Showing posts with label gadget. Show all posts
Showing posts with label gadget. Show all posts

Saturday, April 9, 2011

Ulasan Ipad 2 malaysia

Sudah hampir 10 hari aku sudah menggunakan ipad 2,
Kalau korang baca entry aku sebelum ni aku dalam dilema samada nak memiliki ipad 2 atau tidak,
Sementelah aku masih memiliki ipad,
Tapi boleh tak aku cakap,
Aku tak sengaja terbeli?
Hahahahaha.....

Ceritanya bermula begini,
Pada suatu hari bertarikh 25 mac,Burung-burung pun berterbangan mencari makanan,
Tiba-tiba,
Telefon tangan ku berbunyi,
Panggilan disahut,
Dihujung talian rupanya arai kawanku sewaktu pengajian dishah alam,
Memaklumkan,
Epoi kawan telah beratur selama 3 jam,

(gambar keadaan sebenar epoi beratur, ni orang kat belakang dia)

Dan sedang berada dikaunter apple store,
Di australia,
Soalan yang ditanya dan perlu diberi jawapan dalam tempoh seminit,
arai cakap kat aku,
"tok, epoi tengah nak belikan ipad 2 untuk aku, ko nak ke taknak ipad 2 ni?"aku kejang dan berbuih mulut.....
Lantas nafsu menguasai diri dan dengan selambanya aku cakap "on!"


(dalam plastik, bukan dalam botol....)


(dikeluar dari plastik, epoi bagi teaser kat kami)

Lepas barangan dibeli,
Mula kami (arai dan aku) terfikir,
Macamana nak hantar balik sini dari sana?
Nasib baik ada kawan epoi yang balik malaysia,
1 april aku dengan arai pegi ambil di klia,
Dengan seronoknya,

(gambar diambil dalam kereta perjalanan balik ke rumah)

Akhirnya ipad 2 berada dalam tanganku,

sampai rumah,So, proses buka kotak pun bermula,
Apa yang ada dalam kotak?


Ipad 3g 64gb warna putih (lately memang aku suka warna putih),
Charger,
Usb 30pin,
Buku manual,
Disekalikan bersama....


Smart cover warna kelabu,

Setelah dikeluarkan ipad 2 dari kotak dan di on kan seperti dibawah,

ala..... sekali tak aktif lagi rupanya,

Proses mengaktifkan ipad 2 dimulakan dengan cara synchronise dengan itunes,



Dah boleh guna, woha!

Ulasan ku tentang ipad 2 ni adalah ( ceh, baru nak ulas?)

1. Rekabentuk

- walaupun skrin masih dikekalkan 9.7 inci macam ipad dulu tapi kali ni ada warna putih dan hitam.

- ketebalan pun telah mengalami penurunan sebanyak 33%, jika bandingkan dengan 13.4mm untuk ipad, iPad 2 hanya setebal 8.8mm. dah macam tebal iphone 4 der.....

- Berat pula turun dari 1.5 menjadi 1.3 kilogram. selesa sikit pegang berbanding ipad.

- lubang speaker pun telah diubah lokasi dan dibuat lubang menjadikan bunyi lebih kuat berbanding ipad.

- dah takde lengkungan dibahagian belakang, terus mendatar.

2. Spesifikasi

- A4 prosesor iPad sebelum ini telah digantikan oleh prosesor 1GHz A5 pada iPad 2.

- dikatakan 9 kali lebih cepat dibandingkan dengan model sebelum ini. RAM juga katanya dari 256mb kepada 512mb katanya.....

- ada kamera depan untuk facetime dan kamera dibelakang untuk ambil video secara hd.
tapi aku cuba juga ambil gambar guna kamera depan dan belakang, dan dibawah ini adalah hasilnya:

(gambar kamera depan)

(gambar kamera belakang di waktu siang)

(gambar kamera belakang di waktu malam di dalam bilik)

owh, kamera ini ada fungsi geo tagging

- ada gyroscope macam iphone 4, untuk kegunaan permainan agaknya gyroscope nih.....

3. Aplikasi pre-installed (IOS 4.3)

a. Facetime
Macam iphone 4, ipad 2 boleh buat Facetime yakni panggilan video. Bukan melalui 3g tetapi hanya terhad melalui wifi.


(membuat panggilan facetime kepada diri sendiri)

b. Photo booth
Pilihan gambar aneh-aneh untuk suka suki


c. Mirror image
yang ni aku maksudkan seperti apa yang ipad chewan boleh buat setelah aku godek, entry sebelum ni.

4. Prestasi

- lebih laju dari biasa..... sila rujuk video di bawah
(maafkan aku, sebab aku amik dari youtube jer, tak sempat nak buat ulasan video sendirik)


- grafik memang terbaik

ipad-2-20110315035338129.jpg


Nampak tak perbezaan antara dua gambar ini, beza benar gambar kiri dan kanan kan? gambar kanan lebih cantik dan terperinci,

- ipad 2 boleh membuat kerja-kerja audit video menggunakan perisian khas imovie.

- boleh membuat lagu menggunakan perisian garage band.

- bateri memang tahan 10 jam seperti yang didakwa oleh apple.

- adanya smart cover, untuk ipad 2 yang bagi aku walaupun benda itu simple tetapi tetap berguna.

Kesimpulan,

Apapun ipad 2 merupakan generasi kedua bagi ipad yang hanya mempunyai kelebihan ketara iaitu lebih laju, lebih ringan dan berkamera.

Bagi yang memiliki ipad terdahulu, sila jangan cuba guna ipad 2 sekiranya anda tidak berhajat untuk bertukar kepada ipad 2.
Kang terjebak kang, aku taknak bertanggungjawab.

Kepada yang belum memilikinya dan berhajat, kalau nak beli dah ada dijual melalui mudah.my atau lowyat pada harga yang sangat premium (rm400-500 lebih dari harga yang disyor, agaknyalah) atau dinasihatkan belilah bila dibawa masuk secara rasmi.
Mungkin bulan mei atau jun.

Ps: bilalah agaknya boleh dijailbreak ni, lama benar rasanya menunggu.....
pss: celcom tak nak bawak masuk iphone dengan ipad secara rasmi ke?

- Posted using BlogPress from my iPad

Fakta produk apple


Saje baca fakta tentang apple,

Bukan buah epal, tapi apple inc.

Terjumpa pulok ayat dibawah ni,

"Research shows that most people who buy apple products for the first time turn into regular customer."


Akulah salah sorang customer tu...

Huhuhuhu....

Ps: tahun 2001, saham apple bawah usd 8/share, tapi sekarang... Usd 336.06/share. Kan best ada saham apple dalam 10,000 share masa tahun 2001, pergh.....

- Posted using BlogPress from my iPad

Friday, April 8, 2011

Berjaya, mirror untuk ipad utk external monitor

akhirnya,

berjaya jugak aku,

menggodek ipad che wan,

supaya sama macam ipad 2,

boleh buat mirror image kat external display,

korang tengok ler gambo kat bawah,




dan lagi




ps: buleh buat partime jailbreak iphone, ipad camni. hehehe

- Posted using BlogPress from my iPhone

Thursday, April 7, 2011

Ipadku ipadmu jua...

alyssa,

dah la tu,

daddy nak bukak facebook daddy,

kamu buat apa tu?



la, main piano



abc pulok...



g... g.... (alyssa duk ngeja)

ikut kamu la lysa...

daddy merajuk....

daddy tido dulu. haih....

ps: aku kecik2 dulu, takde pun ipad..... ntah main apa ntah masa dulu.....

- Posted using BlogPress from my iPhone

Wednesday, April 6, 2011

ipad 2 ku screen bleeding ( skrin berdarah )

ini adalah harga,

yang perlu dibayar,

jika menjadi orang terawal,

penguna sesuatu produk yang baru dikeluarkan,

ingatkan ipad 2 ku terkecuali,

rupanya kene jugok......

sindrom 'screen bleeding',

ini adalah defect lcd dan,

katanya apple dah kenalpasti masalah ini,

dan akan atasi dalam masa mendatang,

sila perhatikan skrin bawah kanan,

yang putih2 tu la screen bleeding,





ps: apapun takdela beri kesan sangat kepada penggunaan ipad pun...

- Posted using BlogPress from my iPhone

Saturday, January 8, 2011

ipad: kegunaan harian ku

3 hari lepas,
dapat sms dari kawanku, hapis nadzri,
tanya aku,
apa yang boleh buat dengan ipad?

so, ini adalah catatan kegunaan harian ku dengan ipad,

bangun pagi,
masuk bilik air sambil capai ipad,
baca utusan malaysia sambil menguruskan 'urusan besarku',
kalau sempat sambil tengok update status kengkawan dalam facebook dan twitter,
then mandi,

selesai siap sambil tggu wife bersiap,
guna application flipboard untuk baca mana-mana website dan blog yang aku ikuti,

dan kekadang bersambung membaca dalam kereta sementara nak sampai ke opis,

sampai ofis,
perkara pertama yang dibuat adalah menyemak calendar melalui icalendar,

untuk pastikan samada ada appointment dengan orang atau ada mesyuarat,
then update apa yang patut dalam calender,
untuk info, aku integrate contact dan calendar gmail aku dengan ical,
so calendar aku akan synchronise dengan ical yang ada pada macbook air, ipad dan juga iphone aku,

sekiranya aku ada meeting di dalam atau diluar pejabat,
kekadang sambil nak tunggu meeting dimulakan,
sempat membaca dan membalas email kepada perunding atau kontraktor untuk urusan rasmi,
atau mengedit deraf2 surat melalui pages,
surat2 itu pula aku save menggunakkan application dropbox,
so that bila aku update surat2/file berkenaan,
dia akan sync dan update melalui internet,
bila sampai opis nanti aku just update dan print je,
untuk semak drawing dalam bentuk autocad format pula,
aku akan guna autocadws,

then, apabila mesyuarat dah bermula,
aku akan ambil nota melalui aplikasi soundnote,
sambil ambil nota aku juga akan rakam suara semasa meeting tersebut,
dan sekiranya aku perlu membuat presentation,
aku akan guna aplikasi keynote,
dan ipad akan disambung pada projector menggunakan vga adapter,

petang, bila dah sampai rumah
aku akan baca facebook, twitter dan anything yang aku nak baca,
sambil isap rokok dilaman rumah,
selalunya kejap je sebab aku akan melayan anak aku,
kekadang aku buka aplikasi talking tom,

sekiranya anak aku meragam dan menangis,
dia suka tepuk kucing tu sebenarnya,

lepas maghrib kekadang akan aku luangkan masa,
untuk membaca alquran beserta terjemahannya,
melalui aplikasi al quran majeed,


then,
sambil tgk2 tv juga,
aku akan baca,
novel atau buku melalui ibook,

sebelum nak melelapkan mata,
selalunya aku akan dengar lagu atau klip video melalui itunes,
atau membaca apa-apa yang aku nak baca sebelum mata mengantuk,
atau main games yang banyak boleh didownload....
atau tengok semula gambar2 yang ada dalam gallery,
untuk mengingati semula event2 yang penting dalam hidupku,

then, zzzzzzzzz.......

itulah kegunaan harianku untuk ipad....
sebenarnya ikut korangla macamane nak guna,
cuma gunakanlah semaksimum dan kearah kebaikan....

ps: kepada sesiapa yang nak beli ipad, sabar. rasanya dalam bulan 2 ni apple akan announce model baru.

Monday, January 3, 2011

Ipad wifi atau ipad wifi + 3g?


Tajuk entry di atas adalah soalan cepumas daripada kawanku, Nuhairi yang tetibe dua hari lepas telefon aku bertanyakan perkara ini,

haaa.......

macamana nak pilih tu?

soalan 1

si hairie ni kata dia ada broadband maxis,
boleh tak nak dipakai pada ipad...

jawapan soalan 1,

boleh dan tidak boleh,

boleh bilamana ko pegi kedai, potong simcard broadband maxis dan hanya guna pada ipad 3g mu itu,

tidak boleh bilamana broadband tu ko nak cucuk pada ipad. (bro, kat ipad tu mana ada lubang usb) atas alasanmu itu, broadband tu masih nak guna pakai pada laptop atau pc.

soalan 2

bro, aku konfius la nak amik 16gb ke 32gb ke atau 64gb?

jawapan soalan 2,

kalo setakat ipad tu ko nak buat surf internet atas katil dirumah, 16gb dah cukup.

tapi kalo ko nak bawak ke hulu hilir, main game, tgk movie, edit gambar, gunakan sebagai produktiviti tools, letak portfolio kerja ko tu untuk tunjuk pada potential client (maksud aku gambar-gambar sebab member aku ni partime photographer) elok lah amik 32gb.

tapi kalo ko tak tau nak buat apa dengan duit ko yang banyak tu, santak je la 64gb...

soalan 3

bro, nak amik yang wifi atau 3g?

jawapan soalan 3,

soalan ni susah sikit,
bergantung pada macamane ko nak,

ambil contoh macam aku dulu,
kat umah ngan opis ada wifi,
so, model ipad wifi memadai bagi aku,

tapi sebab setengah orang yang perlu buka email sepanjang masa, surf internet bila ada masa terluang di mana2, atau yang jenis buat kerja merata-rata tempat (on the go) dan data/fail disimpan secara 'clouding' menggunakan box.net, evernote atau dropbox macam member aku chewan si arkitek tu, silalah pakai model yang ada 3g.

ada juga satu lagi opsyen,
korang juga boleh beli ipad wifi+mifi,
sekarang ni rasanya semua telco provider di malaysia telah menawarkan 'mifi',
even Yes4g pun ada menawarkan pakej ipad berserta mifi,
jika ada mifi, korang boleh sharing 4 ke 5 device untuk surfing melalui mifi termasuk ipad wifi tu tadi,
bezanya pergi ke mana-mana kena bawak 2 benda dan charger sebab mifi ni kalau tak silap bateri cuma dapat bertahan di antara 4 hingga 5 jam. mungkin agak leceh sikit la kan?
perbandingan harga dan pakej untuk mifi berdasarkan telco provider, sila rujuk pada jadual di bawah :


so, berapa pulak harga ipad?

iPad WiFi
16GB RM1549
32GB RM1849
64GB RM2149

iPad WiFi+3G
16GB RM1999
32GB RM2299
64GB RM2599

kalo nak beli, pegila carik kat outlet yang jual barangan apple yang sah contohnya machines ataupun beli secara online supaya kalau berlaku kerosakan dan sebagainya senang nak claim warranty.

cuma,
nak bagitau, battery untuk ipad wifi tahan 1 hingga 1.5 jam lebih lama dari ipad wifi 3g. biasanya ipad wifi battery boleh tahan untuk 10 jam sebelum di cas semula.

so kepada kawan ku nuhairi, tepuk dada tanya poket!
aku dah bagi idea, lu pikir la sendiri, hehehehe........

ps: fyi, ipad 2 macam nak keluar dah tahun ni, aku bujet dalam bulan mei atau jun sampailah kat malaysia....
pss: aku dah tak larat dah nak update gajet, duit keluar macam air.....

Saturday, December 25, 2010

Ulasan Mengenai Macbook Air 11.6 inci

Salam,

Aku beli apple baru, bukan buah apple okey...........

sila rujuk gambar dibawah



(sila tengok diantara monitor yang besar dan keyboard, itulah dia)

dah hampir 24 hari aku pakai macbook air 11.6 inci. beli kat machines sunway pyramid. nasib baik masa beli aritu ada stok. harga retail price RM 3299. bagi model harga ni didatangkan dengan processor 1.4ghz core 2 duo, ram 2GB dan SSD 64GB.

asalnya aku nak beli online yang mana macbook air ni dicustomise terus dari kilang, tambah ram dari 2GB kepada 4GB dan internal memory dari SSD 64GB kepada 128GB. tapi bila aku sembang dengan salesman machine, dia kata model inilah yang terlaris. ini disebabkan kebanyakan pembeli menggunakan laptop ni sebagai supplementary kepada pc utama mereka. kalo nak save document atau media, pendrive atau external hardisk kan ada? Jadi disebabkan terpengaruh dengan saleman, perasaan tidak sabar ku memuncak sebab kalau nak tunggu yang aku order online mau makan seminggu dua sebab dia post direct dari china maka aku amik keputusan amik model seperti yang aku mentionkan pada perenggan atas tadi.

aku perlukan laptop ni supaya aku senang buat kerja di opis dan di tapak serta mudah untuk dibawa kemana sahaja hatta jamban sekalipun sebab ringan. ipad susahla kalo nak menaip buat surat, buat membaca, main game dan surfing bodo oklah. maklumlah kerja aku banyak berkaitan nak menjawab surat dan buat laporan.

kenapa laptop jenama apple dan model ni yang dipilih?

1. ringan siut, 1.2kg je beratnya. hari2 aku bawak gi keje pakai sling bag bodo. orang igt aku bawak diari padahal laptop.

2. nipis dan panjang sikit dari ipad, kat laptop ni point paling nipis tebalnya 0.11 inci dan point paling tebal 0.68 inci. itupun kat area yang ada usb port. sila rujuk gambar dibawah.


3. walaupun nipis sebegitu rupa tetapi bateri dia agak reasonable juga. boleh tahan selama 5-6 jam dengan wifi on.

4. aku dah familiar ngan perisian mac os x. so takde masalah dari segi penggunaan.

5. sekiranya laptop ini dari mode shut down, tekan jer on, ia hanya mengambil masa 14 saat untuk digunakan, tapi kalau dari mode stand by, tekan apa2 je button terus instant on. dah macam ipad la pulak. apple claim untuk mode stand by, battery boleh tahan sehingga 30 hari sebelum perlu dicas semula.

6. design dia cantik. yang bestnya kat lambang apple bernyala kalo sedang digunakan.

7. inilah laptop apple yang paling murah sebenarnya yang diorang jual pada harga itu selain macbook 13'. yang lain semua main 3900 dan ke atas.

8. trackpad dia senang digunakan. hampir serupa macam guna magic mouse.

9. walaupun kecil dah macam netbook, tapi keyboard dia full size.

10. walaupun processor hanya core 2 duo dan kalo sekali tengok korang rasa ianya netbook tetapi engineer apple dah optimised tahap dia adalah laptop okey....

11. screen dia cantik dowh.

12. bak kata member aku, apple ni kalau buat produk, hardware dia datang sekali dengan software dia. jadi dia dah betul2 fully optimised. tak perlu nak risau mengenai stability produk itu. tak macam window/pc.

Walau bagaimanapun mana ada benda yang perfectkan? so berikut merupakan senarai yang dapat aku peratikan.

1. processor dia kalo korang beli laptop jenis lain boleh dapat intel i3. mahal betul berbanding ngan laptop lain. kalo laptop lain, spec mesti dapat lagi best. tapi, inikan apple.

2. ada 2 je usb port dan takde sd card reader, takde firewire, takde expansion bay dan takde optical drive. kalau nak install barang memang payah sikit sebab takde optical drive. tapi jangan khuatir, korang tambah duit beli external optical drive ataupun air sharing optical drive. macam aku takde masalah sebab aku ada imac. so kalo aku nak install something kat macbook air ni, just masukkan cd pada imac aku dan sharing dia punya drive pada macbook air.

3. battery cycle dia utk 1000 kali sahaja. lepas tu samada boleh dilupuskan atau hantar ke kilang untuk tukar battery baru.

4. owh, takleh upgrade sendiri. korang kena special order terus kat kilang di china. (maknanya korang kena order online la) itupun masa memula nak beli. bila barang dah dapat baru nak upgrade rentikan je la. sebab apa? sebab ram dengan SSD dia dah soldered terus pada motherboard.

5. keyboard takde backlight tidak seperti 'abang abangnya' iaitu macbook dan macbook pro. jadi susah sikit nak menaip di dalam gelap.

6. laman web yang ada flash memangla tak buleh bukak sama macam ipad yang menyebabkan aku nak bukak laman web ofis aku pun tak boleh sebab diorang pakai format flash. kena install plug in pada safari baru boleh buka flash seperti click to flash.

Owh yea, aku beli accessories tambahan seperti berikut:
a. mini displayport to vga adapter supaya aku boleh sambung laptop ni pada lcd monitor kat opisku. malas nak pakai pc kat opis sebab banyak sangat virus.
b. usb ethernet adapter. sebab laptop ni takde built in untuk masukkan ethernet cable.

2 benda ni aku beli sebab nak memungkinkan untuk penggunaan laptop ini dipejabat.

so, setakat ni yang dapat dikongsi bersama. kalo aku beli gajet lagi akan ku buat ulasan seperti ini.

ps: bagi pengguna mac, 6 januari mac apps store akan dilancarkan
pss: bila agaknya jailbreak untuk ios 4.2.1 bagi iphone 4 dan ipad bagi untethered nak dikeluarkan? hari tu beria sangat nak keluar sebelum krismas?





Friday, February 6, 2009

No Sim Card Installed - iphone 3g

semalam petang time aku duk nak call wife nak ajak balik,
nak call la dia sebab aku ada diskusi pasal lcp (laporan cadangan pembangunan)
lewat sikit balik

on la ip3g aku,
tetiba kat display,
no sim....
cuak aku,
apasal takleh baca sim plak nih sedangkan aku tak penah pun bukak simcard sejak aku mula pakai hp ni,
reboot sekali,
ok plak, boleh baca, so boleh berfungsi cam biasa,
tetiba lepas 5 min,
no sim......
eh, jadi balik? mamat ni jual hp rosak ke kat aku?
reboot sekali lagi,
5 minit kemudian,
no sim......
aku dah start panas,
rosak la nih, abisla, terbeli hp rosak la ni.... huhuhu

takpe, rileks
tepon mr T (mamat yang jual),
"Yo bro. try to clean up ur simcard using eraser. maybe ur simcard is full of dirt. ip3g is quite sensitive on reading the simcard. but if the problem still occur try to reformat and install the latest software 2.2.1 version."
"taknak ah, nanti games dalam nih hilang, dah la games dalam ni best2 belaka."

so aku pun bukak simcard pastu cuci pakai lap spek mata aku,
pasang balik simcard, on hp dan sampai sekarang bende tu dah tak jadik lagi.

fuh, lega rasanya. harapnya kalo nak rosak biarlah 3-4 tahun dari sekarang. puashati sikit.....

Sunday, February 1, 2009

Antara omnia dan iphone 3g part 2




sambungan dari entry yang dulu...


sejurus pulang dari vacation port dickson aku penyelidikan terus dilakukan menerusi laman web rasmi iphone 3g (ip3g), dari bloggers yang pakai ip3g dan forum lowyat.net, begitu juga survey harga ip3g dibuat makanya aku terus buat membuat keputusan amik dis fon. woha!


so setelah secara rasmi memilikinya pada petang khamis lepas, aku tak berhenti menggodeknya.

ip3g aku adalah 8gb, sintel set, version 2.2 dan telah di'jailbreak' (dihack tuk install application free).


apa beza omnia vs ip3g?

1. touch screen: omnia kene scroll pakai kuku, tapi ip3g kene touch pakai jari sebab dia sensor heat.

2. omnia menggunakan microsoft window mobile 6.1, ip3g guna mac os.

3. smooth: ip3g lagi smooth bila bukak sesuatu program berbanding omnia sebab ip3g hanya boleh run satu software pada satu masa tapi omnia berkebolehan run mutiple software dalam satu masa.

4. transfer file (pics, mp3, video file, software etc) lebih mudah guna omnia, seumpama memindahkan file ke usb berbanding ip3g. ip3g hanya boleh transfer file guna itunes. owh, omnia bole transfer file guna bluetooth, ip3g tak boleh dan terhad utk penggunaan headset atau handsfree.

5. omnia boleh tgk file word, excel dan powerpoint mobile, tapi ip3g setakat yang aku tau takbleh.

6. accelerometer ip3g sangat smooth berbanding omnia.

7. camera : beza antara omnia macam langit dgn bumi, omnia 5mp dengan autofocus, led flash, auto smile detection, geotagging, ISO setting, video recoder berbanding ip3g 2mp tanpa flash dan video recoder. nak record video kene amik 3rd party software.

8. web browser: mudah dan cepa12guna ip3g berbanding omnia.

9. screen: kalau tgk gambar dan video ip3g adalah lebih cantik dan clear omnia.

10. bunyi: sama je kalo pakai fon speaker, cuma beza ip3g guna 3.5mm jack (boleh guna standard earphone) untuk dengar lagu berbanding omnia yang perlu pakai penyambung jenisnya sahaja.

11. bateri: omnia sangat tahan berbanding ip3g. lebih 200hour standby time berbanding ip3g yang boleh standby 300hr.

12. gps: guna omnia boleh install garmin, mapking, updated map, siap ada turn by turn direction, senang lock, lebih mudah guna dan tidak dikenakan bayaran berbanding ip3g yang hanya bole guna google map yang dah sah2 kena on 3g untuk upload map ke fon, dan cas dikira ikut kilobyte, susah nak lock, takde turn by turn direction dan map yang aku rasa mcm tiga tahun lepas punye. (maybe sebab ip3g belum dilaunch secara official di malaysia).

13. boleh download lagu, video, tv series, application macam2 guna itunes utk ip3g berbanding omnia. tapi kene bayarla dalam usd. huhuhu.........

14. games utk ip3g sangat best berbanding omnia.

15. no mms, video call dan cut and paste untuk ip3g. hampeh......


so.... bunyi macam aku berat sebelah pada ip3g. tapi itulah hakikatnya. memang best guna ip3g ni. cumenye aku terpaksalah korbankan beberapa aplikasi yang tiada misalnya mms, video call dan gps bila guna ip3g.


byk lagila kene explore. ada masa aku sambung topik ni.

Sunday, January 25, 2009

Antara omnia dan iphone 3g

buat masa ni aku masih pakai omnia,
pada awalnya tidaklah aku berhasrat mrnukar hp baru,
ini kerana sejajar dgn azam aku tahun ni,
tapi baru2 ni aku lepk ngn member aku di pokli kopitiam seksy
n 7 shah alam dpn umah aku,
bukak citer kelebihan xperia,
tapi bila kukaji tidaklah bEst mana xperia itu,
still sluggish dan slow,
cam omnia jgak,

so google pye google,
rupanya iphone still the best,
harga pun dah turun,
kurang seribu dari harga yg penah aku tye dulu
tak payah susah susah nak hack cam mode dulu,
just masuk simcard then terus aktif,

igt nk tolak je omnia ni pastu angkat iphone,
tapi ini brmakna aku kena abaikan salh stu azam aku uutk tahun ni,
takut rupanya omnia lagi best dr iphone,
takpelah,aku akan teruskan kajian sblm buat keputusan,
lagipun sbnrnya susah pakai hp touchsceen ni,
contohnya macam nk tulis entry ni,
lambat nak menaip dan susah nak postnye...
(ditulis dan dipost menggunakan omnia)

Monday, December 29, 2008

Vaio VGN-CS16G

Gue bowink,
Gue jejalan gi sony style kat curve,
ini semua lanjutan dari masalah laptop aku yang aku mention dalam entry sebelum neh,
dan dah 1 tahun lebih aku tukar unit tapi tak dapat2 jugak komputer untuk aku,
masalahnya time aku mintak komputer untuk kegunaan kat opis aku ada je la alasannya,
tengah masuk sebutharga la, tunggu ada peruntukan unit yang baru la,
menyampah la aku, macamni baek aku beli pc sendiri, hampeh,

masa ronda2 kat sony style the curve,
gue ternampak nih,
jeng, jeng, jeng........







so disebabkan kecomelan this lappy,
aku terus angkat tanpa banyak soal,
dan aku tambah extended warranty lagi 2 tahun supaya tiada berlakunya ralat kalo laptop kong cukup setahun,
lagipun this lappy masih ada free gift sempena pc fair 2008 yang last,
cume aku tak dapat mp3 player sony,
aku dapat mouse bluetooth nilai dalam rm399,
bagpack vaio dengan beg kepit vaio warna pink,

aku sebenarnya nak amik colour putih atau merah,
end up warna coklat sebab stok takde,
maklumlah sebab baru lepas krismas,
ramai orang beli untuk buat hadiah....

ini adalah spesifikasinya

Processor Technology
Intel® Centrino®2 Processor Technology・ Intel® Core™2 Duo Processor P8400 (2.26 GHz)*1*2・ Intel® WiFi Link 5100・ Mobile Intel® PM45 Express Chipset
Operating System
Genuine
Genuine Windows is authentic Windows software that is properly licensed and legally installed. Learn more about the special benefits reserved for genuine Windows customers by visiting www.microsoft.com/genuine Windows Vista® Home Premium (English Version) with Service Pack 1 (Traditional Chinese and Simplified Chinese Language Pack)
Chipset
Mobile Intel® PM45 Express Chipset
Processor System Bus
1066 MHz
Memory Bus
800 MHz
Cache Memory
3 MB
Main Memory
Pre-installed/Max
2 GB DDR2 SDRAM *3 (upgradeable up to 4 GB*4)
SO-DIMM slots
2 SO-DIMM slots (The pre-installed memory module uses one)
Hard Disk Drive
250 GB*5 (Serial ATA, 5400 rpm)
Optical Disc Drive
Drive
DVD±RW/±R DL/RAM Drive
Maximum Reading Speed
DVD+R: 8x (Single Layer), 6x (Double Layer)/DVD-R: 8x (Single Layer), 6x (Dual Layer)/DVD+RW: 8x/DVD-RW: 8x/DVD-ROM: 8x/DVD-RAM: 5x/CD-ROM: 24x/CD-R: 24x/CD-RW: 24x
Maximum Writing Speed
DVD+R: 8x (Single Layer), 6x (Double Layer)/DVD-R: 8x (Single Layer), 6x (Dual Layer)DVD+RW: 8x/DVD-RW: 6x/DVD-RAM: 5x/CD-R: 24x/CD-RW: 24x
Graphics Accelerator
NVIDIA® GeForce® 9300M GS notebook graphics processing unit (GPU)
Dedicated Video Memory
128 MB
Display
14.1" wide (WXGA:1280 x 800) TFT Colour display (Clear Bright LCD Lite)
TV Function

Interface
USB
High Speed USB 2.0 x 3
i.LINK (IEEE 1394)
4 pin (S400) x 1
Network (RJ-45) Connector
10Base-T/100Base-TX x 1
Display OutputConnector
Analogue RGB, mini D-sub 15 pin x 1
AV Out Connector

S Video In/Out Connector

Headphone
Stereo mini jack x 1
Microphone
Stereo mini jack x 1
HDMI In/Out Connector

Modem
V.92 and V.90 Compliant x 1
Memory Stick Slot
Memory Stick (Standard/Duo Size compatible, MagicGate compatible, Memory Stick PRO compatible, High-speed data transfer compatible)*6
SD Memory Card Slot
SD Memory Card*7(SDHC compatible, MMC compatible)
AC/DC IN
DC IN x 1
Others

Wireless Connection
Wireless LAN
Integrated Wireless LAN IEEE 802.11a/b/g/Draft n*8・Data rate: maximum 11 Mbps (802.11b)/54 Mbps (802.11a/g) 300 Mbps (Draft 802.11n)*9・Frequency: 5 GHz (802.11a/Draft n), 2.4 GHz (802.11b/g/Draft n)
Bluetooth
Bluetooth standard Ver. 2.1+EDR
PC Card Slot
ExpressCard™/34 x 1
Fingerprint Sensor

Security Chip

Camera
Effective pixels: 1280 x 1024
Audio
Intel® High Definition Audio compatible ・ 3D audio (Direct Sound 3D support) ・ Built-in stereo speakers ・ Built-in monaural microphone
Keyboard/Input Device
Approx. 18 mm key pitch/2 mm keystroke ・ 82 keys ・ Intelligent Touchpad
Battery Life*10
Bundled Battery
VGP-BPS13/S Lithium-ion battery: up to 2 hours of use
Optional Long Battery
VGP-BPL13 Lithium-ion battery: up to 4.5 hours of use
Dimensions (W x H x D) (approx.)
335.8 mm x 29-39.8 mm x 245 mm
Weight (approx.)
2.6 kg (including the supplied battery)
Included Software
AV Entertainment: Windows® Media center SP1Video Edit/Playback: VAIO Movie Story 1.3, Adobe® Premiere® Elements® 4, VAIO Edit Components 6.4, WinDVD for VAIO 8.0DVD Creation: Click to Disc 1.2, Click to Disc Editor 1.2Music: VAIO MusicBox 2.1, SonicStage Mastering Studio 2.6Still Image/Photo: PMB(Picture Motion Browser) 3.2, Windows® Photo Gallery, Adobe® Photoshop® Elements® 6 (Installer)Home Network: VAIO Media plus 1.1Word Processor/Spreadsheet: 60-Day Trial Version of Microsoft® Office Professional 2007*11Tool: Roxio Easy Media Creator 10.1, Adobe® Reader® 9, McAfee PC SecurityCenter 90-day Free Trial*12Utilities: VAIO Control Center 3.1, VAIO Launcher 2.1, WebCam Companion 2, Magic-i™ Visual EffectsSupport: VAIO Recovery Center 1.4, VAIO Update 4.0, VAIO Data Restore Tool 1.0
Supplied Accessories
AC Adaptor (VGP-AC19V26) ・ Lithium-ion battery (VGP-BPS13/S)*13

Monday, December 15, 2008

psp slim terguna untuk dijual


(WTS) - used PSP Slim black piano.

Item: PSP slim for sale

Package: PSP Console, Charger, Box, Manual, 8GB Memory Card, case, Screen Protector (Installed), some games in the memory card...

Item's condition: Console is working fine, can play "ahem" games.but without original batt cover. due to lost and misplace.

Dealing method: COD in shah alam. datang umah kat seksyen 7 lagi bagus.

Price: Give ur quot

Contact: PM me or reply here

Duration : Genap setahun. happy birthday to u....

Reason of selling: Not playing anymore. concentrate playing ps3 and wii.

Sila tawar harga ok???

(update : item Sold!)

Sunday, November 23, 2008

laptop yang hampeh part 2


kenapa laptop aku hampeh?
hohoho.... aku dah tau punca dia hape...

setelah aku mensurfing dan meresearching dalam blog dan forum berkaitan dengan masalah laptop aku, aku dapati model laptop HP TX1000 ni cukup setahun terus 'kong'. malang bagi aku sebab laptop ni warranty dia habis 1 ogos 2008 haritu. so takleh la claim. memula simptom dia,

1. wifi card hilang
2. lepas tu dia punya motherboard 'jam'.
3. yang menjadikan laptop ini terus takleh pakai dan terus 'kong'.

solution yang aku boleh buat skang ni adalah :

1. untuk surfing secara wireless aku pakai usb wireless yang dulu aku beli sekali dengan psp.
2. memback up data2 ke dalam external harddisk selang 2 hari. leceh2....

lepas ni aku dah tak nak pakai dah produk HP lagi...... hampeh

Friday, November 21, 2008

laptop yang hampeh

Tetibe,
laptop aku takleh detect wifi punya card. aku syak mesti kes aku update windows ni. takleh la aku nak surf atas sofa lagi lepas ni atau di kopitiam2 di area shah alam untuk berlagak. huh!
macam2 cara aku buat dari jam 8 malam tadi, reinstall driver la tapi tak berjaya.

baik aku tido dari aku kejekan menatang nih.... hhhuuuuaaargggghhhh.....

Thursday, October 9, 2008

MEMAKSIMUMKAN PENGGUNAAN SAMSUNG OMNIA KU (Part 1)


Dah masuk 3 minggu pakai ini pda. Aku dah berjaya guna basic-basic application yang ada jer setakat ni iaitu:

1. Call in/ call out

2. SMS in/out

3. MMS in/out

4. Penggunaan Camera (amek gamba kekasih tersayang sebanyaknye)

5. Video Call

6. Wifi kat umah, kedai mamak dan mana2 yang ada asal free

7. Mobile Office (Word, excel)

8. GPS guna MAPKING (Pun masih aku sesat jalan lagi, huhuhu)

9. Calendar, task, appointment setting sychronise dgn Microsoft outlook 2007

Sebenarnye aku masih LAGI MENCARI DAN TERCARI software atau application yang free dan menarik utk diinstallkan dalam OMNIA neh. Cumenye semua masih diperingkat kajian dan sifoo pda aku (Oyie) sedang sibuk dengan tugas hakikinya. Kalo tak bley dia ajar aku memaksimumkan ini pda. Dan sekarang ni sibuk aku mencari IPhone pye theme ngn HTC diamond utk diinstallkan.

So far masih berpuas hati lagila guna ini pda, cumenye aku lebih selesa guna Nokia N95 8gb aku tu dalam segala segi sebab bagi aku Nokia lebih user friendly

Lenkali aku sambung komen lagi pasal ini phone.

Wednesday, September 10, 2008

psp ku


yey!!! psp dah kuar spital


tapi rabak RM200.

sebabnye:

a) memory card 4gb sudah rosak, panas pye pasal terus angkat 8gb rm150

b) beli cover batt sebab cover batt asal yang sudah ilang

c) install software+game baru. sbb aku gatal tangan terupdate latest software, langsung tak leh main p"rat* game, so kene install lain untuk downgrade software.


result:

aku bley main psp atas katil, dalam kete, tgh berak dan dimana2 aku suka kecuali di mesjid... heh. god of war layan siul.....

Sunday, September 7, 2008

hari melayan bende2 gadjet

jumaat malam bukak posa ngn arai dan wandox (yang dah bape lama dah tak melepak dan dgr wandox punye kutukan, apasala wandox suka kutuk aku tapi takde plak kutuk arai!) so sambil lepak-lepak, duk godek ar ipod wandox.
memandangkan aritu duk main ipod si wandox pye tetibe bestla plak. langsung nak main iphone plak. patutla laris menatang ni. entah kenapa, bentuk dia, cara guna yang mudah, lcd dia yang best dan tahan calar, cepat dan smooth die pye grafik buatkan tetibe nafsu aku membuak nak carik iphone.
langsung ari sabtu tu jugak aku gi digital mall pj (nasib baik dear temankan, dear mmg sporting abis). kebetulan digital mall ada buat sales dari 5-7 hb. bley tahan gak harga diskaun dia. aku yg memula igt nak beli pendrive 8gb rm69 langsung terbeli external hardisk 160gb. heh...
sambil2 tu saja le mengatal tanye harga menatang2 pda yg aku duk minat. sebenarnye aku minat ada 3 dan harga ikut pasarannya adalah:
1) apple iphone 2g or 3g - sekitar rm1800 untuk 2g 2nd hand (sbb baru dah takde)/rm3800-
rm4300 untuk 3g)
2) htc diamond touch - rm2799
3) samsung omnia - rm2799

so walau macamane giler suker kat iphone tu tapi kalo dah harga macam tu range dia, lagila giler kalo aku beli. tak mampu sey..... lgpun dgr2 rumour maxis tgh dok nego nak bawak masuk iphone ke asean sbg distributor dan maybe kalo dia bawak masuk boleh dapat harga bawah rm1k.makanye terpaksela melupakan itu hasrat dan terus ke option no 2.

so aku pun pegila satu kedai kat tgkt 1 tanye sama satu mamat bape harga htc tu yang dia bole kasik best price kat aku. tetibe je mamat tu explain kat aku. dia kata selain ini fon sgt cantik dia pye bentuk,menggunakan wm 6.1, ada gps dan menggunakan touchflo 3d (ala2 iphone) tp dia pye internal memory just 4gb, dan tak bley expandable. camera 3,2m pixel jer.

langsung dia ckp dia suggestkan aku samsung omnia. dia kata (aku ulang, DIA KATA) buat masa ni (sehingga ari kejadian) omnia ni paling hensem dan lengkap dalam kelasnye. harga sama macam itu diamond tp omnia ada 8gb internal memory, camera 5mp, ada gps dan Agps, bole pakai memory card lain lagi....

dan setelah diracun baik oleh mamat penjual tadi dan aku godek2 dalam 15 min. langsung aku sambar jer, nanti kalo aku ada masa minggu depan akan ku postkan ala2 review ini omnia k?

hmmm..... malang buat psp aku yg terpaksa dihantar ke spital (psp pun guna istilah "masuk hospital eh tokey") disebabkan masalah tergatal tgn gi update latest firmware 4.0.(*&& lalu aku hanya bley main game ori. game ahem terpaksa downgrade software. tp walaupun dah downgrade masalah lain plak timbul. loading amik masa luar biasa sgt. bak kata dear, "habis madu sepah dibuang, dah ada ps3, psp dilupakan, mana tak merajuk itu barang. tgk, dah sampai kene masuk spital plak." arghhhh.... lantakla.tggu jela itu tokey kasik repair dulu.

(ps: aku rasa macam nak campak ini hp dgn laptop sekali sebab aku takbley install window mobile device center. ke vista aku ada problem neh? macamane aku nak synchronise ngn laptop aku ni? sangat hampeh!!!)