Showing posts with label festival. Show all posts
Showing posts with label festival. Show all posts

Friday, December 5, 2008

Hari Raya Korban

Isnin depan Hari Raya Qurban aka Aidiladha,
So, semalam pegi majlis penyerahan lembu korban oleh majikan tempat aku kepada MB Selangor,
tujuannya adalah untuk diserahkan kepada masjid2,
seluruh negeri selangor,
tak banyak, cuma 370 ekor jer,
sihat2 dan besar2 lembu tu,
bermakna agak2nya ada 370 ekor masjid kut seluruh negeri selangor,
dan aku menjadi pengembala lembu bagi kawasan hulu selangor untuk petang itu,
kemudian aku diberi upah makan, kenyang woooo..........
tak caya tengok gamba kat bawah ni,
gamba yang aku amik sebelum makan,


Makanya, isnin ni kenela pegi surau,
di tanjung karang,
untuk solat sunat aidiladha,
setahun sekali je beb,
tu yang kene pegi tu,
bertakbir dan tgk binatang korban disembelih,
dan 'member' aku iaitu en. member bagitau aku,
dia ada dengar kuliah agama lepas subuh,
ustaz tu citer,
zaman nabi Adam A.S. dulu kalo buat korban,
korban yang dibuat itu disambar petir,
zaman nabi Musa A.S. pulak kalo buat korban,
binatang korban tidak boleh dimakan,
dagingnya akan dibakar,
tapi istimewanya zaman nabi Muhammad S.A.W. plak,
hasil korban dimakan sedikit oleh peng'orban' dan selebihnya disedekah kepada orang lain,
yang ALLAH S.W.T. terima adalah niat dan amalan ikhlas umatnya yang membuat ibadah korban dan bukannya binatang korban itu,
owh, cenggitu rupanya....

tapi aku kene ingat,
jangan makan di pagi raya,
kerana adalah sunat menjamah makanan,
selepas solat sunat,
dan sekarang musim budak2 ber'sunat' aka berkhatan,
maklumlah cuti sekolah,
tetiba teringat kembali kenangan ber'sunat',
boleh tahan sunat punya 'collect',
dapat aku beli kete kontrol hasil 'collect',
tetapi tidaklah kiranya aku mahu bersunat lagi untuk 'collect' jika diberi peluang lagi, okey?
aku rasa korang semua pun bersependapat ngn aku, tak gitu? hehehehe

Disini aku ingin ucapkan selamat hari raya aidiladha kepada semua umat islam,
Hati2 semasa memandu semasa pulang bercuti....

Monday, October 6, 2008

perjalanan 01 Eidul Fitri 08

satu syawal
di pagi raya itu..... aku nyaris lambat ke surau untuk solat sunat aidilfitri gara2 tido lepas subuh. maklumlah dah terbiasa buat begitu dibulan posa. nak tune balik bgn awal agak susah ar. itupun nasib adik bongsu aku kejutkan. pastu pukul 8.05 baru ler terhegeh2 macam penagih mandi sunat dan pakai baju raya yang tersedia gantung di balik pintu. dah siap terus gerak naik moto ngn adik aku. hampeh, bapak aku dah gerak dulu tinggalkan kitorg. sib baek surau dekat......




(tema tahun ni: pink karer)


lepas solat, acara setahun sekali yg ditunggu. minta maaf ngn mak+ayah yg tercinta sebab banyak buat dosa secara sengaja atau tak sepanjang tahun, juga bersama adik beradik tersayang. yey, tahun ni masih dapat duit raya... hehehehe

pastu acara baru bagi tahun ni dan bakal jadi acara tahunan... amik gambar studio seisi keluarga.



(sementara tunggu turn kitorang amek gambar)


Lepas hamek gamba, kitorang terus balik umah.

aku buat ape lepas tu?
tukar baju.... pakai t shirt, pakai short, makan ketupat, baca majalah, layan discovery channel, main psp abiskan god of war, sms kekasihku, sambung tgk tv sampai malam pastu tido.......

tamatla sudah perjalanan 01 Eidul Fitri 08 aku.....

tertanya diri ku sendiri. tahun dpn macamanela rayaku gamaknye....

rasanya masih belum terlambat untuk aku ucapkan selamat hari raya dan maaf zahir batin kepada semua yg mengenaliku, maafkanla segala dosa2ku. dan aku juga sudah memaafkan dosa2 kamu semua...... ikhlas dari lubuk hatiku. k, raya tetap raya tapi jgn melantak byk sangat okey? rosak perut tu kang.......

Monday, September 22, 2008

Mood Raye

weh....
raya tinggal 8 hari lagi. (eh, yeke?)
produktiviti dah tahap suam2 kuku,
opis dah start pasang lagu raya,
g shopping complex pun dah sibuk buat sale raya,
kuih raya aku pun dah start diedar,
dan aku dah berkira kira apa aktiviti yang aku nak buat raya ni,

erm.... harapnya aku dapatla beraya lagi 60 kali lagi.....