Showing posts with label cuti. Show all posts
Showing posts with label cuti. Show all posts

Tuesday, January 27, 2009

Port Dickson Trip eX TIKL awam 2 batch 96-97(24-26 Jan 09)

Cuti tahun baru cina yang panjang selama 4 hari telah membawa aku dan isteri,
ke port dickson untuk bercuti,
bersama kengkawan tikl awam 2 batch 96-97,
kengkawan aku cam biasa setiap tahun mesti set up utk bercuti sama,
kali ni organiser memilih utk lepak di ancasa,
kebetulan dapat apartment (3 bilik) menghadap laut,
aku suka duk kat sini,
dengar desiran ombak menghempas pantai,
best dan tenang jer rasanya,
kredit kepada organiser yang pandai pilih tempat,
kesian kat isteri,
ingatkan nak dia beramah mesra dengan kengkawan aku,
tapi sebab dia masih 'alahan mengandung',
banyak habiskan masa di dalam bilik dan tidur,
apapun terima kasih kepada isteriku sebab nak jugak ikut,
walaupun tak berapa nak sihat sangat,
disebabkan tiada aktiviti yang tertentu,
kami hanya lepak kat dalam apartment,
main ps2(street fighter alpha, giler old skol) dan main terup,
sambil bersembang-sembang kosong,
kalo aktiviti berkumpulan pun,
adala pagi ahad kitorang gi mandi pantai,
pastu malamnya kami makan beramai-ramai di restoran,
aku tak banyak ambik gambar kali ni, entah kenapa ntah,
so ini jela gambar yang aku amik,
Pemandangan senja dari apartment

selamat harijadi ke 29 amat ridhuan dan ahmad shahril azli

Ni la dia amat ridhuan nye, single lagi neh, hehehe.......

cunkan? hiks......


ejay dan mukhriy (berbaju biru) tengah tanam nurin sambil diperhatikan oleh ayile dan myza (ibu bapa mereka)


yang pastinya trip kali ni,
pada pendapat aku peluang utk melarikan diri dari kesibukan kerja,
dan melepaskan lelah sambil menghayati alam......

Thursday, January 1, 2009

Malam 31 Disember 2008 bersama x tikl batch 96/97


Tempat :

Rumah aku

Masa :
8.45 malam - 1.00 pagi

Tarikh :
31 Disember 2008 hingga 1 Januari 2009

Kehadiran :
1. Tuan rumah (dah tentulah aku dan isteri)
2. Raja Shahril + Ermyza dan anak-anak. (ketua rombongan)
3. Man + Mashitah
4. Alin + Aidil serta anak
5. Dek Lie dan isteri
6. Apai, Ejai dan Amat (trio bujang lapok)

Syarat dan peraturan majlis:
-Tuan rumah sediakan nasi dan minuman manakala tetamu mesti bawak satu jenis lauk. lebih lauk lagi bagus.

Aturcara :
1. Tengok gambar kawin kami
2. Makan-makan
3. Sembang-sembang kosong, tanya perkembangan terkini masing
4. bincang pasal next trip samada genting highland atau port dickson
5. Main rockband sambil yang tak reti main duk layan
6. Bersurai

berikut beberapa foto yang sempat diamik.......

Sebenarnya ini adalah hidangan round ke dua, yang pertama aku tak sempat nak shoot

makan pai, abiskan semua pun takpe.....

sesi bersembang selepas makan

ejai, dah boleh dah jadi bapak, apa lagi silalah kawin....

sessi melayan rockband

Dengan ini saya dan isteri mengucapkan terima kasih di atas kesudian tetamu yang hadir ke teratak kami yang kecil dan tak seberapa ini. adapun kami sangat gembira, terharu dan sangat berterima kasih kerana kesudian tuan puan meluangkan masa bersama kami walaupun adalah lagi best tggu kat dataran tengok bunga api sambut countdown tahun baru. dahlah bawak lauk sedap2. Sedang elok diketika dimana isteriku tidak larat utk memasak sejak akhir2 ini. hehehehe

(tikl adalah technical institute of kuala lumpur atau biasanya lebih dikenali dengan sekolah menengah teknik kuala lumpur)

Monday, November 17, 2008

Keje Oh Keje, esok keje

Setelah bercuti selama 11 hari ber'rekod' tidak termasuk cuti sabtu ahad yang menjadikan jumlah hari bercuti selama 15 hari. itupun ada 'belen' 11 hari lagi. macamane ntah aku nak buat dgn cuti neh. huh

perasaan bercuti lama ni terasa macam aku ni seolah tidak bekerja, seorang yang kerja sendiri. dan kerja aku adalah membuang masa. hehehe

ohhhh..... indahnya dunia jika aku tak keje tapi bulan2 duit masuk....
tapi aku sedar itu hanyalah mimpi jer.....

esok pagi entah boleh bangun ke idak....
tetiba tgh2 malam perut ni lapar la plak.padahal baru balik kedai mamak seksyen 9...
dan semangat keje pagi esok aku rasa macam roller coaster...
excited sangat tapi dalam masa yg sama mood malas ada.huhuhu...

kesimpulannya,
"aku kene ketepikan mood malas aku, berubah menjadi suria perkasa hitam yang rajin dan bekerja bersungguh2 untuk menyuap mulut isteriku dgn rezeki yang berkat dan hasil usaha gigihku".

lagipun bos aku rindu kat aku tu, aku tau. hahahahaha...................

Sunday, November 16, 2008

Peanuts coconut cream flavour

(tajuk entry sebenanye tiada kene mengena dengan entry ini, heh)

isteri dan Aku baru balik langkawi minggu lepas. kitorang pegi empat hari jer. dari ari selasa sampe ari jemaat. cubaan melarikan diri dari hiruk pikuk ibu kota dan merehatkan diri setelah penat mengosok kuali dan periuk selepas majlis kawin kami tamat. dua2 belah plak tu aku kene. kononnya tradisi katenye. tapikan serius penat dan sakit pinggang dibuatnye menyental kuali yang konfom2 itam. huh....

Memula sampai langkawi aku ngn wife 'jam'. apa nak buat nih? gile lama aku rasa sampe 4 hari. org selalu cakap pusing pulau jer makan 2 hari dah abis ronda dah. takpe ar. ku redahkan jer.

lepas check in hotel (kitorang duk kat porto malai, igtkan ada pantai tepi hotel rupanya ada deck utk yacht ngn kapal persendirian jer, aku plak tak bawak kapal aku sebab takut berlanggar ngn bot2 kecil sebab lautkan bila malam gelap dan org rumah aku takde lesen bawak kapal, hehehehe)

Penyudahnye..... selama 4 hari kitorang pegi tempat2 standard yang ada dalam buku teks sejarah tingkatan dua iaitu:



1. underwater world


2. beras terbakar panggil bomba


3. makam mahsuri


4. galeri perdana (tempat simpan barang2 pemberian dan koleksi Tun Mahadir, nak amik gambar dalam ni kene cas rm2 satu kamera tau. yang aku kagum, kete f1 sauber pun TM simpan buat koleksi dia......)


5. pulau dayang bunting, pulau bagi helang makan (aku sebenanye tak igt nama pulau ni) dan pulau beras basah.


6. Kilim (tempat tugu helang)

7. Kete kabel langkawi (serius tinggi siut, gayat aku dibuatnye.....)

8. Pekan kuah (ala-ala tempat membeli dan belah bagi mereka yang membawa duit yang banyak)

banyak perkara yang manis dan lawak yang berlaku masa trip honeymoon kitorang, antaranya:

1. punyela sengal, aku ngn wife masing2 tak bawak kamera. konon2 bergantung harap ngn handphone masing2. memula masa gi underwaterworld hamik gamba pakai hp jer tapi bile hamik gamba pakai hp rupanya tak best gamba yang dia produce. langsung aku cari camera sebijik. maklumlah kenangan beb. nak tgk bila dah tua2 nanti. aku igtkan kamera kat sini murah sebab pulau bebas cukai tapi rupanya lebih mahal dari tanah besar. tapi sebab dah terdesak ku sebat je la.....

2. igtkan tempat beras terbakar tu apa dia tapi rupanya tempat cuma tunjuk bekas beras terbakar dan diletak kat atas pinggan. huh!

3. masa naik kete cable aku rasa nak pitam sebab terlampau gayat.

4. aku ngn wife jenuh pikir adake orang nak tolong amik gamba kami berdua masa berjalan2, tapi nak dijadikan citer kitorang ada tukang tolong hamik gamba iaitu en. wan dan pn.mek (diorang ni kawan wife aku) yang kebetulan bercuti sama ngn kitorang.

5. aku tak g mandi laut langsung dengan alasan takmo itamkan diri ini yang sememangnya itam semulajadi.

6. dapat drive kete yang aku suka.

7. asyik lepak kedai makan sebelah maybank, layan nasik lemak ikan bilis. sambal sangat syiok dan harga agak reasonable.

8. aku tak puashati, dahla masuk tempat2 yang kitorang lawat tu kebanyakannya kene bayar, tapi dalam tempat yang dah berbayar tu pun toilet tetap kene bayar jugak. hampeh....

9. hp aku (aplikasi gps) sangat berguna bagi mengelakkan kesesatan di dalam pulau.

10. jumpa cikgu aku yang dah 10 tahun tak jumpa.

11. dapat hobi baru, gila amik gambar (sila rujuk gambar dibawah)


12. banyak pemandangan indah yang terdapat kat sini. terasa takmo tinggalkan tempat ni dan balik shah alam.

kesimpulannya:
apapun trip ni memang enjoy dan bermakna utk kami berdua. nampaknya aku kene kumpul duit. nak gi melancong tempat laen lak lepas ni.

Monday, October 6, 2008

Cuti Raya

Tahun ni aku cuti raya bermula dari sabtu (29 September) sampai selasa (7 Oktober). arini dah masuk isnin (6 oktober). alaaahhhh........ tak puasnye........

satu masa nanti nak cuti setahun la........... pueh ati aku