Monday, November 28, 2011

fakta terkini tentang aku

Beberapa fakta terkini mengenai aku dan apa yang aku rasa sekarang:

1. Aku rasa untuk menjadi lebih menonjol dan menyerlah, perlu ada

a. 75% adalah skill berkomunikasi (cakap kena hebat!)

b. 15% adalah pengalaman (tak kiralah pengalaman langsung atau tidak langsung)

c. 10% adalah kemahiran dan ilmu pengetahuan (sila banyak baca buku ok?)

rasionalnya, ramai orang bukak kompeni konsultant. kan?kan? siap ada yang bukak tak guna

modal pun, bermodalkan air liur dan bermodalkan duit client. juga skill-skill yang aku sebutkan

tadi, banyak digunakan dalam memasarkan sesuatu produk. boleh jual la.....


2. aku rasa nak cari hobi baru. meniaga kecik2 ke.....

3. rasa nak masuk kelas bahasa inggeris, untuk tajamkan fakta no. 1

4. adalah sukar sekiranya semua perkara dipolitikkan

5. bos aku kata aku kuat blogging, manade boss, kasar betul lawak bos itu.... padahal inilah post terkini aku setelah takde entry sejak jun lalu (aku perasan sibuk)

6. boss always right, even though he is stupid as he does. (betulkah ayat ku ini?)

7. excited tengok "twilight : breaking dawn part 1"

8. baru berjaya baca 231 muka surat buku biografi steve jobs. (asal baca je lelap, asal baca je lelap)

9. suka tengok boboi dalam maharaja lawak mega.

10. berfikir apakah berbaloi-baloi pasang unifi di rumah.

11. zaman sekarang, tin kosong pun boleh berjaya (kuat berbunyi tapi kosong)

12. baru tau, company apple dinamakan sempena steve job suka makan epal sebagai dietnya.

13. aku sangat sayangkan semua ahli keluarga aku..... ;)

14. iOS 5, banyak benda-benda yang best, tapi battery life tak best!

15. walaupun samsung galaxy s II adalah gempak, tapi aku tetap suka apple!

16. tapi samsung galaxy s II, adalah lebih banyak baiknya berbanding blackberry bold 9900. i will never be black again....

17. aku suka bulan 12, musim abiskan cuti. woha!

sekian....

Tuesday, June 14, 2011

Naik

Baru-baru ini, ada beberapa perkara 'naik' yang telah berlaku dan akan berlaku:

1. Cukai perkhidmatan naik dari 5% kepada 6% (telah naik)
ini benda lama, telah mula berkuatkuasa sejak awal tahun lagi. Walaupun nampak kecil jumlahnya tapi ada juga kesannya. Contohnya sekiranya aku belanja RM1000 untuk keperluan dan bil berkaitan sebulan, maknanya belanja tambahan sebanyak RM10 diperlukan.

2. Bil elektrik (sedang naik)
Wow, kena tunggu bil bulan ni. Selalu bil elektrik rumah ni RM 200++, lepas tarif elektrik naik ni, tak taulah berapa pulok tambahan bayaran bulanannya. Mau 40-60 juga.

3. Bil Astro (akan naik)
Ini bakal bermula bulan depan. Nak taknak kena amik pakej RM125 sebulan sebab pakej ni cover semua. Sekarang pun aku bayar RM112 (termasuk cukai 6%). apala sangat tambah lagi RM13-15 sebulan untuk astro kan? (puuuiiihhhhh)

4. Saiz seluar (naik?)
Dulu saiz seluar aku 32 inci, lepas tu naik 34 inci, semalam dah naik 36 inci? Yang peliknya masa aku pakai seluar slack size 36 inci tu, seluar jeans yang aku pakai saiznya 32 inci.... Musykil betul.....

kesan perkara-perkara naik ini adalah:
1. perbelanjaan bulanan naik secara mendadak.
2. Jumlah hutang juga naik secara mendadak.
3. Kenaikan tarif elektrik juga menyumbang kepada peningkatan kos pengeluaran yang menyebabkan perkadaran terus kepada peningkatan harga barangan.
4. Kadar inflasi naik.(agaknya lah)

Perkara yang menjadi persoalan dalam medula oblongata aku adalah:
- apakah bil astro naik sebab tarif elektrik naik?
- selain pendapatan bulanan aku, tiadakah harga barangan atau perkhidmatan yang turun?

Apapun, gaji jugak yang tak naik-naik.

- Posted using BlogPress from my iPad

Sunday, May 29, 2011

tengok wayang

dah lama den tak tengok wayang,
last sekali aritu tengok nurkasih the movie,
so tetibe malam ni nak nengok citer baru,
terbitan kru studio,
citer apa?



yang bestnye kalo pegi waktu ni,
tak payah beratur sebab orang takde,



yang lagi best, beli 2 tiket free 2,
sebab aku pengguna citibank credit card, tapi terhad utk weekend sahaja,


sebab aku sampai dalam pukul 11.00malam dan wayang start 12.05malam, pn. mizi pun beli air ngan popcorn,



mak aih, bosarnyo,



patutlah, atas popcorn bawah air,
tapi,
sementara nak tunggu dan abis popcorn,


haih....

another half an hour to go....

- Posted using BlogPress from my iPhone