edge kirim salam lah. konfom tak dengar.....

sila download pada link ini.

ps: jom ramai2 guna viber, jimat bill telefon kita.

Skype Video Chat untuk iphone, ipod dan ipad ditambah untuk skype versi 3.0

Salam,

untuk semua pengguna skype menerusi iphone, ipod dan ipad, skype telah mengemaskini aplikasi skype pada 30 disember 2010 dengan membolehkan pengguna skype membuat panggilan video menerusi 3g dan wifi.


perlu diingatkan bagi panggilan video hanya boleh dibuat menerusi gajet terbaru apple melalui iphone 4 dan ipod generasi terbaru manakala bagi ipad pula hanya boleh menerima imej video sahaja. sebab ipad mana ada kamera kan?

apapun, anda perlu mengupdate skype 3.o menerusi appstore sebelum boleh digunakan.

ps: kawan aku yang ada skype cuma 4 orang je, yang lain bila nak guna skype?