Showing posts with label tips. Show all posts
Showing posts with label tips. Show all posts

Tuesday, May 3, 2011

Kuasa zikir

Marilah kita sama-sama merenungi kisah anakanda kesayangan Nabi Muhammad s.a.w. iaitu Fatimah Az-Zahra yang melaksanakan rutin hariannya sebagai seorang suri rumah tangga secara sendirian tanpa pembantu. Fatimah pada suatu hari telah meminta suaminya, Ali pergi menemui Rasulullah s. a. w.dan meminta jasa baik baginda untuk menyerahkan seorang wanita tawananperang sebagai pembantu rumah.

Rasulullah bagaimanapun tidak dapat memperkenankan permintaan puterinya kerana semua harta rampasan perang termasuk wanita-wanita itu bukan menjadi milik baginda, tetapi milik negara Islam dan kaum Muslimin seluruhnya.Permintaan Fatimah itu membimbangkan baginda, bukan kerana tugas berat yang sedang dipikul oleh puterinya itu tetapi disebabkan oleh bayangan keluhkesah seorang isteri yang tertekan akibat tugas-tugas yang perludibereskannya.

Pada sebelah malamnya, baginda telah mengunjungi rumah Fatimah danmenyatakan kepadanya: " Apakah kamu berdua (Fatimah dan Ali) suka kepadasatu pemberian yang akan ku berikan ini, sedangkan ia lebih baik daripadaapa yang kamu minta siang hari tadi? "

Fatimah amat sukacita mendengarkan tawaran tersebut sekalipun dia tidak mengetahui apa bentuknya. Rasulullah menyatakan kepada Fatimah bahawa hendaklah dia membaca Subhanallah, Alhamdulillah dan Allahu Akbar,masing-masing sebanyak 33 kali setiap kali sebelum tidurnya.

Semenjak itu, wirid yang diajarkan oleh Rasulullah telah menjadi amalan anak dan menantunya. Hasilnya, Fatimah mendapati dia tidak lagi menjadikeluh kesah dalam menghadapi apa jua kerja-kerja sehariannya yang berat,malah merasa cukup bahagia melakukannya.

- Posted using BlogPress from my iPad

Sunday, April 24, 2011

Tercekik tulang ikan

Aku baru lepas makan malam,

Kebetulan harini lauk ikan goreng talapia,

Aku plak memang suka makan ikan,

Jadi makan pun dengan sangat berselera,

Tengah krup krap krup makan ikan goreng yang rangup itu,

Tetibe....

Glup, tulang ikan tersekat dikerongkong,

Macam-macam petua aku praktikkan,

Kepal nasi pastu telan tak jalan,

Minum air tahan nafas tak jalan,

Makan roti kepal2 tak jalan,

Mungkin sebab tulang tu tersekat pada tepi tekak,

Bukan ditengah,

Tadi baru je cuba,

Berselawat 3x dan hembus ke air,

Minum.... Alhamdulilah kurang sikit,

Tapi masih lagi tersekat,

Kalau esok pagi masih tak keluar,

Aku gi specialist.....

Risau kalau dibiarkan,

Nanti melarat bahaya....

Update 26 april 2011:

Aku dah gi klinik semalam,

Klinik suruh rujuk hospital,

Tapi malam tadi google punya google,

Aku jumpa tips ni,

(surah Al-Isra' ayat 80)

"Dan katakan lah:
Ya Tuhanku,masukkan lah aku secara masuk yg benar dan keluarkan lah (pula)
aku secara keluar yg benar dan berikan lah kpd ku dari sisi Engkau kekuasaan yg menolong.."

~Caranya ialah,baca Fatihah,lps tu baca doa tersebut ...tiup dlm air dan minum air tu..~


So, aku pun cuba,

Alhamdulilah, bangun tido je pagi ni,

Rasa lega sikit,

macam dah takde tapi ada je jugak tulang ni?

Tunggulah 2-3 hari lagi.....

Tengok macamane,

Ps: lainkali, sebelum makan, basuh kedua2 belah tangan, kemudian kumur, baca doa dan makan. Kalau boleh ikut sunah nabi, kaki angkat sebelah, lepas makan jilat jari dan minum pakai tangan kanan....

- Posted using BlogPress from my iPad

Sunday, April 10, 2011

Jangan tiru, bahaya!

aksi dibawah adalah berbahaya,

jangan ditiru,

boleh mengundang padah,

kepada diri sendiri dan orang lain,

apadia?




memandu sambil menonton mickey mouse!

ps: hati2 ketika memandu, patuhi undang2, ingatlah orang tersayang

pss: gambar model diatas adalah gambaran penulis sahaja dan diambil secara statik, yang jadi bahaya adalah sekiranya korang betul2 tengah drive dan sambil-sambil menonton mickey mouse!)

- Posted using BlogPress from my iPhone

Friday, November 28, 2008

demam selsema

tetibe arini demam selsema,
ingat nak je hamik mc,
tapi semlm baru jer hamik cuti,
tak syiok ar nanti diorg igt aku ni suka bena cuti,
dan takmo buat keje,
padahal mmg aku tak sihatkan?
tak caya tanya bini aku,
huhuhuhu......

macam mana aku tau aku demam selsema?
simptom2 demam selsema aku adalah:

1. pening kepala
2. hidung berair cecair jernih
3. bahagian dalam hidung dan mulut terasa perit
4. suhu badan meningkat
5. sengal2 dan sakit pada seluruh badan
6. batuk berkahak ntah macam hape ntah

apakah strategi untuk aku mengatasi masalah demam selsema (bukan demam selsema burung tau) ni?

1. makan ubat
2. banyakkan minum air kosong
3. jangan buat keje banyak sangat
4. banyakkan berehat
5. tido 12 jam secukupnya
6. minum carrot juice yang bini aku buatkan
7. main ps3 sekurang2nya 1jam (huh?)
8. berdoa pada tuhan agar aku kembali sihat.

apapun, perlu diingat setiap penyakit yang kita hadapi adalah untuk menghapus dosa2 kecil kita. makanya janganlah merungut kalo sakit eh? layankan jer.......

Wednesday, October 22, 2008

Pantang larang sebelum berkahwin

seperti biasa, bosan tak tau nak surf baca kisah apa. tetibe tergoogle benda ni. so sekadar pengetahuan tambahan dan boleh diikut oleh aku. itupun kalo aku nak la. pantang larangnya adalah:
1. Jangan keluar dengan pasangan selama 40 hari sebelum diijab kabul untuk mengelakkan tohmahan masyarakat. Selain itu ia bertujuan untuk mengawal nafsu. Ia juga untuk menimbulkan perasaan rindu dendam. Perasaan yang timbul akan membuatkan wajah pengantin lebih berseri. (eh, lagi tak jumpa lagila muka aku kelat, macamana?)
2. Jangan tidur di rumah orang takut terkena ilmu. Ia juga adalah untuk menjaga nama baik keluarga. (aku tak suka tidor umah orang)
3. Jangan bebas keluar ke mana-mana kerana takut disantau oleh mereka yang mempunyai niat tidak baik. (minta dilindungi dari anasir2 ini)
4. Jangan makan nasi dengan gulai berkuah beberapa bulan sebelum naik pelamin bagi mengelakkan perut buncit. (takde maknanya nak tahan2 makan, nak2 musim 'open house', hehehe)
5. Elakkan makan ulam yang berbau busuk seperti petai dan jering. (tak berapa nak gemar 2-2 ulam ni)
6. Jangan bercermin terutama selepas Maghrib ke atas bagi mengelak diri dari terkena sihir. (aku ada fobia tengok cermin malam2, nak2 lepas tengok citer 'mirror')
7. Jangan membuang air kecil dan air besar serentak di dalam air contohnya dalam sungai, kolah kerana ia boleh melemahkan organ seks. (kencing dalam toilet jer)
8. Elakkan minum air mengandungi gas kerana ia mempunyai gula dan gas yang tinggi dan boleh menyebabkan kencing manis. (tak berapa nak gemar)
9. Kurangkan makan makanan yang manis kerana jika terkena kencing manis, lelaki akan menghadapi masalah ketika bersama. (no komen, heh)
10. Elakkan mandi malam kerana tidak elok untuk sendi-sendi. (lately, malam2 panas la, aci kena mandi)
11. Kawal makan iaitu sekali makan setiap hari (mengikut sesetengah adat). (takde makna, makan selagi boleh, heh)
12. Kaum lelaki elakkan memakai seluar dalam yang ketat pada waktu malam dan tidur meniarap kerana tidak bagus untuk organ seks kerana darah tidak mengalir. (boxer je yang tinggal kalo nak tido, tapi suka meniarap sambil surf internet)
13. Elakkan terlalu banyak makan makanan laut kerana ia mengandungi banyak toksid.
14. Tiga bulan sebelum berkahwin, mula membuat urutan supaya pengantin mempunyai tenaga yang cukup sebagai persiapan. (sapa tau pakar urut kat area shah alam, kasik info ok?)
15. Amalkan makan telur ayam kampung dua kali seminggu yang dicampur madu dan lada hitam yang ditumbuk untuk menambah tenaga. (manala ada telor kampung kat area klang valley, macam susah jer nak dapat)
16. Bagi mereka yang banyak angin, minum air halia untuk membuang angin. (sedang dalam proses, proottttt............)
17. Belajar ilmu rumah tangga daripada orang yang berpengalaman dan sudah berkahwin tentang rahsia memikat isteri supaya rumah tangga aman dan damai. (suka betol bab2 ni, nak2 aku memang suka bersembang ngn orgtua)
18. Cukupkan waktu tidur tujuh hingga lapan jam sehari. (waktu tidorku tidak menentu,hiks)
19. Elakkan minum minuman keras dan merokok. (haram minum bagiku tapi merokok sangat kuat)
20. Elakkan terkena cahaya matahari kerana dikhuatiri hitam dan tidak berseri pada hari perkahwinan. (aku keje kat site, konfomla hitam, huhuhu)
21. Elakkan minum air soya kerana ia sejuk dan tidak elok untuk alat kelamin.
22. Amalkan makan jamu supaya malam pengantin tidak mengecewakan. (jamu????)
23. Banyakkan baca surah-surah bagi mengelakkan gangguan syaitan. Sentiasa mengingati Allah.
24. Jangan makan sebebas-bebasnya kerana ketika ini sistem dalaman tidak stabil.
25. Jangan terlalu terdedah kepada keluarga lelaki (simpan diri).
26. Jangan berembun atau keluar malam bagi mengelak unsur jahat.
27. Jangan bercelak serta memotong rambut seminggu sebelum ijab kabul.
28. Jika sudah nikah gantung tidak boleh bersama.
29. Selepas nikah mesti ada peneman tidur sebelum bersama. Ia bertujuan menghangatkan lagi kemesraan. (erk, ini kacau line)
30. Bilik lelaki atau wanita jangan dikosongkan. Mesti ada orang atau ahli keluarga terdekat tidur di dalam bagi mengelak daripada dikhianati. (oooo.... letak robot aibO)
31. Jangan buat kerja yang berat kerana apabila pengantin membuat kerja berat, dia akan berasa penat dan mudah terjadinya gangguan emosi. (setuju, terutamanya kaum hawa yang emosi lebey)
32. Jaga pertuturan agar tidak menimbulkan rasa sakit hati.
33. Elakkan makan dan minum seperti sayur bersifat sejuk seperti kangkung, bayam, timun, jambu batu dan air kelapa agar muka nampak segar.
34. Jangan cukur kening ditakuti akan menghilangkan seri muka.
35. Sebelum menjadi pengantin, katil kelamin tidak boleh ditiduri oleh pengantin kerana tidak manis.
36. Lempar baju di atas bumbung rumah tanpa diketahui orang lain bagi mengelak hujan turun ketika majlis berlangsung.
37. Dilarang memandang cermin ketika disolek kerana dikhuatiri hilang seri.
38. Kedua pengantin dilarang bercakap ketika bersanding kerana kurang manis dipandang tetamu. (kalo sms ok tak?)
39. Jangan makan leher ayam nanti dikhuatiri kepala senget masa bersanding.
40. Dilarang membuang alis kerana perbuatan tersebut akan menghilangkan seri wajah buat pengantin lelaki.
41. Elakkan keluar rumah tanpa tujuan menjelang perkahwinan dikhuatiri bakal pengantin mengalami kemalangan jika berada di luar.