Showing posts with label picture. Show all posts
Showing posts with label picture. Show all posts

Sunday, January 18, 2009

PhotoTrip And PreWed Photo di Bukit Cherakah

Di satu pagi Sabtu yang hening dan sunyi, tetibe kedengaran omnia ku berbunyi menandakan sms masuk.

aie kokak : esok nak join photo shoot prewed kat bukit cherakah?
aku : ok. aku on jer.

maka pagi tadi jam 8.30 aku dah terpacak kat pintu masuk bukit cherakah. aku ingatkan setakat kitorang berdua jer rupanya ramai gak yang join pagi ni punye shot. campur aku adala dekat 10 orang termasuk model aka client.
Tujuan aku join ni sebab nak belajar camne nak amik nikon d40 aku secara manual. kalo jumpa aie asyik kene kutuk jer. "apa tok, takkan amik mode auto lagik?"

memula aku shoot pakai lens standard 18mm-55mm tapi disebabkan aie ada lens lebih, makanya aku pun try cuba guna lens 18mm-200mm vr. best wooo..... lens ni. bole shoot jauh tapi yang tak bestnye price tag dia dalam rm1800. itupun brand sigma. kalo nikkor maula dalam rm2400. aku punya azam tahun ni pula adalah tidak mahu tukar apa2 gajet dan aksesori pun kalo boleh, bolehke? huhuhu

so, inilah hasil yang telah ku amik dari pukul 9.00pg sampai kul 1ptg. itupun, sebenarnye tak abis lagik sessi photo shoot tapi aku tak sabar nak balik umah tengok isteri tersayang yang tak berapa nak sihat dan kerinduanku padanya tidak dapat kubendung lagi. chewah, bateri kamera aku pun dah abis sebenarnya. aie lenkali kita gi shoot lagi. aku dapat tau dah serba sedikit kelemahan aku. akan ku cuba memperbaiki kekurangan aku.

Melangkah masuk ke bukit cherakah

Mood aie kali ni shoot jauh

Model untuk hari ini, ala2 orang kampung gitew. kene kerumun ala2 artis, nasib ar jadi bahan eksperimen kitorang
huh, tak abis2 muka toya dia neh....

diorang tengah eksperimen main flash

wah, sepadan dan secocok la pasangan neh

tengok jangan lebeh bang. belum sah lagi. nyeh,nyeh,nyeh....

mawi dan jenab ke neh?

cak? baaa................

jangan tengok kamera......

haaa..... percikkan air lagi, percikkan....

dahla dinda, jomlah kita ke rumah tok kadi....
ini antara gambar yang aku amik dan dapat aku postkan..... cumanya banyak lagi kelemahan dapat aku lihat dalam gambar2 ni terutama dari segi pengawalan cahaya.... kene dalamkan lagi skill manual aku dan pastu belaja edit pakai adobe pulak.

lenkali aku post lagi gambar2 yang aku shoot....

Monday, December 15, 2008

EVOLUSI

Apa makna dan bende2 yang ada dalam turutan gambar ini,
sila enjoy.......

Lokasi : Di dalam tandas yang sama,
Waktu : Berbeza mengikut masa

Gambar satu


Gambar Dua


Gambar Tiga


Gambar empat


Ini bukan "evolusi" kl drift....
cuma "evolusi" dari apa yang korang boleh tafsirkan sendiri,
setelah korang perhatikan gambar gambar tadi,
sila beri konklusi anda.....

Friday, November 28, 2008

Musim mengawan (bulan October - Disember)

Musim mengawan = musim walimatulurus

daripada hujung bulan Oktober (yakni lepas raya aidulfitri) sampailah hujung tahun ni,
hampir tiap2 minggu aku dapat jemputan makan kenduri kawin,
ramai benar yang mengambil kesempatan sempena hujung tahun dan cuti sekolah,
kat opis aku jer adalah lebih kurang 4-5 orang staf yang kawin dalam musim waktu ni,

makanya, bulan julai hingga september 2009 akan bertambah bilangan penduduk malaysia,
itu nurse ngn bidan punya statement tau,
bukan statement aku,
hehehehe

dengan ini aku istiharkan (sukahati aku jer, hehehe)mulai bulan ini dan bulan depan adalah musim mengawan selain daripada musim jualan murah krismas. terima kasih

berikut adalah gamba2 walimatulurus yg telah aku dan 'dear' hadirkan diri ....

nazreen dan linda (19.10.2008) (taken using N95 8GB)

rizuan dan pasangan (27.10.2008) (taken using Samsung Omnia)

erin dan suhairi (15.11.2008) (taken using Nikon D40 with flashlight)

Fendi dan pasangan (21.11.2008) (taken using Nikon D40)

aku berdoa semoga rumahtangga korang kekal dan aman bahagia sampai ke akhir hayat.
esok dan minggu depan ada lagi kenduri kawin,
orang dah jemput,
wajib kene pegi,
melainkan mmg tak dapat hadir sebab hal2 yang tak dapat dielakkan....

Thursday, November 27, 2008

tatapan 18sx sahaja

acah jer.... sebenanye aku tiada idea. jadi aku letak jela gambo2 yg aku hamik dikala bosan2... untuk tatapan 18 tahun ke atas saja. heh...